Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 26 Ogos 2011

SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT




PERLUAS UNDI POS LUAR NEGARA, SPR MAIN WAYANG :FAUZIAH
– keadilan daily

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh membidas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Yusof, yang mahu memperluaskan sistem undi pos untuk warga Malaysia di luar negara.

Ahli Parlimen Kuantan itu menyifatkan SPR sengaja main wayang dan tidak fokus kepada isu sebenar yang terlebih dahulu perlu diperbetulkan seperti pembersihan daftar pemilih, pengunaan dakwat kekal serta reformasi undi pos sedia ada.

“SPR ini benda yang lebih penting yang patut dibuat dia tak buat, yang tak patut buat dia nak buat. Penggunaan dakwat kekal contohnya, sudah tidak memerlukan pindaan dan hanya perlu laksanakan apa yang dituntut rakyat.

“SPR janganlah nak main wayang dan akhirnya apa yang dituntut tak dilaksanakan,” katanya yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat.

Beliau mengulas laporan media dalam talian hari ini yang memetik kenyataan Aziz yang mahukan proses itu dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur , Aziz berkata, SPR kini dalam proses meminda peraturan pilihan raya untuk membolehkan mereka berbuat demikian.

Perubahan dalam peraturan pilihan raya itu katanya akan membolehkan undi pos diperluaskan untuk penjawat awam dan pelajar sepenuh masa dan pasangan mereka di luar negara.

Menurut Fuziah, beliau merujuk pendedahan empat bekas anggota tentera baru-baru ini yang mengaku telah menyelewengkan undi pos bagi pihak ribuan anggota tentera dan isteri mereka.

“Undi pos yang dilihat punyai risiko manipulasi yang tinggi, boleh disalahgunakan malah telah dibuktikan dengan pengakuan oleh empat bekas anggota tentera yang mengaku memangkah ribuan undi pos,” kata Fuziah.


PENIPUAN SPR INI BUKAN SATU YANG BARU TERJADI



PEMUDA PAS TOLAK UNDI POS LUAR NEGARA
– harakah daily

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia menolak keras cadangan yang dikemukakan oleh SPR untuk meminda peraturan pilihanraya bagi membolehkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi secara pos.

Cadangan tersebut jelas tindakan yang bercanggah dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahukan SPR mereformasi undi pos, bukannya menambahkan lagi jumlahnya.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menegaskan, pihaknya amat kesal dengan cadangan SPR itu kerana ia jelas bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahukan SPR melaksanakan pilihanraya di negara ini dengan bersih dan adil.

Menurut beliau, untuk membolehkan pilihanraya dilasanakan dengan bersih dan adil, antara desakan yang dibuat oleh rakyat terhadap SPR termasuk menerusi himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur termasuklah manambah baik undi pos.

Katanya, namun cadangan terbaru dari SPR itu jelas menunjukkan sikap sebenar SPR yang tidak mengendahkan desakan rakyat, sebaliknya membuat cadangan mengejutkan untuk memperbanyakkan lagi undi pos dalam pilihanraya di negara ini.

"Tindakan Pengerusi SPR itu ternyata bertentangan dengan Perkara 114 (2) Perlembagaan Malaysia. Pengerusi SPR sendiri perlu sedar dengan kedudukannya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Oleh itu, Pengerusi SPR perlu mengendalikan pilihanraya di negara ini dengan adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Beliau perlu bekerja dengan jujur, bertanggungjawab dan mendapat kepercayaan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.


NOTA:
memang tepat
spr sebagai barua sedang cuba melakukan sesuatu
untuk terus menipu
lain yang dituntut
lain pula yang diberi
semua bertujuan menipu
tujuan untuk mengadakan undi pos diluar negara
adalah untuk menghalalkan undi pos dalam negara

dengan mencadangkan ada undi pos diluar negara maka
spr dilihat sedang melakukan sesuatu
untuk dilihat undim pos ini baik
pooorrrrah!
panddy kutty

waspada!
ini semua tipu helah barua gerombolan
ada yang dutuntut oleh rakyat ialah:
1 – hapuskan undi pos
2 – gunakan dakwat hitam
3 – panjangkan tempoh berkempen
4 – bersihkan senarai pengundi


empat tuntutyan ini tidak perlu akta atau undang-undang
empat tuntutan tidak perlu sidang parlimen
empat tuntutan ini untuk memastikan piliharaya bersih dan adil

nota:
kalau 4 tuntutan ini tidak dijalankan
gerombolan menang maka ini
bermakna rakyat ditipu
ini bermakna pakatan rakyat kena tipu

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ajis, Ajis... ingatlah sket duit gaji ko tu dibayar guna duit rakyat.. so klau ko jadik balaci UMNgOk haram rezeki ko tu.. insaf lah sket dibulan ramadhan ni.. ni tak menipu jek keje ko.. nanti bebudak ejek ko "Ajis penipu, Ajis penipu" jgn nak marah plak.. pasal ko memang penipu besor..

serenity9260 berkata...

ni projek melampau,ni projek suwey,ni projek umno,ni projek orang2 united xde otak!!


Rupa Rekabentuk Kejohanan Rekabentuk Pasir Pantai Sedunia

cicit ngah layor berkata...

Selamat Haghi Ghayer.....

Kiter semuer dh tau yg SPR ni suker ngelat biler buat keghojer.Aper2 tindakan yg diambik,akan menguntungkan sebelah pehak ajer.4 tuntutan yg dimintak pembangkang tu tak diendahkan sbb pehak yg disokongnyer tak dapat manafaat kalau dilaksanerkan.Pader hainyer bender tu mudah utk dilaksanerkan.


Tentang cadangan SPR utk menambah bilangan pengundi dgn melaksanerkan undi pos kpd org Malaysia diluor negeghi,ini akan mendatangkan kelebihan kpd yg disokong{pandai2 ler demer buat keghojer).

Ini pulak syor teman kpd pengerusi SPR kalau betoi2 ndak nambah pengundi pd PRU akan datang ni.Dlm Malaysia ni beghaper banyak pusat2 tahanan.Ader diMuar,Spg Renggam,Kemunting,Batu Gajah dan byk lagi.Lepaih tu,beghaper banyak pulak jel dlm Malaysia ni.Teman ghaser,semuer negeghi ader jel,kecuali Perlis.Teman cadangkan semuer tahanan dan banduan tu dibenorkan utk mengundi,sekali dgn okt yg ader dlm lokap maser tu.Aper mcm?Setuju ker idak dgn syor teman ni?

kahkahkah......Org yg jauh2 diluor negeghi dier nampak sangat....yg ditepi2 tak peduli.Bukan ker demer pon ghakyat Malaysia juger.

kahkahkah....(numpang gelak)kalau dibenorkan ghakyat disebalik tembok/pagor mengundi.....alamat lingkop ler.Itu pasai SPR tak ndak timboikan hak banduan/tahanan ni mengundi.

Tanpa Nama berkata...

aku dah agak dah.... step pertama, daftar kan warga asing jadi rakyat Malaysia....now step kedua, buka undi pos pada "rakyat" malaysia di luar negara.....supaya "rakyat" Malaysia yg berketurunan Indon, Bangla, Myanmar, Filipina dsbg nya tu boleh terus mengundi walau pun mereka berada di tanah kelahiran mereka...kita nak pantau pun dah makin susah sebab diorang tak da kat sini... lahanat...

arie berkata...

Rozita....tolong nasihat laki hang,ajark sikit Najib tu.

Lang berkata...

udah jadi lumrah diorang ni... kalo tak nipu tak happy idupnya aritu... takde ummphh...