Khamis, 14 Ogos 2025

SAPA CUCUK NAK RAFIZI

 



Serangan terhadap anak Rafizi: Polis siasat semua sudut termasuk politik

Polis membuka kertas siasatan berhubung serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, daripada pelbagai sudut termasuk kemungkinan bermotif politik, kata Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar.

Shazeli berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 352 dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyerang dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

"Setakat ni kita tengok semua aspek, tak ada lagi petunjuk ke arah tersebut tapi kita tengok semua angle,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Shazeli, siasatan di bawah undang-undang berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan kerana suspek melakukan sentuhan badan terhadap anak Rafizi yang berusia 12 tahun.

Polis masih berusaha mengenal pasti dan mengesan suspek terlibat, tambahnya.

Ketika ditanya sama ada pihak berkuasa telah mengenal pasti kandungan picagari yang digunakan penyerang, dia berkata pihaknya perlu menunggu keputusan analisis.

“Setakat ini keadaan mangsa, alhamdulillah, (baik). Dia sudah pun dibenarkan keluar hospital,” katanya.

Semalam dilaporkan, dua lelaki menaiki motosikal menyerang anak Rafizi ketika mangsa bersama ibunya keluar dari sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Salah seorang lelaki itu, yang berpakaian serba hitam dan menutup muka dengan topi keledar penuh, menarik mangsa sebelum menyuntiknya.

Dalam kenyataan semalam, Rafizi mengecam serangan tersebut yang dipercayainya sebagai usaha untuk menutup mulutnya daripada bersuara mengenai isu tertentu.

RAFIZI KLIM

ANAK DISERANG

KERANA

 DIA BESUARA

MENGENAI ISU

TERTENTU

JENG JENG JENG

APA ISU

TERTENTU INI

JENG JENG JENG

ATAU

APAKAH  RAFIZI

ADA UTANG

DENGAN ALONG

KAH KAH KAH

INI TAK MASUK

AKAL

KAH KAH KAH

KALAU ALONG

SIMBAH CAT

MERAH DIPINTU

RUMAH

KAH KAH KAH

CARI CARI

APA ISU TERTENTU

KHALAS

Tiada ulasan: