Khamis, 14 Ogos 2025

TERUS GARU TELOR




Tentera Israel mara ke lokasi Hamas tahan tebusan


TEL AVIV: Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan pasukan tentera Israel meluluskan rancangan untuk melaksanakan operasi yang lebih luas di Semenanjung Gaza.

Katanya, tumpuan serangan adalah kubu Hamas, terutama di mana tebusan Israel yang diculik ketika serangan 7 Oktober 2023 ditahan.

"Konsep utama untuk pelan peringkat seterusnya di Semenanjung Gaza telah dibentangkan dan diluluskan, selaras dengan arahan daripada kepimpinan politik ," katanya.

Tiada butiran lanjut mengenai pelan yang dipersetujui atau garis masa pelaksanaannya.

Dalam pada itu, serangan udara dan bedilan kereta kebal oleh tentera Israel ke atas Gaza pada Rabu meragut sekurang-kurangnya 123 nyawa dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Angka itu adalah jumlah korban harian tertinggi dalam seminggu, menjelang rancangan Israel untuk mengambil alih keseluruhan wilayah itu.

Ini termasuk sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestin yang sedang mendapatkan bantuan maut ditembak tentera Israel, kata petugas hospital, semalam.

Kakitangan Hospital Nasser berkata antara yang terbunuh ialah 14 penduduk Palestin di kawasan Teina, iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat pengagihan makanan yang dikendalikan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF).

Di Hospital Awda dan saksi berkata, tembakan tentera Israel turut mengorbankan lima lagi penduduk Palestin yang cuba menuju ke satu lagi pusat pengagihan GHF di kawasan koridor Netzarim.

GHF pula menafikan berlaku sebarang kes tembakan di lokasi atau berhampiran pusatnya pada Rabu.

Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan lapan lagi kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh 24 jam lalu, meningkatkan jumlah korban akibat krisis makanan kepada 235 orang sejak perang bermula, termasuk 106 kanak-kanak.

Sementara itu, Kabinet Keselamatan Israel dalam satu kenyataan, menggariskan lima prinsip bagi menamatkan pertempuran di Gaza.

"Pertama, Hamas dilucutkan senjata. Kedua, semua tebusan dibebaskan. Ketiga, Gaza dimusnahkan. Keempat, Israel mempunyai kawalan keselamatan mutlak dan kelima, pentadbiran sivil yang aman.

"Namun, pentadbiran ini tidak akan membabitkan Israel, sebaliknya ia sebuah pentadbiran awam yang tidak mendidik kanak-kanaknya untuk melakukan keganasan, tidak membayar pengganas dan tidak melancarkan serangan pengganas terhadap Israel," katanya.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Kabinet Keselamatan Israel meluluskan rancangan untuk mengambil alih Bandar Gaza selepas satu sesi perbincangan sepanjang malam.

"Kerangka utama bagi pelan operasi IDF di Semenanjung Gaza diluluskan oleh Ketua Turus Umum Tentera, Eyal Zamir.

Zamir sebelum ini berulang kali bertelagah dengan Kabinet Keselamatan Israel, khususnya mengenai cadangan berkaitan Gaza kerana khuatir pelan itu akan membahayakan nyawa tebusan dan membebankan lagi tentera.

"Kita tidak bercakap soal teori, kita berdepan perkara yang membabitkan nyawa dan kematian selain membabitkan pertahanan negara.

"Kita melakukannya dengan melihat terus ke mata askar dan rakyat negara ini," kata Zamir, yang mendakwa IDF kini 'menghampiri peringkat akhir' perang menentang Hamas.

Perkara itu mendorong Netanyahu menulis di platform X, memberi amaran jika Zamir tidak bersetuju dengan pelan itu, beliau boleh meletakkan jawatan.

Peningkatan aktiviti ketenteraan di Gaza turut ditentang oleh keluarga baki tebusan dan kumpulan hak asasi manusia, yang berpendapat lebih banyak pertempuran akan membahayakan nyawa tebusan. - AGENSI

ASKAR DARAT

ZIONIS MULA

MENYERANG

AMIN

NEGARA ARAB

NEGARA ISLAM

PARA ULAMAK  

AL-AZAHAR

HANYA SANGGUP

GARU TELOR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: