Rabu, 21 Januari 2026

NAK JIMAT MINYAK ?



Pesawat Air Force One dinaiki Trump ke Davos berpatah balik

WASHINGTON: Pesawat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan terpaksa berpatah balik ke sebuah pangkalan udara akibat "masalah elektrik kecil" sejurus selepas berlepas menuju ke Switzerland, kata Rumah Putih.

Air Force One kembali ke Pangkalan Bersama Andrews sebagai langkah berjaga-jaga, menurut Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt.

Pesawat itu mendarat sejurus selepas jam 11 malam (0400 GMT).

Wartawan yang turut serta dalam penerbangan melaporkan lampu di kabin terpadam seketika selepas berlepas.

Trump dan rombongannya akan bertukar kepada pesawat lain dan meneruskan perjalanan ke Forum Ekonomi Dunia di Davos, di mana presiden AS itu dijangka berdepan pemimpin Eropah berhubung usahanya untuk menguasai Greenland.

Dengan liveri biru dan putih ikonik, Air Force One sering dianggap sebagai pesawat paling ikonik di dunia dan simbol yang mudah dikenali bagi jawatan presiden AS.

Trump sejak sekian lama tidak berpuas hati dengan pesawat Air Force One sedia ada — dua pesawat Boeing 747-200B yang diubah suai khas dan mula berkhidmat pada 1990 di bawah Presiden George H W Bush.

Tahun lalu, Trump berkata pentadbirannya sedang "menilai alternatif" kepada Boeing susulan kelewatan penghantaran dua pesawat 747-8 baharu.

Pada Mei lalu, Ketua Pentagon Pete Hegseth menerima sebuah pesawat Boeing 747 yang ditawarkan oleh Qatar kepada Trump untuk digunakan sebagai Air Force One.

Pesawat itu — bernilai ratusan juta dolar — telah mencetuskan persoalan besar dari sudut perlembagaan dan etika, selain kebimbangan keselamatan mengenai penggunaan pesawat yang didermakan oleh kuasa asing sebagai pesawat presiden yang amat sensitif. - AFP

WOW

INI NAK JIMAT

MINYAK ATAU

NAK JIMAT 

TRUMP

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: