Rabu, 21 Januari 2026

SYARIKAT SWEDEN BUAT KERJA JAHAT DI MALAYSIA ?



Syarikat dipercayai milik warga asing disyaki dalang import e-waste secara haram

KUALA LUMPUR: Syarikat dipercayai milik warga asing disyaki menjadi dalang mengimport sisa elektronik (e-waste), plastik dan kertas secara haram untuk diproses bagi tujuan kitar semula.

Perkara itu dikesan hasil risikan terbaru dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang giat memburu dalang, termasuk pihak berkuasa disyaki bersubahat, berkait kes pencemaran berterusan angkara e-waste dibawa masuk secara haram ke negara ini.

Setakat ini, SPRM mengesan sekurang-kurang 2,000 hingga 3,000 kontena mengandungi e-waste sudah diseludup masuk melalui pelabuhan utama negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya akan memperhebatkan siasatan terhadap premis-premis disyaki terbabit pengimportan e-waste secara haram ke Malaysia, termasuk syarikat dipercayai dimiliki warga asing.

"Syarikat berkenaan disyaki mengimport sisa elektronik, plastik dan kertas untuk diproses bagi tujuan kitar semula.

"Komponen berharga seperti tembaga, aloi dan emas diambil, manakala baki sisa dilupuskan secara membakar, menanam atau dibuang terus sehingga mencemarkan udara serta sumber air.

"Kita tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dilindungi oleh pihak berkuasa tertentu yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang kemasukan sisa pepejal berkenaan.

"Jika tidak dibanteras secara menyeluruh, ia berpotensi mengakibatkan pencemaran serius kepada negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Khusairi berkata, SPRM melalui Mesyuarat Petugas Khas Berkaitan Penguatkuasaan E-Waste, bekerjasama dengan 12 agensi untuk menangani isu berkenaan.

Ia termasuk Agensi Kawalan Penerimaan Sisa, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

"Mesyuarat itu akan meneliti undang-undang khusus berkaitan e-waste dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan bagi memastikan kegiatan penyeludupan berkenaan dapat dibanteras hingga ke akar umbi.

"SPRM memandang serius isu ini dan memberi amaran kepada pihak berkuasa terbabit agar segera menghentikan pengimportan e-waste," katanya.

E-waste mengandungi bahan toksik seperti plumbum, merkuri, kadmium, bahan kalis api berasaskan bromin serta asid daripada bateri, dan jika tidak diuruskan dengan betul, bahan berkenaan boleh bocor ke dalam tanah, air dan udara.

Antara kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan ialah ia boleh mengakibatkan pencemaran tanah serta air yang menjejaskan pertanian dan sumber air.

Selain itu, pencemaran udara akibat pembakarannya secara terbuka yang menyebabkan risiko kesihatan seperti masalah pernafasan, gangguan saraf dan kerosakan buah pinggang, selain risiko kepada kanak-kanak serta pekerja tidak dilindungi.

Di Malaysia, e-waste diklasifikasikan sebagai sisa terjadual.

INI PASTI KOMPENI

DARI SWEDEN

AMIN

WARGA SWEDEN

INI DATANG SEBAGAI

PENDATANG HARAM

AMIN

HANYA MEREKA

BUAT KERJA  JAHAT

 KERANA

RAMAI GENG DISINI

AMIN

JUMPA SWEDISH

TIBAI DULU

KEMUDIAN CAKAP

MELAYU UNTUK

BUKTI DIA 

PENDATANG HARAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: