.

Khamis, 10 November 2016

DARI ARKIB - HILLARY ATAU TRUMP






DARI ARKIB

28/9/16

HILLARY ATAU TRUMP?

Pilihan Presiden Amerika akan dijalankan  Selasa 8hb November ini. Dalam bulan September ini ada 1,885 calon Presiden yang telah mendaftar dan mengisi borang. Hampir kesemuanya kita tidak diketahui nama and rupa mereka. Tapi bukan semua ini memiliki kriteria  yang membolehkan mereka bertanding.

Hingga ke tahap saya menulis ini kita hanya mengenali dua calon yang diheboh-hebohkan oleh media Amerika. Dan dibontoti oleh media dunia Maka setiap hari semenjak dua bulan ini kita mendengar atau membaca berita Hillary Clinton dari Parti Demokrat (PD) dan Donald Trump dari Parti  Republikan (PR).

Sabenarnya ada lagi calon-calon lain.  Parti Hijau mencalonkan Ms Jill Stein. Parti Libertarian mencalonkan Gary Johnson.  Darell Lane dari Parti Perlembagaan. Rocky De La Fuente dari Reform Party. Evan McMullin - calon Bebas. Dan Gloria Estela La Riva dari Parti Sosialis. Kesemua calon ini telah memiliki hak  dan memenohi kriteria untuk bertanding mengikut peraturan SPR Amerika.

Untuk saya pemilihan Presiden Amerika ini - memilih calon Republikan atau  Demokrat sama saperti  memilih Pepsi Cola atau Coca Cola.  Tidak ada perbezaan hakiki.
Hillary Clinton dan Donald Trump mewakili kuasa imperial Amerika. Mereka mewakili kepentingan sistem ekonomi kapitalis dunia yang berpengkalan di Amerika. 

Antara Hillary dan  Trump dari segi sistem ekonomi kapitalis tidak ada perbezaaan. Kedua-dua calon ini tidak menentang sistem ekonomi kapitalis. Dua calon ini kini sedang berdebat untuk melihat siapa yang lebih baik untuk menjaga kepentingan  kaum pemodal. 

Mereka berdebat untuk melihat siapa lebih baik menjaga kepentinagn Isreal. Berdebat untuk melihat siapa yang lebih baik untuk melancarkan serang terhadap Rusia. Siapa antara berdua ini yang lebih berani untuk memperluaskan  NATO.  Siapa yang akan meledakan bom nuklear.

Kendati pun semua ini - saya Hishammuddin Rais secara terbuka menyokong Donald Trump dari Parti Republikan untuk menjadi Presiden Amerika pada November ini.

Betul - ini pertempuran Coca Cola  dengan Pepsi Cola. Tetapi kita tidak ada pilihan. Rakyat dunia hari ini tidak ada pilihan. Kita semua dibawah Empire Amerika. Dasar dalam dan dasar luar  Amerika semuanya bersangkut paut dengan kita semua.

Suka tidak suka dasar Rumah Puteh pada ketika ini akan memandu, akan mengkemudi arah perjalanan dunia.  Sangkut paut dan kait mengait dengan kita di Malaysia ini  terjadi kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Semua negara dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitala tidak akan terlepas dari dasar dan politik Amerika. 

Ini hakikat  dunia kita pada ketika ini. Justeru kita semua wajib memahami apa yang berlaku di Amerika. Memahami apa dasar Amerika. Kita wajib mendapat pencerahan tentang dasar luar Amerika. Ini bukan bertujuan agar kita jadi  bijak dalam hal politik Amerika  atau arif hubungan antara bangsa. Hanya wajib mengetahui asas politik dunia agar kita semua bersedia.

Bersedia? Bersedia untuk apa?

Bersedia agar kita tidak terperanjat jika tetiba perang pecah di Laut China Selatan. Atau tetiba Kapal Perang Amerika masuk ke Selat Melaka. Tetiba soldadu Amerika berduyun-duyun turun ke Sabah.

Untuk mendapat pencerahan biar saya  bawa kembali  kepada hujah kenapa saya  menyokong Trump dan tidak menyokong Hillary Clinton.

Saya tidak menyokong Hillary bukan kerana saya anti feminis. Bukan kerana saya sexist kerana Hillary seorang perempuan. Atau saya seorang sizeist kerana Hillary semakin tembam dan montok. Saya memiliki hujah yang lebih jalang dari ini semua.

Untuk saya Hillary akan membawa bahaya kepada dunia. Bahaya ini muncul  hasil dari saya mengumpul pembacaan dan mengumpul pengalaman. Amat  jelas Hillary ialah calon yang disokong teguh oleh Wall Street. Hillary Clinton mendapat sokongan seratus peratus dari pemilik kilang senjata di Amerika. Industri Persenjataan  Amerika - American Military-industrial complex  menyokong Hillary  secara terbuka. 

Apa yang menjadikan Hillary merbahaya samalah saperti  bahaya yang telah dibawa  oleh Obama. Presiden Obama semasa menjadi calon tidak dilihat  sebagai White Anglo-Saxon Protestant (WASP). Semua elit politik dan elit ekonomi di Amerika adalah suku sakat WASP. Semua Presiden Amerika datang dari WASP kecuali Presiden Kennedy - seorang Katholik.

Sebagai orang hitam Obama dilihat popular dengan warga tertindas di Amerika. Imej Obama juga dilihat sebagai calon yang berkemungkinan bersimpati kepada warga Dunia Ketiga.

Tetapi semua ini dalah hampeh belaka. Bila Obama menang dia menjadi ‘budak negro’. 

Budak negro adalah budak suruhan dalam pensejarahan hamba abdi di Amerika. Watak ini berada hingga sekarang. Justeru budak negro bernama Obama menjadi  budah suruhan terbaik untuk kaum pemodal berkulit puteh untuk merembat dan merampok harta kekayaan dunia. Lihat bagimana budak negro ini sanggup main golf dengan  Najib agar TPPA ditanda tangani.

Hakikatnya ramai warga Dunia Ketiga tertipu oleh imej warna kulit Obama.

Adalah fakta bahawa Obama - yang berkulit hitam - mengebom mati lebih banyak warga di Pakistan, Afghanistan, di Somalia, di Libya , di Iraq atau di Yaman. Yang mati dibunuh Bush dan Clinton kalau dicampurkan tidak seramai yang dibom oleh Drone Obama. 

Inilah  peranan ‘negro budak ’  yang mendapat arahan Wall Street dan Tuan Empunya Kilang Senjata.

Kali ini Wall Streeet dan Tuan Empunya Kilang Senjata telah memilih  Cik Puan Hillary Clinton. Tujuannya sama. Hillary  - seorang perempuan, dianggap feminis, dibaca berhati Bonda,  memiliki ciri ibu yang lemah lembut. Hillary dikatakan membawa politik liberal.

Hampeh. Semua ini hampeh. Pekara yang sama telah ditulis ketika Barack Obama dicalon ke  Rumah Puteh.

Bertopengkan semua ini kaum pemodal dan Tuan Empunya Kilang Senjata sedang berusaha untuk memastikan Hillary menang. Jika Hillary menang maka ‘  kumpulan penyokong perang’ akan sekali lagi berkuasa di Rumah Puteh.

Wajib saya nyatakan disini bahawa Paul Wolfowitz bekas Duta Amerika ke Indonesia, bekas Presiden Bank Dunia dan bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika telah menyelinap masuk ke dalam kem Hillary. Walau pun dia dari parti Republikan tapi berjaya masuk ke dalam kem Demokrat. Mamat ini mewakili pandangan kanan yang dipanggil Neocon. Mereka berkumpul dalam  Kumpulan Pemikir yang di panggil PNAC. 

Puak Neocon inilah yang bertanggung jawab mengajukan dasar PNAC - Project for New American Century - Projek Dasar Baru untuk Kurun Amerika pada tahun 1997. Dalam kumpulan ini terdapat pemikir intelektual jalur kanan Amerika saperti William Kristol dan Robert Kagan. Termasuk sama dalam kumpulan in ialah Dick Cheney dan Donald Rumsfeld yang berjaya akhirnya  masuk ke dalam kabinet Presiden Bush Jr.

Kumpulan PNAC inilah yang berjaya  melobi Presiden Bush - yang susut intelek - untuk melancar perang terhadap Iraq, Afghanistan,   Syria dan di Libya. 

Sekali lagi topeng Demokrat akan digunakan. Satelah selesai budak negro menjalankan tugas dengan baik maka  seoarang perempuan akan digunakan untuk meneruskan dasar kanan PNAC.

Justeru satelah melihat apa yang telah berlaku dan mengumpul pengalaman maka saya  bebesar hati menyokong Donald Trump.  

Betul Donald Trump memiliki sentimen prasangka. Mungkin juga berbau rasis. Betul Trump sexist. Betul  Trump kasar bahasanya.  Sekali sekala kurang hajar.

Wajib kita mengakui bahawa perangai dan budi bahasa Donald Trump  bukan asing dalam masyarakat Amerika. Trump  mewakili pandangan induk masyarakat Amerika. Trump mewakili  warga Amerika dari kelas bawahan.  Sentimen yang dinyatakan oleh Trump bukan satu yang asing. Ini adalah fikrah majoriti warga Amerika yang selama ini diwakili oleh gulungan elit politik yang ‘berbudi bahasa’. 

Warga Amerika yang menyokong Trump anti kaum imigran yang datang mengambil kerja mereka. Mereka marah terhadap tuan empunya kilang yang menutup kilang dan membuka kilang yang sama di China atau di Vietnam atau di Malaysia. Mereka marah dengan kemasukan dan lambakan barangan murah dari China.

Kilang pembuatan Amerika banyak yang gulung tikar. Buruh terlatih Amerika hilang pekerjaan. Kelas menengah Amerika semakin mengecil dan terperosok dalam hutang. 

Maka muncul Donalad Trump yang membawa  sentimen nasionalis Amerika. Sama saperti warga Sarawak dan Sabah yang melaungkan Sabah untuk Watan Sabah. Warga Amerika juga melaungkan Amerika untuk Warga Amerika - American First.  

Pada hemat saya American First atau Amerika untuk Watan Amerika  bukan satu jenayah.  Amerika negara mereka. Amerika sekarang - sama saperti Malaysia yang menghadapi ramai pendatang haram. 

Di Sabah kita  menghadapi kedatangan warga Filipina. Amerika juga berhadapan dengan kemasukan warga Mexico. Kalau di Sabah pendatang tanpa izin membawa masalah maka di Amerika juga ada masalah yang sama.

Donald Trump sedang mengajukan dasar-dasar baru. Salah satu dasar baru Trump yang saya sokong kuat   ialah tentang NATO. Perjanjian NATO  membolehkan Amerika menempatkan bala tentera di Eropah. Trump telah bertanya secsara terbuka - kenapa Amerika bebelanja berbilion dolar  untuk keselamatan Orang Lain I.e Eropah.

Trump tidak pula melihat Rusia sebagai musuh. Trump melihat Ruisia  dan China sebagai rakan niaga. 

Pandangan Trump terhadap NATO, Rusia dan China telah menakutkan Tuan Empunya Kilang Senjata. Suara Trump telah menakutkan kaum pemodal yang mahu perang berterusan dan   kilang senjata terus mengeluarkan senjata.

Biar saya mudahkan hujah saya. Di Malaysia jika  ada pemilihan Presiden maka saya dengan senang akan memilih Vincent Tan dari Haji Hadi. Atau saya dengan hati jujur akan memilih Ananda Krishanan dari Nik Abduh. 

Saya tahu musuh mana yang lebih senang ditumpaskan. Senang membuat kerja politik. Justeru satu orang musuh yang menyamar sebagai kawan adalah lebih bahaya dari seribu musuh. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu orang musuh yang menyamar sebagai kawan adalah lebih bahaya dari seribu musuh.
Ibarat berkawan dengan ketua lebai malang kluk klik.

zeff berkata...

bagaimana kalau puak2 ni beralih ke trump?
mungkin semua dah dirancang, skrip dah diolah dengan baik
kita tahu agenda2 jahat amerika dan zionis semua bergerak halus

Tanpa Nama berkata...

kecoh sedunia bila trump menang..trump dikatakan anti islam walhal pentadbiran obama juga menyerang negara2 arab islam lain, syria, afgan dan menghantar drone bersenjata ke pakistan..trump dikatakan anti pelarian, maka semua org dunia ini kecoh walhal yg menjadikan pelarian2 ini adalah kuasa amerika obama dan didanai oleh saudi dan qatar..org kecoh palestin diserang dibunuh, namun saudi adalah pengerusi badan dunia juga membunuh rakyat yemen..trump dikaitkan dgn model, walhal bill clinton ada pengulum moniska lewisky..trump batal tppa, tp tok pa mewakili malaysia tetap nakkan tppa..trump dikatakan pro russia, dunia lupa obama juga menghasut kesatuan eu utk boikot ekonomi russia, walhal amerika berurus niaga juga dgn russia.trump anti asia kerana tenaga buruh yg murah diasia menyebabkan rakyat amerika takda keje.semua pasaran saham dunia jatuh bila trump menang, ini kerana semua rancangan2 perang itu dimesyuaratkan dlm bilik pasaran saham tak kira la ahli2 yg dtg itu berjubah, berserban, alussunah atau syiah asalkan keuntungan maksima terlaksana..tanah malaysia kini dibawah naungan dinasti china, kita tunggu apa pak arab nak buat kat kelate, negara islam serambi mekah yg presidennya masih belum menyaman sarawak report..oh ya, britain bukan negara eu, so tontowi kalo nak ke german dari england, wajib apply visa..