Rabu, 21 Januari 2026

BERITA BAIK UNTUK WARGA DUNIA



EU beri amaran tindak balas tegas tanpa kompromi terhadap rancangan Trump ambil alih Greenland

DAVOS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berikrar akan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap ancaman Amerika Syarikat (AS) susulan rancangan Presiden AS, Donald Trump, untuk mengambil alih Greenland, wilayah autonomi milik Denmark.

Pemimpin Eropah yang berhimpun di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos bersatu menentang pendekatan "America First" Trump yang semakin agresif.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, memberi amaran bahawa tindakan Trump boleh menjejaskan hubungan AS–EU dan mencetuskan ketegangan berpanjangan.

Pemimpin EU dijadual mengadakan sidang kemuncak tergempar mengenai isu Greenland di Brussels pada Khamis.

Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen pula memberi amaran penduduk wilayah itu perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman ketenteraan.

Trump berkata, beliau bersedia mengadakan pertemuan di Davos bagi membincangkan isu itu, namun enggan menjelaskan sejauh mana langkah yang akan diambilnya.

"Kami ada banyak mesyuarat mengenai Greenland dan saya percaya perkara ini akan berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyifatkan ancaman Trump untuk mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas negara yang menentang rancangannya sebagai tidak boleh diterima.

Trump sebelum ini menegaskan Greenland penting untuk keselamatan AS, sambil mendakwa ia perlu dilindungi daripada ancaman Russia dan China.

Eropah kini mempertimbangkan langkah balas selepas Trump mengancam untuk mengenakan tarif ke atas beberapa negara Eropah, walaupun Washington memberi amaran tindakan balas itu tidak bijak.

Trump berkata, beliau sudah berbincang dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte, mengenai isu Greenland dan bersetuju bertemu beberapa pihak di Davos.

Bekas Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, memberi amaran bahawa rancangan Trump itu mencetuskan krisis terbesar dalam sejarah NATO dan boleh menjejaskan susunan dunia.

Sementara itu, Nielsen berkata walaupun penggunaan kekuatan ketenteraan tidak dijangka, ia tidak boleh ditolak sepenuhnya kerana Greenland adalah sebahagian daripada NATO.


BERITA BAIK

UNTUK WARGA

DUNIA

AMIN

AMERIKA GADUH

DENGAN EROPAH

AMIN

NATO AKAN

TERBARAI

AMIN

KAPITALIS AMERIKA

AKAN HANCUR

 AMIN 

KITA BOLEH

 PUKI MAK KAN 

PERJANJIAN

 ANWAR-TRUMP

KHALAS

Tiada ulasan: