AMERIKA AKAN
SERANG IRAN?
Ketika tulisan ini digarap Presiden Trump terus mengancam akan menyerang Iran. Dalam masa yang sama Trump berkata rundingan diplomatik dengan Iran berhubung program nuklearnya sedang berjalan. Trump memberi amaran bahawa "perkara buruk" akan berlaku jika rundingan pertemuan awal gagal.
Kapal perang Amerika "terbesar dan terbaik" sedang menuju ke Iran. Di akhir Januari dan awal Februari 2026, "armada" USS Abraham Lincoln telah sampai ke Teluk Parsi.
Di atas Kapal Induk Abraham Lincoln ini berlabuh jet-jet pejuang dan jet pengebom. Kapal Induk ini diiringi pula dengan tiga buah kapal pemusnah: USS Delbert D. Black, USS McFaul, dan USS Mitcher.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Untuk memahami semua ini kita wajib kembali melihat bagaimana Presiden Maduro dan Isteri telah di culik oleh soldadu Amerika di Caracas. Sebelum Maduro diculik lautan Venezuela telah di datangi dengan kapal perang.
Taktik yang sama sedang dilakukan oleh Trump terhadap Iran. Venezuela digunakan sebagai contoh dan amaran untuk Iran.
Apakah taktik ini akan berjaya?
Jawabnya langkah Venezuela tidak semudah itu untuk dilakukan ke atas Iran. Penduduk Venezuela ada 34 juta. Manakala Iran ada 90 juta penduduk.
Soldadu dan tentera Iran telah di uji selama 8 tahun dalam Perang Iraq. Perang 12 Hari Jun 2025 dengan Israel dan Amerika masih segar.
Teknologi dan industri senjata Iran bertaraf dunia. Drone yang di gunakan oleh Rusia dalam Perang Ukraine datang dari Iran.
Iran memiliki senjata ketenteraan yang besar dan dibangunkan sendiri. Iran memiliki lebih 3,000 peluru berpandu balistik. Iran membina kapal laut dan kapal selam sendiri. Sistem pertahanan laut, darat dan udara telah di duga.
Hakikatnya tidak semudah Manchester United mengalahkan Harimau Malaya.
Wajib di fahami rancangan Amerika untuk menyerang Iran ini adalah rancangan lama Zionis Isreal. Ini kerana jika dikaji jelas kelihatan Iran tidak – saya ulangi – tidak mengancam keselamatan Amerika.
Jika Iran tidak mengancam keselamatan Amerika kenapa Iran perlu di serang?
Jawabnya amat mudah. Kerajaan Islamik Republik Iran wajib di runtuhkan. Iran wajib di mandulkan. Ini untuk memastikan tidak ada satu negara di wilayah Timur Tengah yang memiliki keupayaan tentera dan ekonomi yang dapat menandingi Isreal.
Justeru negara Arab Mesir yang terbesar bala tentera telah dimandulkan dengan Perjanjian Camp David 1973. Pada tahun 1994 Gerakan Pembebasan Palestin (PLO) di bawah pimpinan Yasser Arafat telah berjaya dimandulkan dengan Perjanjian Oslo.
Kerajaan Iraq di bawah pimpinan nasionalis Saddam Hussein musnah pada tahun 2003. Pada tahun 2011 tentera NATO bersama Amerika menyerang Libya. Kerajaan Muamar Gadaffi runtuh. Hingga hari ini Libya masih huru hara. Pada Disember 2024 kerajaan nasionalis Syria di bawah pimpinan Bashar al-Assad runtuh.
Kejatuhan dan pemandulan negara-negara nasionalis Arab ini semunya di rancang dan disusun oleh Zionis Israel.
Negara Arab seperti Jordan, Saudi dan Arab Telok adalah budak suruhan Amerika. Negara-negara ini menjadi barua kepada Zionis Israel. Tanpa sokongan Amerika kerajaan Saudi dan Jordan ini sudah lama lupus.
Palestin adalah punca perang dan perbalahan di wilayah ini. Bila sahaja Negara Pendatang Isreal di wujudkan pada tahun 1948 maka wilayah Timur Tengah ini menjadi tidak aman.
Wajib disedari 30 tahun dulu Netanyahu telah merancang satu strategi yang diberi nama "A Clean Break: A New Strategy for Securing the Realm". Ini ialah dokumen dasar 1996 yang disediakan untuk Benjamin Netanyahu oleh kumpulan kajian pemikir kaum Zionis di Amerika.
Kajian ini diketuai oleh Richard Perle. Ia menganjurkan peralihan daripada "keamanan menyeluruh" kepada strategi keseimbangan kuasa tradisional, termasuk menyingkirkan Saddam Hussein dan menjatuhkan kerajaan Syria dan mewujudkan negara-negara Arab yang Pro Amerika dan berkawan dengan Israel.
Siapa Richard Perle?
Richard Perle ialah penasihat politik neokonservatif yang terkenal. Dia pakar dalam keselamatan negara. Richard Perle adalah arkitek utama Perang Iraq 2003. Dia bersama Paul Wolfowitz kawan baik Anwar bin Ibrahim merancang kejatuhan Saddam.
Dia pernah menjadi Penolong Setiausaha Pertahanan di bawah Ronald Reagan (1981–1987) dan mempengerusikan Jawatankuasa Penasihat Lembaga Dasar Pertahanan (2001–2003) untuk pentadbiran George W. Bush
Hakikatnya Strategi Clean Break mahu Israel menjadi hegemon – kuasa mutlak – terkuat di Timur Tengah. Negara lain wajib tunduk kepada Israel.
Isreal juga memasang niat untuk mendirikan apa yang dipanggil Greater Israel – Isreal Raya.
"Israel Raya" (Eretz Yisrael HaShlema) ialah konsep kaum Zionis yang merujuk kepada visi wilayah Israel yang diperluas. Isreal Raya adalah sebahagian dari ajaran agama Yahudi dan Kitab Taurat.
Wilayah Isreal Raya termasuk Tebing Barat, Gaza, dan bahagian negara jiran seperti Jordan, Lebanon, Syria dan Mesir.
Hari ini pemerhati politik dan penganalisa politik – yang anti-Amerika mahu pun yang pro-Amerika semua bersetuju bahawa dasar luar Amerika hari ini di kemudikan oleh Israel.
Lalu persoalan timbul : Bagaimana negara Israel ini berjaya menjadikan Amerika sebagai kuda tunggangan. Mengapa pentadbiran kerajaan Amerika - Demokrat atau Republikan – terus mengikut telunjuk Israel.
Mengapa soldadu Amerika dan soldadu dari NATO sanggup mati untuk mempertahankan Israel.
Jawabnya amat mudah. Sistem demokrasi elektoral pemilihan perwakilan ke punca kuasa di Amerika telah membolehkan kaum Zionis menguasai badan politik Amerika.
Untuk menjadi Presiden, untuk menjadi Ahli Dewan Kongres, Dewan Perwakilan atau Gabenor atau Datuk Bandar perlu dicalonkan untuk bertanding. Pertandingan memerlukan dana. Disinilah masuk jarum Zionis.
“Lobi Israel" ialah gabungan individu dan organisasi yang menyokong Republikan atau Demokrat. Lembaga seperti AIPAC ( American Isreal Public Affairs Comittee ) , Christians United for Israel, dan pelbagai badan pemikir—berusaha untuk mempengaruhi dasar luar Amerika untuk menyokong Israel. Ia beroperasi dengan mempengaruhi Kongres, membentuk wacana awam, dan menentang pengkritik dasar Israel.
Sosok Yahudi Zionis bilionair dan jutawan yang kaya raya di Amerika akan menghulur jutaan dolar dana untuk berkempen. Dana diguna untuk membeli pengaruh melalui pembelian iklan di media.
Media Amerika dan media negara Barat tidak berani mengkritik Israel. Anti-Semitik dan sejarah Hitler akan mengikat media untuk terus bersimpati dengan Isreal. Lihat saja laporan media berat sebelah tentang Perang Gaza yang sedang berlaku.
Media arus perdana Amerika seperti New York Times, Washington Post dan CNN—secara sejarah telah memberikan garis simpati yang lebih besar kepada pandangan Israel dari pandangan Palestin.
Malah banyak media di dunia ini di modali oleh kaum Zionis. Lihat bagaimana media pro Isreal melaporkan pertandingan Datuk Bandar New York baru-baru ini. Zohran Mamdani bukan saja di panggil sosialis komunis malah di cap sebagai Mamdani Jihadis.
Pengaruh Zionis Israel ini kuat sekali. Warga dunia terperanjat ketika dalam berkempen Mamdani telah memberi tahu dunia bahawa anggota polis New York (NYPD) mendapat latihan di Isreal. Baginilah kuatnya pengaruh Zionis dalam badan politik Amerika.
Calon yang diberi dana oleh kaum Zionis jika menang akan terus mengajukan dasar Isreal First -Dulu kan Isreal.
Ketika tulisan ini digarap telah di beritakan rundingan antara Iran dengan Amerika sedang berjalan. Awalnya Turki memainkan peranan. Kini dilaporkan rundingan berjalan di Oman. Amerika diwakili oleh menantu Trump Jared Kushner dan Steve Witkoff. Iran di wakili oleh Menteri Luar Abbas Araqchi.
Dalam masa yang sama Iran siap siaga untuk menghadapi apa sahaja langkah Amerika. Sistem pertahan Iran hanya menunggu arahan dari Ayatollah Khamenei.
Wajib di ingati pada Jun 2025 Iran diserang oleh Amerika dan Israel ketika perundingan berjalan di Qatar. Ini menjadikan Iran terus berhati-hati bila menjalankan perundingan dengan Amerika.
Jika serangan berlaku Amerika tidak akan membawa masuk soldadu ke Iran. Amerika akan mengebom Iran dari laut dan udara untuk memusnahkan apa yang dipanggil makmal nuklear Iran.
Ajen Mossad , CIA dan MI6 akan diarah untuk membunuh ramai pemimpin politik Iran. Apakah Ayatollah Khamenei akan di culik seperti Maduro ?
Jawapan Iran lebih mudah dan menjanjikan.
Semua pangkalan yang ada soldadu Amerika di Timur tengah akan diserang. Armada Amerika di Telok Parsi akan menjadi sasaran. Panglima Angkatan Tentera Iran Majer Jeneral Amir Hatami telah berkata : Kali ini kami akan melawan habis-habisan.
Ini bermakna Isreal akan menjadi sasaran utama. Peluru berpandu dan rudal Iran akan menyerang Tel Aviv. Pengalaman Perang 12 Hari telah memberi banyak ilmu pengetahuan dan strategi baru untuk Iran.
Paling akhir Iran akan menutup Selat Hormuz dimana 20 ke 21 juta tong minyak mentah melintas selat ini setiap hari. Ini 20% ke 25% aliran minyak mentah yang di perlukan oleh dunia setiap hari.
Jika Selat Hormuz ditutup. Harga minyak akan melonjak naik ke 500 dolar satu tong. Dunia akan akan jadi huru hara.
Persoalan timbul bila keadaan ini berlaku apakah Zionis Israel akan meledakkan Bom Nuklear? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/767452









Tiada ulasan:
Catat Ulasan