Rabu, 11 Februari 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

RABU 11 FEBUARI 2026

BABI OO BABI


LESEN SENAPANG
Kemarin gua baca Sultan Selangor bertitah  - Selangor Bebas Babi – ertinya di Selangor tidak ada babi di pelihara secara komersial.  Penternakan babi di Selangor diharamkan.

Maknanya di Selangor  BABI DUA KALI HARAM – kah kah kah.

Ini kerana babi membawa penyakit – kotor – cemar alam sekitar.  Selangor dah padat - titah Sultan. INI PANDANGAN YANG BETUL.

IMPORT BABI
Tapi ada yang nak makan daging babi – maka kita boleh import babi dari negara luar – tak jadi masalah.

Keluar lebih banyak AP lesen import babi. Ini boleh bantu keadaan.

GUA ADA SATU CADANGAN – BERI DAN KELUARKAN LEBIH BANYAK LESEN SENAPANG  -  Di Kampung terlalu banyak babi – Kampung gua sendiri babi datang makan tanaman kami – MAKA babi liar  boleh di tembak   dan dijual.

MEMBERI LESEN SENAPANG SELESAI DUA PERKARA: Pertama  kampung dan dusun bebas babi. Kedua : ada daging babi liar untuk pasaran.

Ini bukan cadangan yang membabi buta – hanya para bai sahaja gagal berfikifr.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dan bersinar. Langit biru indah terbentang. Pagi ini suara Jantan berkokok dari hutan belukar mengganti suara How Wow.

Gua dengar Hoot Hoot – entah burung apa. Awalnya bila gua dengar gua ingat talipon gua bersuara rupanya ada burung baru.

Keluarga  Siti songsong gua di lorong masuk. Mereka tak sabar nak makan. Pagi ini ada tiga ekor Puppy Pendatang – tapi tak berani nak masuk makan sama. Takut dengan gua.

Di Wakaf Pertama bila gua tabur Friskies – hanya saekor Tiong sampai kemudian celah – tak sempat makan.

Hari ini pasti panas – walau pun ada berita di tempat  lain hujan dan angin ribut. KL cerah dan indah – gua harap  panas sepanjang hari. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
RABU YANG CERAH

BRO
Lu akan gumbira bahagia jika lu banyak kawan dan rakan.

BRO
Lu jangan iri hati bila lihat orang lain gumbira dan bahagia.

BRO
Jika lu nampak Minah cun atau Mamat jambu – lu senyum tanda lu lihat keindahan yang bawa gumbira. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: