Rabu, 9 Oktober 2019

UMMAH TERPERANJAT





POLIS KAKI

PAU

USTAD PEROGOL

DUA DUA  

BUAT UMMAH

TERPERANJAT
Pegawai polis antara 4 ditahan kes pemerasan di Brickfields

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis antara empat individu yang dipercayai terlibat dalam pemerasan di Brickfields telah ditahan, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur  Mazlan Lazim mengesahkan perkara tersebut memaklumkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang terlibat aktiviti pemerasan atau jenayah lain.

"Kita pandang serius perkara ini dan tidak sepatutnya pegawai polis melakukan tindakan sedemikian kerana polis sepatutnya melindungi rakyat.

"Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang terlibat dan siasatan sedang dijalankan,” katanya pada sidang media selepas hadir ke program Kepolisan Berprofil Tinggi di Pavilion di sini, hari ini.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati cara pemerasan yang digunakan dalam kes itu mirip kumpulan gangster tertentu.

“Cara mereka buat pemerasan ala-ala gangsterisme dan kita sedang lihat gangster mana,” katanya.

Sinar Harian difahamkan empat individu berusia 30-an ditahan kerana terlibat aktiviti pemerasan di sebuah kawasan pembinaan di Brickfields.

Pegawai polis dan tiga lagi individu itu dipercayai meminta sejumlah wang bagi melindungi tapak pembinaan daripada sebarang gangguan.

Siasatan kes itu mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Dalam perkembangan berasingan Mazlan memaklumkan kehadiran polis di kawasan tumpuan pelancong seperti Pavilion diharap dapat mengurangkan kejadian jenayah.

“Saya juga menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa penyeluk saku membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

KETUA 

PENGAJAR 

MADRASAH 

DIREMAN 

KES AMANG

 SEKSUAL
SEORANG ketua pengajar di sebuah madrasah di Bemban, di Jasin, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun sejak setahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata suspek berumur 28 tahun ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Mohd Nor Yhazid berkata selain mangsa, suspek dipercayai turut melakukan perbuatan sama terhadap pelajar tahfiz lain di madrasah berkenaan.

“Suspek bertugas secara bergilir-gilir dengan guru lain untuk menjaga asrama penginapan pelajar lelaki sebanyak dua kali seminggu dan berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan meminta mangsa mengurutnya sebelum suspek bertindak mengurut mangsa,” katanya ketika dihubungi di Jasin, hari ini.

Menurut beliau, madrasah itu merupakan bangunan setingkat yang dijadikan sebagai tempat pembelajaran, solat serta penginapan asrama yang menempatkan kira-kira 31 pelajar tahfiz lelaki berusia antara tujuh dan 17 tahun. – Bernama, 8 Oktober, 2019.


POLIS KAWAL

JENAYAH BUKAN

BUAT JENAYAH

USTAD  CONTOH

KEBAIKAN

BUKAN CONTOH

KAKI ROGOL

MAKA DUNIA 

KETAWA 
KAH KAH KAH
-------------

Tiada ulasan: