Rabu, 8 Januari 2025

BILA TITAH DIBUAT ?



Laporan polis namakan Anwar, peguam negara dan 3 menteri 'sorok' titah adendum Najib


Ketua Penerangan Bersatu Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin, hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, di samping empat lagi individu lain, susulan tindakan kerajaan yang didakwa menyorok dokumen tambahan dalam pengampunan diraja oleh bekas Yang di-Pertuan Agong kepada Najib Razak supaya beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Laporan itu turut menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa yang turut menganggotai Lembaga Pengampunan, di samping bekas peguam negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution dan menteri undang-undang Azalina Othman Said.

Ia antara lain menyebut bahawa kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan berhubung pengkhianatan terhadap negara, dan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh kuasa Agong.

"Memang satu penderhakaan dan berniat jahat terhadap Raja-Raja Melayu apabila kerajaan menyorokkan titah tersebut. Ia bukan persoalan bela Najib atau tidak," kata Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, di luar IPD Dang Wangi tadi.

Katanya, tindakan menyorokkan dokumen tambahan yang dikenali sebagai "titah adendum" itu merupakan pengkhianatan yang boleh dikenakan hukuman berat, termasuk penjara seumur hidup atau hukuman bunuh.

Chegubard turut mendesak Saifuddin menjelaskan dakwaannya bahawa beliau pernah berunding dengan Najib berhubung titah tersebut.

Pada Isnin, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman oleh Najib berhubung kewujudan adendum itu yang mengarahkan bekas pemimpin itu menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Susulan itu, Saifuddin memaklumkan Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah tambahan bekas Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

Sebaliknya, Saifuddin berkata pihak penjara hanya menerima surat pengurangan hukuman dan denda seperti mana dalam pengampunan diraja yang diperolehi Najib.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Tun Faisal Aziz berkata kenyataan Saifuddin bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak mendapat perintah tahanan rumah membuktikan titah tersebut disorok.

"Kenapa dia (KDN) tak dapat laksanakan? Sebab dia hanya dapat perintah diskaun (hukuman) tapi tidak dapat titah hukuman perlu dijalankan di rumah.

"Kalau Saifuddin kata hanya dapat 'body', mesti ada yang sorokkan titah itu," katanya.

Najib pada awal tahun lalu menerima pengurangan hukuman penjara dan denda daripada daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Tidak lama selepas itu, peguamnya Muhammad Shafee Abdullah menuduh kerajaan menyembunyikan adendum mengarahkan Najib menjalani hukuman di rumah.

"Mengapa mereka menyembunyikan titah Yang di-Pertuan Agong, sedangkan kamu (ada kuasa) mendedahkannya? Mereka harus mendedahkan dan menguatkuasakannya," Shafee dilaporkan berkata.


WOIT

BILA TITAH INI

DIBUAT ?

AMIN

KETIKA MESYUARAT

PENGAMPUNAN

ATAU DI LUAR

MESYUARAT ?

AMIN

MASA DIBUAT

ADAKAH SULTAN

PAHANG MASIH

AGONG ATAU DAH

KEMBALI JADI 

SULTAN PAHANG?

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kerajaan titah kini kerajaan 5g... kah kah kah