RAFIZI
WAJIB BANGUN
MELAWAN
AMIN
MARI BERSAMA
MASUK
KEMAH BESAR
KHALAS
Siasatan terhadap saya adalah intimidasi kerana gesa Azam Baki digantung tugas - Rafizi
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau sedia berdepan dengan sebarang siasatan berhubung dakwaan salah laku dan rasuah membabitkan dua dasar utama kerajaan ketika beliau menerajui Kementerian Ekonomi.
Beliau menyifatkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu intimidasi susulan tuntutannya agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki digantung tugas.
"Saya mengalu-alukan siasatan oleh mana-mana pihak kerana saya tahu tiada salah laku berlaku di peringkat saya atau Kementerian Ekonomi.
"Tuduhan ini menggambarkan kononnya berlaku penyelewengan dalam Program Visi Silikon membabitkan kerjasama dengan ARM, serta Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR), pelaburan industri hijau," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas mengenai kerjasama Visi Silikon dengan ARM, Rafizi menjelaskan rundingan itu melalui pelbagai peringkat ketat termasuk pembabitan tiga menteri, Jabatan Peguam Negara, malah rundingan terus antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan CEO ARM, Rene Haas.
Jelasnya, Kementerian Ekonomi hanya berperanan sebagai perancang dan tidak mempunyai kuasa perolehan, manakala kerjasama itu sebenarnya di bawah bidang kuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya, MIDA.
"Tuduhan bahawa perjanjian dibuat tergesa-gesa adalah tidak masuk akal kerana ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan diluluskan Jemaah Menteri. Mengiyakan tuduhan itu bermakna menuduh Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri telah diperdaya," katanya.
Projek NETR babit pelaburan oleh UEM Lestra
Mengenai projek NETR pula, Rafizi memperincikan bahawa pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak membabitkan dana awam atau perolehan kerajaan.
Beliau turut menafikan dakwaan pembabitan kepentingan peribadi dalam projek tersebut dan menyifatkan serangan pempengaruh media sosial sebagai fitnah terancang.
Dia juga menuduh pempengaruh Ariz Ramli, lebih dikenali sebagai Caprice, menghasilkan kandungan yang mendakwa bahawa beliau telah menganugerahkan projek UEM Lestra kepada sebuah syarikat yang mana Rafizi mempunyai kepentingan.
Rafizi berkata dia akan membentangkan butiran lanjut dalam podcastnya minggu ini dan akan memberi Caprice peluang untuk memohon maaf atas tuduhan itu atau berdepan tindakan undang-undang.
"Serangan ini menunjukkan risiko salah guna kuasa apabila SPRM dijadikan senjata untuk menyerang pihak yang mempersoalkan integriti kepimpinannya.
"Tindakan sewajarnya ialah menggantung tugas Azam Baki serta-merta bagi membolehkan siasatan bebas dijalankan berikutan pendedahan mengenai dakwaan penyelewengan di agensi itu," tegas beliau.
Sebelum ini seorang pesara media (Malaysiagazate), Haizal Yatiran, telah melaporkan kepada SPRM berhubung kepentingan Rafizi dalam penganugerahan projek di bawah NETR yang mana CEO Itramas Corp Sdn Bhd, Lee Choo Boo adalah salah seorang Pengarah di syarikat Invoke Solution Sdn Bhd.
Rafizi (Menteri Ekonomi ketika itu) dan Lee Choo Boo adalah antara tiga nama pemilik bersama sebuah syarikat yang berdaftar atas nama Invoke Solutions Sdn Bhd.
Rafizi memaklumkan akan membentangkan fakta lebih mendalam melalui podcast YBM pada Jumaat ini dan tidak teragak-agak untuk memulakan tindakan saman sekiranya pihak yang memfitnahnya gagal memohon maaf.






