Sabtu, 7 Februari 2026

PAGI INI


PAGI IN


PAGI INI

SABTU 7 FEBUARI

SEMBAHYANG


KUIL HARAM
Perkara Kuil Haram ini selalu timbul. Gua bukan tak suka Orang Beragama – gua bukan anti-mana mana agama TAPI !!!

TAPI dari apa yang  gua alami sendiri -dari apa yang gua lihat nampaknya masyarakat India yang beragama Hindu ini wajib melakukan sesuatu.

Sepulang gua dari berkelana  20 tahun gua dah duduki wilayah   BUKIT ROBSON – tak jauh dari BANGUNAN MCOBA. Ada satu tanah lapang sebelah RESTORAN MAKAN LAUT ROBSON –DAN  BANGUNAN MCOBA – TANAH INI DI teroka dan di dirikan KUIL HINDU. Ini kuil haram.

Gua YAKIN kerana beberapa tahun lalu DBKL telah merobohkan KUIL INI  – tapi di bina kembali. Kini hutan bukit  di belakang kuil ini di pasang tangga – INI PENAMBAHAN  CURI TANAH  – tahun demi tahun KUIL HARAM ini bertambah besar. 

Pernah satu ketika 3 tahun dulu ada PERCUBAAN NAK DIRI KUIL HARAM DALAM   ROUND ABOUT  YANG BANYAK POKOK  di sebelah Bukit Robson -  Bijak DBKL – pokok yang  nak di puja itu di TEBANG – Khalas.

Sembahyang – beragama bukan JENAYAH – apa yang dicap jenayah ialah mendirikan bangunan di tapak di tanah yang bukan milik. INI JENAYAH.

LIHAT CONTOH TERPAMPANG – MID VALLEY – lihat di belakang pasar  raya ini ada Kuil Hindu – kenapa? Kerana kuil ini  telah didirikan secara haram  ke atas tanah milik Mid Valley – maka untuk elak  gaduh  huru hara dan cilaka pemilik MID VALLEY telah membenarkan kuil ini  terus bertapak.

SEBENARNYA  di India  budaya  ini wujud. Ianya di panggil ENCROACHMENT. Budaya ini diamalkan dan merebak di INDIA. Budaya ini menjadi  masalah besar di Benua India. 

Banyak Majlis Tempatan  kota -kota seperti Mumbai, New Delhi  - semua menghadap masalah ENCROACHMENT – sikit demi sikit  TUAN HARAM ini membina BUKAN KUIL  - tapi membesarkan  rumah, kedai atau bangunan milik mereka. 

Di India jadi masalah – di Malaysia jadi masalah. Hentikan BUDAYA  ENCRACHAMENT INI. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini basah cerah segar. Matahari dah  keluar indah. Cahaya hangat membakar pipi.  KL & KL Sentral berkabus nipis kemarin hujan. Langit biru sedikit awan putih. 

Cengkerik bersimponi – How Wow di bukit bersuara kuat. 

Pagi ini gua masih menapak di lorong masuk – Siti dan keluarga dah sampai menunggu makan. Pagi ini ada   tiga  Warga Luar  datang. Tak Tak mengejar mereka – salak menyalak berlaku. Tak Tak dah  jadikan keluarga Siti sebagai keluarga sendiri.

Bila pulang dan singgah di Wakaf Pertama – Tiong Suami Isteri dah menunggu. Di sini semua dapat Friskies.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Hari ini akan  panas – Gua suka panas macam ini – Cahaya Tuhan Ra mengeluar  Vitamin D untuk kulit – baik untuk  badan. Amin 

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUMAN

BRO
Lu jangan putus asa bila kekasih lu tinggalkan lu – di Sumatera  ada beribu menunggu. 

BRO
Setiap hari yang kita lalui pasti ada negatif dan positif. Kembangkan yang positif.

BRO
Jika lu bosan – lu ambil kail dan pergi  pancing ikan  di Sungai Klang. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI















Tiada ulasan: