Jumaat, 13 Mei 2016

BERITA KAPIR LAKNAT







BERITA

AMAT PELIK

TETAPI AMAT

BENAR




Dokumen dedah 1MDB, Jho Low pindah dana cara samar

Dokumen bocor melibatkan Banca della Svizzera Italiana (BSI) mendedahkan bagaimana bank itu membantu menyalurkan tunai dengan suspek individu tertentu mengelakkan diri daripada pihak berkuasa pencukaian.
Dokumen penyelesaian daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan BSI pada tahun 2013 menunjukkan bahawa bank itu menggunakan pelbagai teknik untuk membantu pelanggannya memindahkan sejumlah besar wang, lapor Financial Times.
Ia juga menggunakan "promoter" atau "pengurus aset luar" yang akan memperkenalkan khidmat bank itu kepada pelanggan yang berpotensi yang mempunyai wang yang banyak bagi mendapatkan komisen lumayan. Bagaimanapun ‘promoter” berkenaan tidak boleh memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja BSI.
Cawangan BSI di Singapura yang digunakan oleh firma pelaburan negara 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Jho Low - kini menjadi sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB.
Yeo Jiawei, bekas pegawai bank BSI Singapura, bulan lalu didakwa dengan kesalahan pengubahan wang haram di Singapura.
The Wall Street Journal melaporkan Low, 1MDB dan Aabar PJS Limited (Aabar BVI) yang didaftarkan di British Virgin Island menggunakan pengurus perhubungan yang sama di BSI Singapura
Individu sama disenaraikan dalam dokumen pinjaman antara Aabar BVI dan Red Granite, sebuah syarikat produksi filem Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri Najib - Riza Aziz.
BSI bersetuju untuk membayar denda sebanyak AS$211 juta kepada Amerika Syarikat dan menyerahkan butir-butir pelanggan yang mengelakkan cukai di Amerika Syarikat, berikutan penutupan bank tertua di Switzerland, Wagellin atas tuduhan penipuan cukai.


BAGAIMANA

AKHBAR KAPIR

PENYIASAT 

PEGAWAI KAPIR

BOLEH BERTEMU

BUKTI SOHEH

JHO LOW

REMBAT DUIT

NEGARA KITA

TAPI KERAJAAN

BANI MELAYU 

NGAKU ISLAM

TAK JUMPA APA

TAK SIASAT 

SENYAP TIKUS


--------------

Tiada ulasan: