Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 26 Ogos 2011

JANGAN BIARKAN INGATAN DIJAJAH





HARI 26 SELAMAT BERBUKA PUASA




APAKAH KAU TERINGAT

apakah aku teringat ketika itu
semuanya indah
apakah kau teringat ketika itu
semuanya senang
apakah kau teringat ketika itu
betapa lambatnya hari berjalan
apakah kau teringat ketika itu
betapa lambatnya fajar menyinsing dipagi raya

betapa lambatnya masa berjalan
betapa lambatnya puasa selesai
untuk sepatu baru dipakai
untuk bersongkok di kepala
untuk mundar mandir tak tentu hala

ini ketika dunia belum global
ini ketika dunia belum digital
ini ketika kampong aku memasang pelita
bukan untuk hanya di malam raya
tetapi untuk sepanjang masa

apakah kau masih ingat mengacau penganan
apakah kau masih ingat petang membakar lemang
ini sebelum lemang ada di tepi jalan
ini sebelum penganan ada di pasar raya

kini semuanya hanya ingatan
kini semuanya hanya catitan

bila dijamah rendang itu
bila dirasa dodol itu
adalah tanda satu perjalanan
yang telah selamat selesai
tanda menutup kitab yang lama
tanda membuka kitab yang baru
tanda yang berlalu telah berlalu
ianya tidak akan kembali lagi

aduh !
manusia dengan masa
dari zaman berzaman
manusia bergelut dengan masa
aku masih terpertangkap t oleh detik dan ketika

petang ini
aku ajak kau bertenang
petang ini
aku hanya ingin bertanya
sepuluh tahun dahulu dipetang ini kau dimana
dua puluh tahu dahulu dipetang ini kau dengan siapa
tiga puluh tahun dahulu dipetang ini kau membuat apa
empat puluh tahun dahulu apa janji kau pada hidup
lima puluh tahun dahulu apakah kau masih ingat
enam puluh tahun dahulu apakah kau telah wujud

petang ini jumaat 26 haribulan ogos 2011
kota kuala lumpur cuaca mendung
tengah hari hujan lebat
dan aku tidak berpuasa kerana serangan sakit kepala

bila catatan ini dibuka kembali seribu tahun nanti
aku sedang beristirehat di syurga


DENGRAKAN DAN DAM DUM INGATAN KITA




nota:

lihatlah betapa zalimnya sang pemerintah
senikata :
dam dam dum bunyi mercun
kanak kanak datang berduyun duyun
telah diharamkan dari didengar


alasan ialah untuk menjauhkan bahaya mercun

cuba tanya
dalam dalam satu tahun
berapa warga ramai mati dilanggar kereta
kenapa kereta tidak diharamkan


apa sebenranya yang berlaku ialah
untuk membu sdang pemerentah memiliki kuasa
boleh memadam kan apa sahaja
atas alasan apa sahaja
mereka boleh menafikan ingatan kita

lagu ini adalah lagu kita
kita rayakan dam dam dum bunyi mercun
kerana ketiaka itu kita kanak kanak
memang datang berduyun duyun

8 ulasan:

mek berkata...

alamak, baru nak ucapkan selamat berbuka. rupa2nya tt tak puasa. jangan lupa ganti ye.
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

petang ini
aku ajak kau bertenang
petang ini
aku hanya ingin bertanya

sepuluh tahun dahulu dipetang ini kau dimana - ada kat rumah di kota bharu

dua puluh tahu dahulu dipetang ini kau dengan siapa- dengan kawan2 kat asrama

tiga puluh tahun dahulu dipetang ini kau membuat apa - tengah main kejar2

empat puluh tahun dahulu apa janji kau pada hidup- belum janji apa2 sebab baru umur sepuluh bulan

lima puluh tahun dahulu apakah kau masih ingat- tak ingat sbb belum lahir

enam puluh tahun dahulu apakah kau telah wujud- belum wujud la tt

kah kah kah
dah jawab semua soalan tt

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

How r U now? Feeling better?

I hope U r getting better and strong.

U need to take care of yourself.

We all love U so much.

Tanpa Nama berkata...

yakin ko ye masuk surga..banyak berfikir ni sebab tu sakit kepala.

Tanpa Nama berkata...

harapan ke syurga.satu pengharapan yang positif,petanda kau manusia beragama Islam.
selamat hari raya tt

Tanpa Nama berkata...

Kau makan kurma kambing tu yang tangkap kepala, periksa TD (tekanan darah) kau TT, kono darah tinggi dah tuo2 ni, tak pun air dah naik kepalo lah kah..kah...

MADDUHA berkata...

pakatan perintah nnt, aku undi ko jd menteri kebudayaan t.t. ko mmg rugged.

Tanpa Nama berkata...

Ni sebab hati busuk Dan kaki temberang n kaki bakar kah kah kah....baru belajar puasa kot tt? Kat oversea masa lari macam tikes berpuluh tahun tak belajar puasa ke? Kih kih kih

Kau lihat muka isham dekat2 langsung takda seri keislaman sebab mungkin tak memahami rukunegara Iman kih kih kih

Mcmana nak jadi pemimpin kalau masih kene pimpin? Kah kah kah

Gi lah kelas fardhu ain Dan kuliah subuh hari2 untuk bersihkan hati Kau isham.

Barulah muka tak sembab Dan Ada seri keislaman.

Melayu2 ni suk a crite2 sensasi Dan dengki2 Dan hen tam ikut emosi...itu cara tt dgn jutaan pengikut fahaman song sang isham.

Kau boleh ke imamkan solat jemaah isham? Kalau dah layak Dan betul bacaan, aku pun nak ikut belakang.