Sabtu, 7 Februari 2026

NAMA DI LAPOR KERANA TOK SARJAN


KERANA DIA

HANYA SARJAN

MAKA

NAMA ADA 

DILAPOR MEDIA

AMIN

NAMA PEMBERI

MALAH NAMA ADIK

PEMBERI JUGA

DI LAPOR SAMA

AMIN

JIKA DATUK ATAU

DATUK SERI

NAMA TAK MUNCUL

KHALAS


Sarjan polis didakwa terima rasuah selesaikan kes narkotik

BUTTERWORTH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM2,500 bagi menyelesaikan kes ujian saringan air kencing tiga tahun lalu.

Tertuduh, S. Yuvarajan, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia yang ketika itu sebagai seorang ejen kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Sarjan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik (2) di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut telah secara rasuah memperoleh wang tunai RM2,500 daripada Ahmad Fuaad Mokhtar sebagai upah bagi melakukan perbuatan berhubungan hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu menyelesaikan kes ujian saringan air kencing adiknya, Muhamad Fazli Mokhtar.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah pusat perniagaan di Sungai Dua, George Town, jam 7.45 malam, pada 12 Julai 2023.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh diwakili peguam, C. Hari Prassaad Rao.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melaporkan diri di Pejabat SPRM berhampiran sekali setiap bulan.

Bagaimanapun, Hari Prassaad Rao dalam mitigasi rayuan mohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.

“Tertuduh pernah ditahan kerja pada tahun 2023 bagi membantu siasatan berhubung kes ini namun dipanggil menyambung semula tugas pada awal  tahun lalu.

Tiada ulasan: