Sabtu, 7 Februari 2026

AMERIKA MENIPU LAGI


AS umum sekatan baharu minyak Iran sejurus tamat rundingan

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan sekatan baharu bagi membendung eksport minyak Iran, termasuk menyasarkan 14 kapal.

Sekatan itu dilakukan sejurus selepas kedua-dua pihak yang bermusuhan itu menamatkan rundingan tidak langsung selama sehari di Oman.

Jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott, berkata Iran menggunakan hasil minyak untuk membiayai aktiviti yang menggugat kestabilan di seluruh dunia serta memperhebat penindasan di dalam negara.

"Presiden Donald Trump juga komited untuk mengekang eksport minyak dan petrokimia haram rejim Iran di bawah kempen tekanan maksimum pentadbiran ini," katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Negara memaklumkan ia akan mengarahkan sekatan terhadap sebarang transaksi membabitkan 14 kapal yang didakwa mengangkut minyak Iran, termasuk kapal yang berdaftar di Turkiye, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia turut mengumumkan sekatan terhadap 15 entiti serta dua individu.

Sejak pentadbiran pertama Trump, AS sudah mengenakan sekatan bagi memaksa semua negara lain menghentikan pembelian minyak Iran.

Menteri Luar Iran bertemu secara tidak langsung di Oman semalam dengan wakil kanan Trump berhubung program nuklear negaranya dan berkata, suasana pertemuan itu adalah positif.

Rundingan itu berlangsung selepas negara pemerintahan ulama Iran bertindak keras menindas beberapa siri protes terbesar sejak Revolusi Islam 1979.

Trump sebelum ini mengancam untuk menggunakan kekerasan terhadap Iran dan meningkatkan kehadiran ketenteraan AS berhampiran perairan negara itu.

RUNDINGAN

HANYA TIPU

HELAH UNTUK

BELI MASA

AMIN

MASA UNTUK

MEMBAWA LEBIH

BANYAK SENJATA

KE TELOK PARSI

AMIN

MASA UNTUK

ISREAL MENDAPAT

SENJATA BARU

KHALAS

Tiada ulasan: