.

Khamis, 10 November 2016

TAK HABIS HABIS




CERAMAH

DIMUOH

PARIT BAKAR



Maria, Hishamuddin Rais dipanggil polis isu ceramah di Johor


Aktivis politik Hishamuddin Rais dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini dipanggil polis di ibu pejabat polis Petaling Jaya.
Mereka tiba kira-kira jam 9.30 pagi untuk memberi keterangan berhubung satu ceramah di Parit Bakar, Muar, Johor pada 5 November lalu.
Hishamuddin berkata mereka disoal siasat selama hampir satu jam oleh pegawai polis berpangkat ASP dari Johor.
Hishamuddin berkata difahamkan terdapat tujuh lagi individu akan dipanggil, termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menghadiri ceramah berkenaan.
Sementara itu, Maria ketika dihubungi Malaysiakini menegaskan pihak penganjur telah memberi notis kepada polis untuk mengadakan ceramah itu.

"Itu adalah hak kita untuk mengadakan ceramah dan kita telah beri notis kepada polis," katanya.
Ketika ditanya, kedua-dua mereka tidak jelas disiasat bawah undang-undang apa.
Kedua-dua mereka hadir tanpa ditemani peguam.
GUA DENGAR

CERAMAH

DI RANTAU

PUN POLIS

NAK SIASAT

-----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar lah bebudak buat kerja

Dapat klaim over time , duit hotel , minyak dan pau pau jalanan

Macam mana nak bayar Camry baru atau Accord baru

Biasa lah

Bukan bebende baru pun

Tuh semua sambung silatuh rahim banyak pahala

Tanpa Nama berkata...

Betul ke berita ni?? Mcm berita palsu jer. TT kau tiba di balai polis pukul 9.30am?!!! OMG!!! 9.30am tuuu.. cukup ke tido?? Kesian kau kannn? Sebab kena bangun awal.. kahkahkahhh

DIDI KOTA BELUD berkata...

NOTIS tu amende...PULIS mana reti...cuba hantar NOTE.....hehhehehe....lagi gelap caler dia lagi baguiihhhhhh....kakakakjaja

cucu atuk berkata...

atuk tt, nape pakcik lebai google da tak letak blog atuk kat kedudukan nombor 1 lagi dalam hasil carian dia?adakah pakcik lebai google da didedakkan sama cam alamak-alamak kat msia ni?atau sebab kes ini pakcik ketua twitter negara suruh pakcik lebai google buang hasil carian dia?nampaknye nak kene bookmark siap-siap blog atuk supaya senang nak baca hasut-hasut surah-surah yang atuk dendangkan