Selasa, 7 September 2021

ANWAR IBRAHIM CUBA TRY

 

PEMIMPIN ISLAM

YANG SYUMUL

WARAK  JUJUR

SELALU JADI IMAM

NAK CUBA TRY 

KAH KAH KAH 

NAK CUBA TRY

 TEST DE NUMBO

KAH KAH KAH



Rundingan kerajaan, Pakatan terjejas kerana tiada usul undi percaya, kata sumber

PERJANJIAN kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSRA) antara pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan hampir gagal selepas kerajaan enggan mengemukakan undi percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat minggu depan, kata sumber.

“Usul undi percaya adalah antara perkara yang tiada tawar menawar untuk CSRA diteruskan,” kata sumber Pakatan Harapan (PH) kepada The Malaysian Insight.

Jelasnya perkara itu dimaklumkan kepada perdana menteri dalam pertemuan dengan tiga ketua parti dalam PH iaitu Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan Lim Guan Eng pada 25 Ogos.

“Itu sebabnya kami terkejut apabila Peguam Negara Idrus Harun kata tiada keperluan untuk usul undi percaya kepada Ismail Sabri di Parlimen,” kata pemimpin PH.

Sabtu lepas, Idrus berkata Ismail Sabri tidak perlu diundi percaya di Dewan Rakyat kerana Yang di-Pertuan Agong sudah berpuas hati dengansokongan majoriti yang beliau ada untuk dilantik perdana menteri.

Katanya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menerima mengadap 114 ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri untuk dilantik perdana menteri pada 19 Ogos.

Undi percaya terhadap Ismail Sabri hanya akan melangkau kuasa Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan perdana menteri itu sudahpun mendapat perkenan diraja.

Al-Sultan Abdullah bagaimanapun pada 18 Ogos menitahkan syarat agar perdana menteri yang menggantikan Muhyiddin mendapatkan keabsahan di Dewan Rakyat melalui undi percaya.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno dan ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah perdana menteri pada 21 Ogos.

Ini bukan kali pertama perdana menteri yang baru dilantik di tengah penggal mendapatkan keabsahan di Dewan Rakyat.

Undi percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob hanya akan melangkau kuasa Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan perdana menteri itu sudah mendapat perkenan diraja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 September, 2021.
Undi percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob hanya akan melangkau kuasa Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan perdana menteri itu sudah mendapat perkenan diraja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 September, 2021.
Hussein Onn dan Abdullah Ahmad Badawi mendapatkan keabsahan di Dewan Rakyat melalui usul undi percaya tidak lama selepas mereka dilantik perdana menteri masing-masing pada 1976 dan 2003.

Satu-satunya perdana menteri yang tidak berbuat demikian ialah Muhyiddin Yassin yang menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada Mac tahun lalu. Muhyiddin letak jawatan perdana menteri pada 16 Ogos selepas 14 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya.

Draf perjanjian CSRA

Sementara kenyataan Idrus mengejutkan pasukan perunding PH, pihak kerajaan juga nampak sengaja melambat-lambatkan rundingan, kata sumber.

Dua sumber lain berkata pasukan perunding PH sudah menyerahkan draf CSRA kepada kerajaan pada 30 Ogos.

“Tetapi belum ada maklum balas lagi,” kata seorang sumber.

Sumber yang terlibat dalam rundingan memberita PH berharap dapat memuktamadkan perjanjian berkenaan sebelum sidang Parlimen minggu depan (13 September).

“Perkembangan baharu ini menyulitkan keadaan,” tambahnya.

Tiadanya usul undi percaya dalam takwim mesyuarat yang diedar kepada ahli parlimen pada 30 Ogos petunjuk awal pendirian teragak-agak Ismail Sabri, katanya.

Ismail Sabri dilapor cuba mendapatkan sokongan untuk mengelak isu tidak percaya seperti yang dihadapi Muhyiddin sehingga terpaksa letak jawatan.

Menurut PH, pembangkang mahu tawaran reformasi yang sama yang sebelum ini dicadangkan oleh Muhyiddin sebelum letak jawatan.

Muhyiddin mengemukakan cadangan tujuh pembaharuan untuk mendapatkan sokongan pembangkang, dalam usaha terakhir mengekalkan kerajaannya.

Antaranya termasuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, memperkenalkan undang-undang antilompat parti, serta melaksanakan umur layak mengundi 18 tahun.

Walaupun pentadbiran Ismail Sabri belum mengesah atau menafikan rundingan sokongan kepadanya, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang juga setiausaha agung Bersatu berkata partinya bersetuju dengan rundingan itu. – 7 September, 2021.


INILAH TAHAP

PEMIMPIN ISLAM

KAH KAH KAH

DULU TAK SOBA

SEKARANG

MEROYAAN

NAK CUBA TRY

KAH KAH KAH

I GOT DE NIUMBO

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: