Rabu, 21 Januari 2026

PILIH MANA YANG MUDAH


MP: Bagaimana mahu lawan rasuah jika elit dapat 'diskaun'?

 Seorang anggota parlimen veteran PKR hari ini mempersoalkan bagaimana negara boleh berharap untuk memerangi rasuah apabila “golongan elit” tertentu boleh mendapat “diskaun” ke atas hukuman mereka walaupun sudah disabitkan di mahkamah.

Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) membangkitkan persoalan itu ketika membahaskan usul titah menjunjung kasih titah diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, yang menyatakan hasrat untuk melihat perang habis-habisan terhadap rasuah di negara ini.

“Kemudian kebawah duli Yang di-Pertuan Agong menyatakan amalan rasuah ini mesti diperangi secara besar-besaran. Ini memang seruan yang betul daripada raja kita. Kalau baginda tidak bercakap, siapa lagi nak bercakap.

“Tetapi Tuanku, ampunkan patik bercakap di sini, bagaimana kita nak perangi secara besar-besaran rasuah ini jika ada elit-elit tertentu dalam negara kita, pemimpin-pemimpin besar di negara kita, telah didapati bersalah oleh mahkamah, tetapi dibagi diskaun kemudian itu.

“Ini kesilapan. Ini saya tidak kata kesilapan, something wrong dalam bahasa Inggeris. Dalam satu segi kita nak pegang habis-habisan, dalam satu segi kita lepaskan dengan diskaun,” katanya.

Walaupun Hassan tidak memberikan butiran lanjut, dia dipercayai merujuk kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International.

Menambah lanjut, Hassan mengkritik dakwaan amalan dwistandard pihak berkuasa ketika menyiasat dan mendakwa suspek rasuah, khususnya melibatkan ahli politik.

“Yang kedua, di kalangan kita pemimpin besar elitis ini, ramai pemimpin-pemimpin negara, dulu dan sekarang, kes di mahkamah mendapat DNAA, dilepaskan tanpa dibebaskan. Tak cukup itu, kemudian dia bagi NFA — non further action (tiada tindakan lanjut).

“Jadi kesian, simpati saya kepada pegawai-pegawai SPRM yang gigih menyiasat,” katanya.

Hassan turut menyentuh dakwaan ketidakseimbangan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak prokerajaan dan pembangkang, termasuk sindiran terhadap keputusan pendakwaan melibatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

PILIH MANA

LEBIH MUDAH

AMIN

JATUHKAN ZAHID

ANWAR 

BIN IBRAHAIM 

BUNGKUS

AMIN

HUMBANAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

ZAHID DI DAKWA

KHALAS

Tiada ulasan: