Jumaat, 13 Februari 2026

AZAM BAKI PUTAR LAGI - KAH KAH KAH


AZAM BIN BAKI

PUTAR LAGI

KAH KAH KAH

L.O.D

LETTER OF DEMAN

SURAT MEMINTA

KAH KAH KAH

INI BUKAN SAMAN

INI MINTA DUIT

KAH KAH KAH

KALAU SAMAN

KENA BICARA

AMIN

BILA BICARA

BANYAK LAGI

BOCOR

AMIN

PUTAR PUTAR

PUTAR

KAH  KAH KAH

KHALAS


Azam Baki keluarkan surat tuntutan kepada Bloomberg, tuntut ganti rugi RM100 juta


KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki, telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada agensi berita antarabangsa, Bloomberg, susulan laporan yang disifatkannya sebagai berunsur fitnah berkait dakwaan bahawa beliau memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Firma guaman, Tetuan Zain Megat & Murad yang mewakili beliau, turut menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta atas dakwaan menjejaskan reputasi serta kedudukan profesional Azam.

Hasil semakan mendapati LOD itu telah dihantar ke pejabat Bloomberg di Amerika Syarikat (AS) dan juga di Malaysia.

Firma guaman itu dalam satu kenyataan, hari ini, mendakwa bahawa artikel terbabit 'berunsur fitnah, tidak bertanggungjawab dan sangat mengelirukan'.

Menurutnya, laporan itu didakwa bukan saja amat menjejaskan Azam secara peribadi tetapi juga maruah dan integriti institusi jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Firma itu sekali gus mengesahkan pihaknya telah diarah untuk memulakan tindakan undang-undang dan mengambil segala langkah perundangan sedia ada, termasuk menuntut ganti rugi serta relif lain yang bersesuaian.

Menurut LOD bertarikh 12 Februari 2026 yang dilihat oleh New Straits Times, artikel bertajuk 'Malaysian Anti-Graft Chief Returns to Stocks After Outcry' itu diterbitkan pada 10 Februari dan ditulis oleh dua wartawan.

Surat itu menyatakan artikel terbabit mendakwa Azam, atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd berdasarkan pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan menyifatkannya sebagai pendedahan awam pertama berhubung pegangan besar atas nama Azam sejak kontroversi terdahulu.

LOD itu berhujah bahawa penerbitan terbabit didakwa memberikan gambaran seolah-olah Azam tidak membuat pengisytiharan hartanya secara terbuka, selain mencadangkan berlaku ketidakwajaran berkait pegangan saham berkenaan.

Surat itu antara lain menegaskan Azam telah mematuhi sepenuhnya semua keperluan pengisytiharan harta sebagai penjawat awam, termasuk membuat pengisytiharan melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya lagi, saham yang dirujuk itu juga telah dilupuskan sebelum penerbitan artikel berkenaan, dan sebarang pelaburan dilakukan telah dibiayai dengan pendapatan sah mengikut undang-undang serta faedah persaraan yang diperoleh sepanjang tempoh hampir empat dekad dalam perkhidmatan awam.

Artikel itu juga dituduh membangkitkan semula tuduhan lama yang telah disiasat dan diselesaikan sebelum ini, sekali gus mewujudkan gambaran mengelirukan berhubung dakwaan salah laku.

Secara keseluruhan, laporan itu didakwa membayangkan seolah-olah Azam bertindak menyalahi undang-undang, tidak jujur atau memiliki kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

Justeru, LOD itu menuntut Bloomberg mengemukakan permohonan maaf secara bertulis yang jelas dan tanpa syarat dalam tempoh 14 hari; menarik balik dan memadamkan artikel terbabit daripada laman sesawangnya, Bloomberg Terminal dan semua platform sindikasi pihak ketiga; serta menyiarkan permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui peguam mewakili Azam.

Selain itu, ia juga menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta atas dakwaan menjejaskan reputasi dan kedudukan profesional Azam.

Firma guaman itu turut mengulangi penegasan bahawa Azam tidak melanggar sebarang undang-undang, peraturan atau ketetapan perkhidmatan awam, dan semua pengisytiharan serta rekod dokumentari berkaitan adalah wujud serta boleh disahkan.

Menurutnya lagi, Azam kekal komited terhadap integriti, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam melaksanakan tugasan awamnya.



Tiada ulasan: