Khamis, 12 Februari 2026

PRESIDEN PALESTIN HANYA RABA TELO

 


AGEN ZIONIS

MAHMUD ABBAS

PRESIDEN PALESTIN

HANYA RABA TELO

AMIN

TAK BERANI

ANGKAT SENJATA

LAWAN ZIONIS

KHALAS




Peneroka haram Israel musnah 15 rumah penduduk Palestin di Tebing Barat


JERICHO: Sekumpulan peneroka haram Israel meruntuhkan kira-kira 15 kediaman milik penduduk Palestin serta kandang ternakan di sebuah kampung berhampiran Jericho, Tebing Barat.

Struktur bangunan itu yang kebanyakannya bangsal zink, diruntuhkan di Al Duyuk Al Tahta kelmarin, ketika keganasan peneroka haram meningkat sehingga memaksa keluarga Palestin melarikan diri.

Keganasan terbaharu itu berlaku beberapa hari selepas Kabinet keselamatan Israel meluluskan langkah untuk memperketatkan kawalan ke atas Tebing Barat, sekali gus membuka jalan kepada peluasan penempatan haram yang lebih luas.

"Kira-kira 50 peneroka haram tiba, memaksa semua orang keluar dari rumah dan mula meruntuhkan bangunan.

"Mereka kemudian merampas segala-galanya termasuk ayam juga diambil," kata penduduk kampung, Mustafa Kaabneh, yang telah menetap di kawasan itu selama hampir dua dekad, kepada AFP.

Beliau berkata sebahagian besar peneroka haram terbabit bersenjata serta bertopeng dan diiringi kenderaan tentera Israel sebelum kembali semula dengan membawa jentolak.

Tentera Israel bagaimanapun tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan komen daripada AFP.

Seorang lagi penduduk, Bassem Kaabneh, 23, berkata peneroka haram turut memukul wanita serta kanak-kanak, menghalau keluarga dari rumah mereka dan merampas barangan peribadi.

"Mereka memberitahu saya: 'Cukup, kamu tidak mempunyai rumah di sini lagi'."

Abu Audi Al-Rajabi, yang memiliki salah satu rumah yang dimusnahkan itu, berkata tiada sebarang perintah merobohkan dikeluarkan sebelum ini.

"Rumah itu dibina 13 tahun lalu dan telah didiami sejak itu," katanya.

Rajabi, yang menetap di Baitulmaqdis, berkata beliau tidak dapat sampai ke kawasan berkenaan kerana ia telah dikepung.

Aktivis tempatan, Jihad Mahaless berkata, rumah yang dimusnahkan itu terletak di Kawasan C, iaitu sebahagian daripada Tebing Barat yang di bawah Perjanjian Oslo 1990-an, jatuh di bawah kawalan penuh Israel.

Beliau berkata lima daripada struktur itu diperbuat daripada batu, manakala selebihnya adalah rumah zink dan tempat perlindungan haiwan.

"Kami kini tinggal di bawah pokok," kata Bassem Kaabneh.

Pada Ahad, Kabinet keselamatan Israel meluluskan siri langkah yang membolehkan Israel meluaskan kawalannya di kawasan yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin di bawah perjanjian Oslo.

Rancangan itu, yang mencetuskan kemarahan antarabangsa, juga membolehkan warga Israel membeli tanah di Tebing Barat secara langsung dan membenarkan pihak berkuasa Israel mentadbir tapak agama tertentu walaupun ia terletak di kawasan bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin.

Israel telah menduduki Tebing Barat sejak 1967, tidak termasuk Baitulmaqdis Timur yang diilhakkan Israel.

Lebih 500,000 warga Israel tinggal di penempatan dan pos luar di seluruh Tebing Barat, yang dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa, bersama kira-kira tiga juta rakyat Palestin yang menetap di wilayah sama.

Keganasan dan gangguan peneroka haram Israel di Tebing Barat yang diduduki menyebabkan hampir 700 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal pada Januari, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, kadar tertinggi sejak perang Gaza meletus pada Oktober 2023.

Rakyat Palestin di Tebing Barat juga kehilangan tempat tinggal apabila tentera Israel memusnahkan struktur dan kediaman yang didakwa dibina tanpa permit. - AFP

Tiada ulasan: