Ahad, 8 Disember 2019

FULUSIKOM










BILA FULUSIKOM

KHATAM KOGIA

MAKA SEMUT

CABUT LARI

Perhimpunan Agung Umno terus suram


PERHIMPUNAN Agung Umno 2019 (PAU2019) terus suram pada tahun kedua parti itu menjadi pembangkang.

Ia berbeza dengan keadaan ketika Umno masih menjadi kerajaan yang menyaksikan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sesak setiap kali perhimpunan itu berlangsung.

Kawasan tumpuan utama seperti lobi PWTC yang menempatkan skrin gergasi juga diperhatikan lengang.

Seorang pemimpin bahagian berkata suasana itu suram kerana mereka tidak dapat membawa ramai pemerhati seperti ketika masih menjadi kerajaan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor Hakasah Abu Hasib berkata, pada waktu itu mereka menerima dana daripada pemimpin tertinggi Umno untuk membawa pemerhati tersebut.

“Sekarang ini bergantung kepada inisiatif dan kemampuan Ketua Bahagian. Kalau yang berduit, oklah.

“Macam kami dari Kuala Selangor, dahulu kita boleh bawa ahli hingga tiga bas, tetapi kali ini hanya mampu bawa satu bas sahaja,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tambah Hakasah, faktor kekurangan kewangan menyebabkan setiap bahagian hanya dapat memberi tumpuan kepada perwakilan yang wajib hadir ke PAU.

Jumlah perwakilan PAU2019 seperti diumumkan Setiausaha Agung Umno Annuar Musa hanyalah 2,760 orang, masing-masing 993 wakil ke persidangan Wanita, Pemuda (997) dan Puteri (989)

Ia melibatkan 14 orang wakil bahagian dan lima wakil daripada setiap sayap.

Kekangan dana untuk membawa pemerhati itu turut diakui Ketua Umno Langkawi, Nawawi Ahmad yang berkata beliau membawa ramai ahli ke PAU.

“Masa jadi YB, saya ada sedikit peruntukan. Dahulu saya boleh bawa sampai enam bas,” kata bekas ahli Parlimen Langkawi itu.

Katanya, pertukaran tarikh PAU2019 juga memberi kesan kepada kehadiran ahli kerana ramai yang tidak dapat meluangkan masa.

“Bila parti terpaksa tukar tarikh sebab bertembung dengan PRK Tanjung Piai, banyak juga yang batalkan niat hendak hadir sebab susah nak dapat cuti, ada program lain dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Perhimpunan yang bermula pada Rabu itu berakhir pada hari ini. – 7 Disember, 2019. 


HARI HARI AKHIR

SAEKOR

GEROMBOLAN 

MAKIN JELAS

PADAN MUKA
KAH KAH KAH
-------------

Tiada ulasan: