Jumaat, 13 Februari 2026

PROJEK TUKAR KERAJAAN


PROJEK TUKAR

KERAJAAN 


 
Armada Amerika semua telah siap siaga di Lautan Hindi, di Laut Merah dan di Laut Mediterranean.  Bala tentera Amerika telah bersedia di Oman, di Jordan dan di Diego  Gracia. Pangkalan Amerika yang berhampiran dengan Iran semua dalam keadaan bersedia.

Pada 11 Februari  2026 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan bertemu dengan Presiden Amerika Ronald J Trump sekali lagi.

Semenjak  Januari 2025 bilamana  Trump menjadi Presiden kali Kedua Netanyahu telah berjumpa dengan Trump sebanyak 6 kali. Ketua negara luar  yang pertama melawat Trump ialah Netanyahu.

Agenda perbincangan  yang  dulu ialah gencatan senjata di  Gaza,  Lebanon dan Iran. Ini agenda yang diumumkan kepada dunia. Perbincangan tertutup antara Trump dan Netanyahu tidak mungkin kita ketahui. Apa yang kita semua baca ialah apa yang dilaporkan oleh media. 

Sehingga akhir 2025 dan awal 2026, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu secara konsisten memuji Donald Trump sebagai "rakan paling hebat penyokong negara  Israel di Rumah Putih". Netanyahu telah memuji kepimpinan Trump mengenai Iran dan peranannya dalam rundingan damai Timur Tengah.

Greatest Friend – Kawan Terbaik ialah istilah yang terus digunakan oleh Netanyahu bila bercakap tentang  Trump.

Presiden Biden secara terbuka mengakui dirinya Zionis. Begitu juga Trump. Selepas   Presiden Kennedy  tidak ada lagi  Presiden Amerika yang berani mengkritik atau tidak menyokong wujudiah Israel.

Hanya Presiden Kennedy  sebelum ditembak mati berani mempertikaikan dan menentang  projek  bom nuklear Isreal di Dimona dalam padang pasir Negev di Selatan Israel.

Apa yang akan dibincangkan kali ini antara Netanyahu dengan Trump pastilah ‘ regime change – tukar rejim’. Mereka pasti akan berbincang bagaimana cara terbaik untuk menukar kerajaan Iran.

Regime Change – Tukar Rejim – Tukar Kerajaan ini telah menjadi dasar luar  Amerika semenjak selesai Perang Dunia Kedua.

Dasar menukar rejim  melibatkan tindakan terang-terangan  atau secara gelap berahsia. Tukar rejim terang-terangan kita lihat yang berlaku di Venezuela baru-baru ini.  

Campur tangan tentera kita lihat berlaku di Libya 2011, Syria 2025, dan di Bosnia 1992.

Atau dengan cara gelap bilamana CIA merancang rampasan kuasa untuk menukar rejim. Contoh terbaik berlaku di Jakarta tahun 1965.  Presiden Sukarno dijatuhkan dan Jeneral Suharto menjadi ganti.

Atau Amerika campur tangan dalam pilihan raya. Contoh terbaik  berlaku di Jepun – 1950am – 60an. Amerika secara rahsia menyalurkan dana kepada Parti Liberal Demokratik (LDP) konservatif untuk memastikan penguasaannya dan melemahkan parti berhaluan kiri tempatan, dengan matlamat menjadikan Jepun sekutu kuat anti-komunis di Asia.

Tukar atau ubah rejim dilakukan dimana saja jika kerajaan asing yang dianggap bermusuhan atau tidak  mempromosikan kepentingan Amerika.

Hari ini tahun 2026 Kerajaan  Islamik Republik Iran wajib di ubah dan diganti dengan kerajaan baru yang setia dengan Amerika dan bersahabat  baik dengan Israel. Iran wajib kembali  seperti Iran di zaman Shah Reza Pahlavi.

Sebenarnya projek ubah rejim ini bukan satu yang baru untuk Iran. Pada 19 Ogos 1953, Perdana Menteri Iran Mohammad Mosaddegh  yang nasionalis telah digulingkan dalam rampasan kuasa yang disusun dan dibiayai  oleh CIA dan MI6.   Mohammad Reza Pahlavi  telah dinobatkan untuk menjadi Raja Iran.

Amerika telah menggunakan cara ubah rejim ini berkali-kali.

Sekatan terhadap Iran telah dilaksanakan sejak November 1979, dimulakan oleh Amerika Syarikat berikutan penyitaan Kedutaan Amerika di Tehran. 

Pejabat Duta Amerika yang diduduki oleh pelajar menjemput sekatan  ekonomi dari Amerika. Sekatan di tambah dengan pelbagai ragam. Makin diketatkan pada tahun 1987, 1995 dan paling ketat pada tahun 2025.

Sekatan ekonomi ini berniat agar ekonomi Iran jadi kacau. Negara jadi muflis. Bila ekonomi kacau maka rakyat akan bangun memberontak untuk menjatuhkan kerajaan. 

Inilah yang berlaku pada akhir 2025 yang lalu. Secara tersusun dan di rancang dengan dana yang lumayan Riyal  - mata wang Iran – telah di serang.  Nilai Riyal jatuh mendadak.

Peniaga dan  tuan kedai merasa tertekan. Di Iran mereka ini di panggil Bazaris – tuan pemilik bazar. Bazaris mula keluar berdemo  ke jalan raya. Bila Bazaris keluar berdemo ini   adalah tanda pertama langkah Regime Change di Iran. 

Bazaris telah memainkan peranan yang amat penting – berdemo – untuk menjatuhkan Reza Pahlavi tahun 1979 dulu.  Sejarah ini di kagumi. 

Sebelum Riyal diserang -  Mossad , CIA dan Mi6   telah menyusun dan mengatur strategi. Kumpulan yang tidak suka dengan kerajaan telah di kumpul secara rahsia.

Ketua dan pimpinan  kumpulan telah di latih  menggunakan senjata di luar negara -  disempadan Iran -Turki.

Dengan bantuan dana yang lumayan  senjata telah di bawa masuk. Senapang, pistol , peluru dan bom diseludup masuk.  Dalam masa yang sama radar bumi penerima  maklumat dari  satelit  Starlink diseludup masuk.

Bila Bazaris keluar berdemo di Tehran maka ianya di sambut juga di kota dan pekan yang lain. Demo merebak ke Mashhad, Isfahan, Karmanshah, Shiraz , Tabriz dan banyak lagi kota dalam 31 provinsi Iran.

Adalah benar  ramai warga Iran merasa tekanan  sara hidup terutama hasil dari sekatan ekonomi yang dirancang oleh Amerika. Mereka menyalahkan kerajaan. 

Pelajar, siswa dan wanita  turut sama keluar berdemo.   Tetapi di belakang tunjuk perasan ini ialah CIA, Mossad dan Mi6. 

Tidak perlu pergi jauh untuk  membuktikan semua ini  adalah kerja  Amerika dan Israel melalui CIA dan Mossad.

Pada awal  Januari 2026 - ketika demo berjalan di Iran bekas Pengarah CIA Mike Pompeo telah menghantar ucapan di media sosial  yang berbunyi: "Selamat Tahun Baru kepada setiap warga Iran di jalanan. Juga kepada setiap ejen Mossad yang berjalan di sebelah mereka.”

Ini adalah contoh keangkuhan  Amerika dan Zionis Israel.

Minggu pertama 2026 berita dunia ialah Kerajaan Islamik Republik sedang di gempur oleh penunjuk perasan. Berita ini diikuti pula olah berita kematian penunjuk perasan yang di tembak mati oleh polis.

Berita kematian beratus-ratus  penunjuk perasaan ini telah menjemput Trump untuk membuat kenyataan. 

Pada 12 Januari 2026 agensi berita  Reuters melaporkan tulisan Trump dalam  Truth Social : "Patriot Iran... Teruskan bantahan. Ambil alih institusi. Bantuan akan sampai...”

Tulisan Trump ini menambahkan lagi keganasan di jalan raya. Angka kematian meningkat ke ribu. Masjid , sekolah,  kedai dan kereta bomba telah di bakar.

Dunia jadi gempar. Apakah soldadu Amerika akan  masuk ke Iran? Apakah Tehran akan dibom untuk membantu para penunjuk perasaan di jalan raya?

Semua  menunggu apa langkah Trump seterusnya untuk menjatuhkan kerajaan Islamik Republik Iran.

Tertiba pada  14 Januari 2026  media dunia melaporkan :  Donald Trump menyatakan beliau menangguhkan  bantuan ketenteraan terhadap Iran. Ini  kerana Trump  telah menerima jaminan bahawa pembunuhan penunjuk perasaan anti kerajaan dan pelaksanaan hukuman mati yang dirancang telah dihentikan.

Projek serang Iran terbantut.  Kah kah kah.

Sebelum Trump membuat kenyataan mengundur -  di  Tehran dan di kota-kota besar seperi Mashhad dan Qum  ratusan ribu rakyat yang menyokong kerajaan telah keluar berdemo di jalan  raya. Mereka menyatakan sokongan  terhadap Ayatollah Khamenei dan Republik Islamik Iran.

Hakikatnya kerajaan Iran masih kukuh dan tidak tercabar.

Tetapi apa sebenarnya telah berlaku  hingga Trump membatalkan  penghantaran bantuan  kepada penunjuk perasaan?

Jawabnya mudah.  Para agen CIA dan Mossad yang beroperasi  ketika demonstrasi berjalan mendapat bantuan  dan arahan melalui  satelit Starlink. Agen-agen dan wakil  CIA dan Mossad ini dapat melakukan serangan gerila mereka  melalui maklumat dari satelit.

Tertiba  satelit Starlink padam.

Teknologi Iran dengan bantuan teknologi China telah berjaya memadamkan gelombang  pancaran Starlink. Maka operasi CIA dan Mossad mati mengejut. Maka Trump membuat kenyataan untuk membatal  penghantaran bantuan kepada penunjuk perasaan.

Ajen Mossad dan CIA kini  terperangkap. Ratusan mereka berjaya di tangkap. Lebih dari 45 ribu pencawang bumi untuk Starlink telah berjaya di rampas.

Untuk sementara waktu ini projek Tukar Rejim untuk Iran  ditunda. Ketika tulisan ini digarap Amerika dan Iran masih lagi berding dong di Oman.  Mereka sedang berbincang untuk mencari jalan agar perang tidak meletus.

Ketika tulisan ini di garap Netanyahu sedang berbincang di Rumah Putih dengan Trump. Iran pasti agenda utama.  Yang lain kita tunggu apa laporan media.

Yang sulit dan rahsia – kita nanti apakah Trump akan memberi arahan  kepada tentera Amerika untuk mula bergerak sekali lagi ke Teluk Parsi. Apa yang tidak berubah ialah rancangan Zionis Isreal untuk memandulkan Iran.  Projek ini akan terus berjalan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/767934

















Tiada ulasan: