Selasa, 9 September 2025

MENTERI KEWANGAN TERBAIK DI ASIA?



Rombakan Kabinet Indonesia: Menteri Kewangan Sri Mulyani dipecat


JAKARTA: Kerajaan Indonesia memecat Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati dalam rombakan Kabinet hari ini.

Menteri Sekretariat Negara, Prasetyo Hadi berkata, Ahli Ekonomi yang juga Ketua Lembaga Penjamin Simpanan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa diumumkan sebagai Menteri Kewangan baharu mengambil alih tempat Sri Mulyani.

Prasetyo mengumumkan pemecatan Sri Mulyani sejurus sebelum Presiden Prabowo Subianto mengangkat sumpah Purbaya sebagai pengganti.

Purbaya sudah berkhidmat sebagai Ketua Lembaga Penjamin Simpanan Indonesia sejak 2020.

Sebelum itu, beliau pernah memegang pelbagai jawatan di beberapa kementerian, termasuk Timbalan Menteri di Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan.

Sri Mulyani adalah antara Menteri Kewangan paling lama berkhidmat di Indonesia dan sudah berkhidmat di bawah tiga Presiden.

Beliau mendapat pujian atas usahanya mereformasi sistem percukaian dan peranannya dalam mengemudi ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu melalui beberapa krisis, termasuk pandemik dan krisis kewangan global.

Antara tempoh perkhidmatan pertama dan kedua sebagai Menteri Kewangan, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Bank Dunia.

Indeks saham utama susut 1.3 peratus selepas pengumuman itu dibuat, menghapuskan keuntungan yang dicatatkan sebelum ini.

Nilai rupiah pula sedikit berubah selepas pengumuman itu, setelah mengukuh sekitar 0.7 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sepanjang hari.

Pengumuman itu dibuat selepas dua minggu protes dan kekecohan di seluruh negara republik itu, yang antara lain menuntut sistem percukaian yang lebih adil. Semasa beberapa siri protes pada akhir bulan lalu, perusuh juga turut menceroboh masuk rumah Sri Mulyani.

Purbaya, yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang ekonomi dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif di syarikat broker milik kerajaan, Danareksa Sekuritas. - REUTERS

KAH KAH KAH

MINAH INI

KLIM MENTERI

KEWANGAN 

TERBAIK DI ASIA

KAH KAH KAH

SAMA MACAM

MADAFAKA

KLIM TERBAIK

DI ASEAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: