Jumaat, 13 Mei 2016

KES NAJIB DI BUKA DI SINGAPURA



SIASATAN SINGAPURA MENGAITKAN 1MDB DENGAN SRC: NAJIB WAJAR BERCUTI SEHINGGA SIASATAN TAMAT



Saya merujuk kepada laporan berita TodayOnline di Singapura yang memetik kenyataan Quek Mean Luck, Peguamcara Singapura bahawa dakwaan terbaru terhadap Yeo Jiawei (pegawai bank yang mengendalikan urusan dana 1MDB di BSI Singapura) adalah berkaitan pemindahan wang melibatkan SRC International.

Ini kali pertama satu bukti kukuh ditampilkan yang mengaitkan dana dari 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB yang mengambil hutang sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebelum ia (SRC) dipindahmilik kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Sebarang pindahan dana keluar masuk ke SRC International Sdn Bhd adalah sensitif kerana ada dana dari syarikat ini yang akhirnya dipindahkan masuk ke akaun peribadi najib.

Perkembangan terbaru di Singapura bermakna kerajaan Singapura mengendalikan pendakwaan terhadap pegawai bank yang berkemungkinan pernah menguruskan dana yang berkemungkinan dikaitkan dengan Perdana Menteri. 

Ini mendedahkan Najib kepada spekulasi kerana hala tuju siasatan/pendakwaan yang diambil oleh kerajaan Singapura mengenai kes ini berkemungkinan ada kesan langsung dan tidak langsung kepada kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, untuk tidak mendedahkan Malaysia kepada sebarang risiko (berkaitan hubungan 2 hala di antara Malaysia dan Singapura) yang mungkin timbul akibat kemungkinan pendakwaan ini turut melibatkan sebarang pemindahan dana membabitkan Perdana Menteri, saya mencadangkan perkara-perkara berikut demi kepentingan negara:

1) Najib dan Jemaah Menteri mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat sepenuhnya skandal 1MDB dan membersihkan nama beliau. Prosiding Suruhanjaya Diraja ini perlulah dijalankan secara terbuka

2) Najib mengambil cuti dari jawatan beliau sehinggalah siasatan/pendakwaan di Singapura selesai dan Suruhanjaya Diraja membentangkan laporannya kepada Parlimen

Skandal 1MDB kini mengambil dimensi baru apabila ia melibatkan kredibiliti Perdana Menteri melaksanakan tanggungjawabnya secara keseluruhan akibat risiko-risiko yang mungkin timbul berikutan pendakwaan di Singapura.


RAFIZI RAMLI

AHLI PARLIMEN PANDAN
SETIAUSAHA AGUNG/NAIB PRESIDEN KEADILAN

13 Mei 2016



------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat LOL boleh MAGIK kan

Nanti ada lah Kambing Hitam ; JUNIOR LOL

Biasa lah

Nanti bebudak dapat NAIK GAJI semua kes tutup lah

Kan ada Bilyon Bilyon

Malaysiabaru berkata...

Yesterday altatuya mongolia

Today 1mdb

Tommorow 1 Malaysia 28milliin kebuluran dan kelaparan

This is trademark najibullah bin najibylshit

Tanpa Nama berkata...

Buletin Utama TVTiger;

"Gabenor Bank Negara mengarahkan kes siasatan 1MDB ditutup"

p/s : Aku dah agak dah!!

Tanpa Nama berkata...

Aq sebagai rakyat malaysia yg bayar cukai...yg bt potongan cukai berjadual menyokong penoh kenyataan rafizi supaya SRC di tubuhkan....perdana menteri datok sri najib tun razak bercuti sehingga kes beliau selesai.

Tanpa Nama berkata...

Singapura tu adik amerika, wakil yahudi di Asia tenggara...agenda yahudi nak jatuhkan seorg pemimpin negara islam yg sah, suci lagi bijaksana tapi bodosini, sah anwar Ibrahim ada terbabit sama kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Koo baru bgun tidor kee...brapa tahun tdo...anuar akan kluar penjara jk najib dh kna tangkap nnt....brita satu dunia kecohhh...PM kna tangkap kes seleweng duit berbilion...cipta utang 50 bilion.