WOIT
TONI PUA
TAK FAHAM
AMIN
AZAM BAKI
JUAL BONTOT
PADA BENGALI
DI RAWANG
KAH KAH KAH
KHALAS
Menegaskan bahawa isu utama bukanlah sekadar pengisytiharan pegangan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, bekas ahli parlimen DAP, Tony Pua, lebih mempersoalkan bagaimana seorang penjawat awam kerjaya mampu membiayai pembelian saham dan waran tersebut.
“Persoalannya bukan tentang sama ada kamu mengisytiharkan pembelian dan pelupusan saham tersebut. Persoalannya ialah bagaimana kamu mampu memperoleh semua saham dan waran ini sebagai seorang penjawat awam.
Bagaimana kamu, sebagai penjawat awam kanan, memperoleh kekayaan sedemikian?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.
Semalam, Bloomberg mendedahkan bahawa Azam disenaraikan memegang 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan, Velocity Capital Bhd, berdasarkan penyata tahunan yang difailkan pada 3 Feb tahun lalu.
Mengikut harga penutup pada Isnin, pegangan tersebut bernilai kira-kira RM800,000.
Susulan pendedahan itu, ketua pesuruhjaya berkenaan berkata dia telah mengisytiharkan pegangan sahamnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tidak menyentuh isu kegagalannya mematuhi had RM100,000 bagi setiap syarikat yang ditetapkan untuk penjawat awam.
Azam juga menyatakan bahawa dia telah melupuskan saham tersebut dalam tahun yang sama ia dibeli.
Walaupun jumlah bayaran sebenar oleh Azam tidak diketahui, harga terendah saham Velocity Capital Bhd didagangkan tahun lalu pada RM0.015 seunit, bermakna pegangan ketua pesuruhjaya SPRM itu bernilai sekurang-kurangnya RM265,500.
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Azam turut memiliki saham dalam sebuah lagi syarikat yang mungkin tidak mematuhi peraturan had pemilikan saham oleh penjawat awam dalam sesebuah entiti.
Saham tersebut bernilai RM0.305 setiap satu pada 13 Jan, menjadikan pegangan Azam bernilai hampir RM1.38 juta pada ketika itu.
Meskipun tarikh pembelian tidak diketahui, harga terendah stok Awanbiru Technology dalam tempoh lima tahun lalu adalah RM0.175 sesaham pada 12 Julai 2023. Pada harga itu, 4.52 juta saham berkenaan akan bernilai lebih RM790,000.
Pendedahan tersebut mencetuskan desakan agar Azam meletak jawatan serta tuntutan agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim—yang telah menyambung kontrak Azam sebanyak tiga kali—untuk bertindak.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan