Ahad, 22 Februari 2026

PROJEK JIMATKAN TRUMP


MAHKAMAH AGUNG

AMERIKA

CIBAIKAN TRUMP

AMIN

TRUMP KACAU

KAUM PEMODAL

AMIN

PASTI AKAN ADA

PROJEK JIMATKAN

TRUMP

KAH KAH KAH

KHALAS



Trump naikkan tarif global kepada 15 peratus, sehari selepas Mahkamah Agung AS batalkan tarif terdahulu

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan kenaikan kadar tarif global baharu kepada 15 peratus, hanya sehari selepas Mahkamah Agung membatalkan tarif import terdahulu yang diperkenalkan pentadbirannya.

Pengumuman itu dibuat melalui platform Truth Social di mana Trump berkata, pentadbirannya menggunakan kuasa maksimum mengikut Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 - satu peruntukan yang jarang digunakan - bagi mengenakan tarif sementara tanpa kelulusan Kongres.

Langkah terbaru itu diumumkan menerusi platform Truth Social semalam, sekali gus menggandakan komitmen terhadap dasar tarif agresifnya meskipun Mahkamah Agung AS kelmarin, memutuskan sebahagian besar program tarif beliau sebagai menyalahi undang-undang.

Sebelum ini, Trump menyatakan bahawa tarif seragam 10 peratus akan dikuatkuasakan ke atas semua barangan import.

Kenaikan tarif itu dibuat susulan keputusan 6-3 Mahkamah Agung, yang mendapati Trump melampaui kuasa Presiden ketika menggunakan undang‑undang kecemasan ekonomi (IEEPA) untuk melaksanakan tarif global tahun lalu.

Trump mengecam keputusan itu sebagai "ridiculous" dan menuduh beberapa hakim bertindak "anti-Amerika."

Kadar 15 peratus yang baharu ini mewujudkan ketidaktentuan baharu bagi negara seperti United Kingdom dan Australia, yang sebelum ini memiliki perjanjian tarif 10 peratus dengan AS.

Namun begitu, sektor seperti keluli, aluminium, farmaseutikal, automotif dan aeroangkasa tidak terjejas kerana ia tertakluk di bawah undang‑undang tarif berbeza yang kekal berkuat kuasa.

Pengumuman pada Sabtu itu dijangka mencetuskan ketidaktentuan lebih buruk dalam perang perdagangan global. Bagaimanapun, menurut Rumah Putih, duti baharu ini hanya bersifat sementara untuk tempoh 150 hari.

Beberapa pengecualian masih kekal bagi sektor yang berada di bawah siasatan berasingan termasuk sektor farmaseutikal serta barangan di bawah Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA).

Keputusan drastik itu mula mendapat perhatian pemimpin dunia yang meminta peraturan dagangan antarabangsa yang lebih stabil dan berasaskan prinsip timbal balik

Canselor Jerman, Friedrich Merz berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan sekutu Eropah bagi merangka "pendirian teguh Eropah" sebelum berlepas ke Washington pada awal bulan depan.

Di peringkat domestik, Gabenor Pennsylvania dari Demokrat, Josh Shapiro menggesa Trump supaya menghormati keputusan mahkamah.

"Sudah tiba masanya untuk Trump mendengar kata Mahkamah Agung, menghentikan tarif yang huru-hara, dan berhenti membebankan petani, pemilik perniagaan kecil serta keluarga kita," katanya menerusi hantaran di laman X.

Walaupun pasaran saham Wall Street menunjukkan kenaikan sederhana selepas keputusan mahkamah Jumaat lalu, penganalisis menjangkakan pertikaian undang-undang mengenai tuntutan bayaran balik tarif yang telah dibayar sebelum ini akan berlarutan selama bertahun-tahun. - AFP

PEMIMPIN BIJAK SEPERTI RAFIZI DI BUNUH


 PEMIMPIN BIJAK

SEPERTI RAFIZI

DI BUNUH

KHALAS

Unknown commented on
 "MAT LEKEH BERNAMA
 ANWAR BIN IBRAHIM"

Inilah masalah orang kita, yang layak, yang berkualiti, yang berpotensi tidak diberi peluang, diutamakan anak beranak, kaum keluarga dalam semua bidang, pekerjaan jawatan kedudukan anak beranak diutamakan, apabila yang layak mula memberontak berlaku perpecahan, kemudian cari isu stokin, cari isu bendera, cari kandang babi, cari kuil hindu kononnya menjadi pejuang agama pejuang bangsa pejuang negara, 

tetapi semuanya diketahui umum ianya sebagai modal sementara, tetiba ramai YB terlebih rajin, siap hulur buah limau, siap berjumpa berbuka puasa, siap hantar juadah bersahur, adoi drama kelas teratas, sebenarnya cukup mudah, YB kena faham, bukan bagi makan sekali dua boleh mengubah apapun?

Kerja kerja kerja dengan betul, uruskan masalah rakyat di kawasan, selalu turun tengok permasalahan mereka, apa kurang apa langkah uruskan kan mudah, ini YB musim pilihanraya nampak, habis saja pilihanraya terus hilang ke KL kononnya terlalu sibuk, lantik beberapa macai tidak berkualiti, macai pulak lebih YB daripada YB kah kah kah, 

YB pantau karenah macai mereka dahulu, sebenarnya macai lebih popular daripada YB kah kah kah, selalunya musuh kita bukan dari orang lain, semuanya kerja orang yang dekat-dekat kah kah kah kah

NEGARA - BANGSA MUNDUR KERANA RASUAH


NEGARA BANGSA

MUNDUR KERANA

RASUAH

AMIN

Unknown commented on
 "MAMAT BANGLA INI
DOKTOR ATAU MENYAMAR ?"

Rasuah dalam semua kategori, rasuah menjadikan negara mundur, kerana majoriti rasuah orang-orang kita, rasuah dibiarkan berleluasa berlarutan demi menaikkan ekonomi orang-orang kita amin, semua yang jual secara online pelbagai produk ubat keras panjang urat saraf timbul pun bukan doktor bertauliah kah kah kah, 

satu ubat menyelesaikan segala masalah penyakit kemanusiaan kah kah kah, pun tidak ada agensi pemantauan?

Kita ini hebat berceramah tetapi pelaksanaan hampeh belaka, cakap sebelum buat, cakap semasa buat dan bercakap selepas membuat, kalau nak buat tak payahlah heboh sangat, semua dilantik oleh kerajaan madani ini patut dipencen dahulu kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

AHAD 22 FEBRUARI 2026

PERANG UKRAINE


DAH EMPAT TAHUN BERPERANG
Lagi dua hari masuk  4 tahun OPERSAI SPESIAL PUTIN. Ratus ribu warga  dah mati. Soldadu mati pun banyak. Jumlah dan angka yang tepat tidak akan di keluarkan. Selesai perang mungkin kitA tahu.

Perang ini hanya akan tamat di MEDAN PERANG – nampak jelas segala bentuk rundingan telah gagal.  Perang berlaku bila perbincangan GAGAL.

PROJEK NAK RUNTUHKAN RUSIA
Perang Ukraine bertujuan anak pecah belahkan Rusia. SEKATAN EKONOMI di jalanan untuk beri tekanan kepada ekonomi Rusia – Bila ekonomi Rusia kacau maka rakyat Rusia akan bangun menjatuhkan Putin. INI TIDAK BERLAKU. 

Ekonomi Rusia terganggu tapi tidak mati. Rakyat masih setia kepada kerajaan Malah Rubel mata wang Rusia tak jatuh nilai. Minyak keluaran Rusia masih masuk  ke pasaran dunia – India dan China pembeli utama.

KINI warga Ukraine hidup parah – musim sejuk takda  leterik.  Paling TERUK kini  ORANG BUNTING pun di tangkap untuk dijadikan soldadu. Anak muda  di tangkap dalam kelab. Warga tua di tangkap  tengah jalan.

Hakikatnya ASKAR UKRAINE DAH PUPUS – hanya kerana bantuan Amerika dan Kesatuan Eropah  maka  perang ini berterusan.  Amerika beri senjata dan risikan. UK dan German dan France beri dana.

Bila perang akan tamat ? Perang akan tamat bila TAK ADA LAGI SAPA NAK JADI SOLDADU  UKRAINE – kah kah kah Amin.


HOKKIEN
Ketika gua dalam dapur lagi gua dah dengar suara How Wow – kuat bergema. Bila gua lalu depan  hutan pagar gua dengar suara Jantan  berkokok.

Buka Pintu Masuk  - wow – Cengkerik bersimponi – bumi basah cengkerik gumbira. Tertiba Tak Tak   memandang lama  ke arah  bukit – Ha  Ha – Jantan ada di sana  Kacak hansem  – kemudian Bini muncul – wow pagi ini  gua bernasib baik berjumpa Jantan Laki Bini.

Hokkien segar cerah basah. Matahari dah muncul. Pipi terasa panas. Langit biru indah. KL & KL Sentral berkabus nipis. Petang kemarin hujan lebat

Siti dan Keluarga dah menunggu gua di Jalan Besar. Pendatang Putih ada sama. Tak Tak marah – tapi Pendatang tak lari kerana nak makan. LaLu gua beri mereka nasi untuk  makan.

Berjalan pulang di Wakaf Pertama – Tiong Laki Bini menunggu sama – kali ini semua dapat Friskies. Gua tabur jauh untuk Tiong dapat rezeki.

Pagi ini meriah – berjalan pulang Murai berkicau – atas bukit suara pelbagai unggas. Hokkien kosong Pekerja masih bercuti justeru suara unggas jelas di dengar.  SUARA BISING KETIKA  sebuah pesawat dua kipas melintas   ke arah KLIA.

Hari ini akan panas. Sinar Tuhan Ra dah masuk ke balkoni gua. Jika petang hujan malam  sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN

BRO
Negara kita ini akan di tawan  oleh China Merah bukan dengan perang hanya dengan rasuah.

BRO
Hanya perang yang akan membawa damai.

BRO
Orang Miskin  wajib memerangi Orang Kaya. Orang Kaya jadi kaya kerana menghisap tenaga buruh Orang Miskin. 

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA HARI KE 4