Sabtu, 14 Februari 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI
SABTU 14 FEBUARI 2026
BLOOMBERG


LAPORAN DARI BLOOMBERG
Dulu The New York Time buat berita Najib dan  1MDB – akhirnya REJIM Najib bin Razak runtuh dan NAJIB  masuk jail.

Sekarang BLOOMBERS buat laporan tentang RASUAH  Azam bin Baki dan Anwar bin Ibrahim. Ini tanda awal kerajaan Anwar bin Ibrahim akan bungkus.

Kita alu-alukan BLOOMBERG – Kita salut Bloomberg. MUSUH KEPADA MUSUH KITA IALAH KAWAN KITA.

Sokong Bloomberg. SESIAPA  ada maklumat sila hulurkan kepada Bloomberg.
AZAM BIN BAKI BUAT TEATER
Kemarin ada berita AZAM BIN BAKI TUNTUT 100 JUTA RINGGIT  DARI BLOOMBERG – kah kah kah .

Azam bin Baki hantar LOD – Letter of Demand melalui PEGUAM – kah kah kah.

Ini TEATER – bila disebut PEGUAM   orang ramai akan ingat mahkamah – akan tergambar Bloomberg di Mahkamah. Seolah-olah Azam bin Baki SAMAN BLOOMBERG. Kah kah kah.

INI TEATER – Azam bin Baki TIDAK SAMAN BLOOMBERG – tapi minta duit. Kah kah kah. Bila Bloomberg tak ambil port – bau kentut Bloomberg pun Azam bin Baki tak dapat hidu.

NOTA
ESOK PETANG JAM 4
KITA BERDEMO DI SOGO
TIBAI AZAM BIN BAKI
TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM

SEMUA DI JEMPUT DATANG !!!
AMIN

HOKKIEN
Pagi ini matahari tak keluar lagi. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral  berkabus nipis. Kemarin hujan kejap dan angin kuat.

Pagi ini gua hanya dengar suara Tekukur dan Tiong.  Mana How Wow dah pergi?

Siti dan keluarga datang berlari. Gua beri makan. Kali ini Puppy Itam ada sama. Ini rare. Bila gua berjalan ke Wakaf Tiga semua ikut gua – mereka tahu ada Friskies akan di tabur di Wakaf Satu.

Ketika gua menulis ini gua dengar suara How Wow dari belakang dapur.

Hari ini akan panas – jap lagi gua nak ke Chow Kit – ini Sabtu akhir sebelum masuk Bulan Puasa –  gua nak beli buah – sedia untuk Buka Puasa.  Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI  SABTU

BRO
Bila lu dalam gelap lu terus berjalan – pasti di hadapan akan ada cahaya.

BRO
Jika lu mengundur tak mengapa – tapi wajib menyusun  langkah  untuk mara ke  depan.

BRO
Lu menapak ke depan jangan berhenti – tapi lu wajib tahu ke mana lu nak tuju. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: