WOIT
POLIS CEPAT
BERTINDAK BILA
ADA LAPORAN
TERHADAP
BLOOMBERG
AMIN
TAPI TAK BERTINDAK
BILA ALBERT TEI
BUAT LAPORAN
TERHADAP
AZAM BIN BAKI
KHALAS
Polis Bukit Aman melancarkan siasatan jenayah terhadap Bloomberg berhubung laporan pada 10 Februari mengenai dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah polis persekutuan M Kumar, siasatan itu susulan laporan polis yang dibuat terhadap syarikat media itu semalam.
Dia berkata artikel Bloomberg bertajuk 'Malaysian Anti-Graft Chief Returns to Stocks After Outcry' didakwa mengandungi kenyataan fitnah terhadap Azam.
"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar).
"Siasatan masih diteruskan dan masyarajat adalah diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara polis melengkapkan siasatan demi menghirmati prinsip keadilan jenayah di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Seksyen 500 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah; manakala Seksyen 233 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.
Sementara itu, polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berasingan berkata mereka telah menerima tiga laporan polis mengenai artikel yang diterbitkan dalam talian yang menyentuh tentang SPRM dan had pemilikan saham untuk penjawat awam.
Ia termasuk dua laporan yang mendakwa artikel tersebut mengandungi maklumat palsu dan berniat jahat yang bertujuan mencemarkan reputasi SPRM, manakala satu lagi laporan dibuat bagi menyokong penerbitan tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus tidak menyatakan secara khusus artikel yang dipersoalkan.
Menurut Fadil, polis sedang menyiasat laporan itu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 AKM, dan Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang menjadikan penerbitan berita palsu sebagai jenayah.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan