Selasa, 9 September 2025

TRUMP, MOSSAD, EPSTEIN DAN GAZA

 

TRUMP , MOSSAD,

EPSTEIN DAN GAZA


Donald Trump ialah Presiden Amerika yang ke 45 dan ke 47. Mossad ialah Lembaga Risikan dan Operasi Khusus Israel. Gaza ialah sebahagian dari bumi Palestin yang telah di jajah oleh Israel semenjak 1948.  Siapa pula Epstein ?

Nama penuh sosok ini ialah Jeffrey Edward Epstein. Seorang guru sekolah  swasta.  Berhenti dari menjadi guru dia telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Dia menjadi kaya raya – bertaraf bilionair. Kerana kaya raya maka Epstein memiliki kawan, kenalan dan rakan dari yang ternama, tersohor  dan berpengaruh.

Epstein tergulung dalam kumpulan  elit sosial di Amerika – Who is Who in America.

Inilah cerita dan kesah awal yang kita ketahui tentang Jeffrey Epstein. Kesah ini beralih kiblat apabila dia ditangkap pada tahun 2005 di Florida Amerika. Emak dan Bapa seorang anak gadis berumur 14 tahun telah mengadu kepada polis  bahawa Epstein telah mengadakan hubung sex  dengan anak mereka yang masih di bawah umur.

Ketika kes dalam perbicaraan mahkamah telah di beritahu ada seramai 36 orang  anak-anak gadis di bawah umur yang lain yang  ada hubungan dengan Epstein.

Pada tahun 2008 Epstein telah mengaku salah atas tuduhan menjadi Bapak Ayam   dan juga  melanggan  pelacur. Dia membuat persetujuan dengan Jabatan Peguam Negara Amerika. Persetujuan ini ialah 13 bulan  tahanan dengan  membuat kerja amal. Epstein tidak masuk penjara hanya melapor diri untuk melakukan kerja amal.

Pada ketika ini telah ada pihak  yang bertanya kenapa hukuman yang dijatuhkan dilihat lembut terhadap hubungan sex di bawah umur.  Persoalan hanya tinggal persoalan. 

Pada 6 Julai 2019 sekali lagi Epstein ditangkap. Kali ini atas tuduhan memperdagangkan pelacur di bawah umur. Kali ini dia dimasukan ke dalam penjara ketika menunggu perbicaraan berjalan.

Polis di New York telah memasuki rumah orang kaya ini untuk mencari bahan bukti. Berkotak-kotak dokumen telah ditemui. Beratus-ratus keping video telah juga di ambil  untuk kajian forensik.

Pada ketika ini makin ramai  wanita-wanita yang satu ketika dulu menjadi  bahan lacur datang menghadapi media untuk memberi tahu  ke  pengetahuan umum. Salah seorang ialah anak  gadis bernama Giuffre Virginia Roberts.

Giuffre yang berumur 38 tahun mengakui bahawa dia telah dilacurkan untuk menjadi ‘penyedap’ Putera Andrew anak  Ratu Elizebeth ketika dia berumur 17 tahun.  

Guiffre  menegaskan bahawa dia telah dirogol oleh Putera Andrew sebanyak tiga kali, termasuk berlaku di  London pada tahun 2001 ketika dia berumur 17 tahun. Dia mendakwa Epstein membayar 15,000 dolar untuk dia melakukan hubungan seks dengan Putera Andrew.

Sebagai bahan bukti ada sekeping gambar di mana Putera Andrew sedang memeluk Giuffre. Dalam gambar yang sama  kelihatan Ghislaine Maxwell di belakang Andrew dan Giuffre. Ghislaine  ini ialah kekasih Epstein.

Bila gambar ini muncul  dunia media heboh. Istana Buckingham kelam kabut untuk menutup kemaluan yang semakan membesar.

Tidak cukup dengar gambar Putera Andrew saja – nama-nama para politikus  dan  orang  kenamaan  di Amerika juga mula muncul. Nama-nama ini  tersenarai sebagai pernah  menjadi tamu di rumah Epstein.  Nama Bill Clinton dan nama Donald Trump tersenarai sama.

Bill Clinton dikatakan telah pernah beberapa kali menaiki jet peribadi milik Epstein untuk datang ke pulau  milik Epstein. 

Elit politik dan elit ekonomi Amerika jadi gempar. Media melihat skandal sex kelas atasan sebagai bahan yang amat menarik. Para elit dan kumpulan sosial orang kaya-kaya ini mula menjauhkan diri. Semua takut tempias Epstein.  

Pada 10 Ogos 2019 Epstein  ditemui mati dalam bilik penjara.  Dia diumumkan sebagai membunuh 
diri.  

Berita kematian bilionair Jeffrey Epstein dalam penjara ini  meledak di Amerika.  Ketika ini Presiden Amerika ialah Donald Trump. Justeru musuh Trump telah mencungkil rekod hubungan Trump dengan Epstein. Gambar dan klip  video Trump bersosial  bersama Epstein muncul. 

Trump yang terus di gasak oleh musuh politik Parti Demokrat. Trump   mengumumkan bahawa dia kenal baik dengan Epstein pada satu ketika dulu. Tetapi semua  hubungan dengan Epstein telah putus lama.
 
Trump gagal untuk menduduki Rumah Putih untuk kali Kedua. Kerusi Presiden telah diambil oleh  Joe Biden dari Parti  Demokrat.  Berita dan kesah Epstein ini kini beralih pula kepada Ghislaine Maxwell- kekasih Epstein.

Wanita ini juga dari kelas elit United Kingdom. Ayah kepada  Ghislaine ialah Robert Maxwell pemilik akhbar harian Daily Mirrior. Sosok yang berpengaruh dalam politik United Kingdom kerana memiliki jaringan media.

Kali ini sesudah kematian Bapak Ayam – Ghislaine Maxwell pula dituduh sebagai  Ibu Ayam. Pada tahun 2021 Ghislaine di dapat bersalah bersubahat dengan Jeffrey Epstein untuk memperdagangkan  gadis di bawah umur. Ghislaine di hukum 20 tahun penjara.

Untuk kali ketiga Trump  bertanding. Kali ini  ketika berkempen  dia telah menimbulkan isu bapak Ayam Jeffrey Epstein. Trump menuduh  politikus dari parti Demokrat seperti Bill Clinton sebagai pelanggan sex di bawah umur.

Dalam masa yang sama gerakan MAGA – (Make  America Great Again) kumpulan yang kuat menyokong Trump telah menuduh  wujudnya kumpulan Pedofil di Washington DC. MAGA menggunakan Epstein sebagai peluru untuk menembak Joe Biden.

Fail, dokumen dan  klip video yang di rampas polis kini di pertikaikan. Kenapa pihak polis dan Jabatan Peguam Amerika tidak membuka fail-fail ini untuk  pengetahuan umum. 

Trump juga mencelah sama. Ketika berkempen  Trump berjanji akan membuka kembali  kes Epstein. Trump juga berjanji akan mengeluarkan dan memaparkan semua fail-fail yang ada dalam tangan polis dan Lembaga Kehakiman Amerika.

Trump menang untuk kali ke dua untuk menjadi Presiden Amerika. Penyokong Trump seperti MAGA amat-amat bergembira. Perjuangan mereka kini berjaya. Mereka menunggu bila Donald Trump akan membuka kembali kes Jeffrey Epstein.  MAGA mahu  lubuk dan paya Pedofil di Washington di keringkan. 

Dari seminggu menjadi sebulan. Kes  Epstein senyap – tidak ada apa-apa dari komen Trump.  Dari sebulan menjadi tiga bulan – Trump tidak berbuat apa-apa tentang janjinya terhadap fail dan video Epstein. Kumpulan MAGA mula marah.

Dalam masa yang sama Parti Demokrat pula mengambil kembali isu Epstein.  Para Senator dari Parti Demokrat kini bersuara dan bertanya apakah  sebab Trump gagal menunaikan janji untuk membuka fail Epstein.

Kini suara-suara semakin kuat kedengaran. Kali ini bukan nama Bill Clinton sahaja yang disebut-sebut malah nama Donald Trump sekali di katakan tersenarai  dan berkali-kali telah datang melawat pulau milik Epstein.

Peluru yang digunakan untuk menembak Joe Biden dan Parti Demokrat kini digunakan pula untuk menembak Donald Trump.

Amerika kembali heboh apabila adik kepada Jeffrey Epstein mengatakan dia tidak percaya bahawa Abangnya mati membunuh diri.  Kenyataan ini juga di sambut oleh Ghislaine Maxwell. Untuk menyedapkan cerita pada malam kematian Epstein kamera CC Tv telah rosak. Juga pengawal penjara yang bertugas 24 jam mengawal Epstein telah tertidur.

Untuk meredakan keadaan Sang Pengawal penjara ini telah di denda. Tetapi desakan agar fail dan semua nama-nama tetamu Epstein di buka untuk pengetahuan umum.

Berita Bapak Ayam, Ibu Ayam, geng Pedofil  dan elit sosial Amerika tidak berhenti disini sahaja. Siapa dia sosok yang bernama Jeffrey Epstein ini  makin di gali. Persoalan timbul bagaimana seorang guru sekolah yang di berhentikan kerana perangi tidak senonoh boleh menjadi kaya raya. Jeng jeng  jeng.

Maka disini muncul desas desus bahawa Bapak Ayam  ini telah menggunakan  sex di bawah umur untuk memerangkap  pelanggan yang bukan kecik anak. 

Media Amerika telah melaporkan bagaimana di semua bilik tidur tamu -  telah di pasang kamera. Ini untuk merakamkan tunggang langgang yang berlaku diatas katil atau di dalam bilik mandi. Rakaman video ini digunakan oleh Epstein untuk  memeras ugut  tetamunya.

Jeffrey Epstein dan Ghislaine  Maxwell menggunakan gadis bawah umur sebagai umpan untuk melancarkan projek pau – atau peras ugut.

Tetamu Epstein yang ternama , tersohor dan terkaya seperti  Bill Gates,  Elon Musk, David Copperfeild dan juga Michael Jackson  telah  dilaporkan ternampak oleh para pekerja di pulau milik Epstein.

Berita  Bapak Ayam dan Ibu Ayam  kaki pau  ini tidak terhenti  disini sahaja.  Kini sekali  fakta tentang ayah Ghislaine ditimbulkan kembali. Robert Maxwell ini di dapati mati lemas berhampiran dengan kapal mewahnya  di Pulau Canary Sepanyol.  Laporan resmi  Maxwell mati lemas kerana kemalangan. Tetapi ramai mensyaki dia dibunuh mati.

Hari ini semakin  sahih dan afdal bahawa Robert Maxwell ialah agen Mossad. Dia bekerja  dalam  dunia politik United Kingdom.  Maxwell di kebumikan  di Mount Olives di Baitulmuqadis  Israel. Hampir semua bekas PM Israel dan Presiden Israel telah hadir di hari pengebumian Maxwell. Ini memperkuatkan  surah bahawa Robert Mazewll ini bukan kecik anak dalam  lembaga Mossad.

 Kini media Amerika secara terbuka telah mengsenaraikan  Epstein dan Ghislaine sebagai bekerja untuk Mossad.

Video sex dengan  gadis bawah umur ini di gunakan untuk memeras  ugut. Untuk   tetamu kaya mereka akan memberi duit agar kesah sex mereka tidak terdedah. Maka dari sinilah punca Epstein menjadi kaya raya. 

Manakala klip video para  politikus pula  digunakan bukan oleh Epstein. Tetapi  diguna pakai oleh Mossad.  Mossad gua untuk apa ?  

Apakah kerana Mossad maka Trump enggan mengeluarkan senarai nama tetamu Epstein. Apakah nama Trump tersenarai sama dan wujud klip sex Donald Trump dengan anak gadis bawah umur ? Apa sangkut paut dengan Gaza ? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
  













2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berancuk kena ada lesen dari siapa? Sibuk sangat kenapa?

Tanpa Nama berkata...

kenapa mosad jaga kote trump ?