DOKTOR DARI BANGLA
Kita membaca berita tentang tangkapan terhadap dari PENDATANG Bangla. Mereka membuka klinik di Kuala Lumpur – mungkin juga ada di bandar lain seperti Johor atau Tanjung.
Ada permintaan makan akan ada pembekal. Ini hukum ekonomi kapitalis.
Ada beberapa perkara wajib di timbulkan disini tentang DOKTOR BANGLA INI.
PERTAMA Penyakit TB makin merebak. Penyakit ini dah lama kita hapuskan – kini datang kembali. Sah pembawa pastilah PENDATANG ASING yang datang bekerja di Malaysia. Mereka sakit maka mereka perlu rawatan.
KEDUA : apa kah mereka boleh menggunakan HOSPITAL KITA ? Jeng jeng jeng. Jika mereka TIDAK HALAL – mereka PENDATANG HARAM – maka nak guna klinik dan hospital tempatan susah. Mereka takut di tangkap. Lalu ada keperluan bukan KLINIK BANGLA.
KETIGA : Apa kah Doktor Bangla ini sama macam YB Malaysia yang klim doktor walhal TAK ADA KELAYAKAN. Ertinya sama macam TENGKU FRAUD – Doktor TIPU. Ini BAHAYA !
Doktor Tipu macam YB Malaysia bawa mudarat – ini betul KES BUNUH ORANG.
TUTUP KLINIK betul – tapi ini langah jangka pendek – Apa jalan penyelesaian jangka panjang. Kalau PENDATANG HARAM INI MEMBAWA VIRUS DAN KUMAN – MEREKA INI BOM JANGKA YANG AKAN MELEDAK BILA BILA MASA.
Yang sakit perlu mendapat rawatan Tak KIRA Pendatang Halal atau Pendatang Haram. Kita wajib mencari pendekatan yang baik untuk selesaikan masalah ini.
NOTA : Isu pendatang haram ini sedang jadi ISU GLOBAL – bukan kita saje di hantui oleh PENDATANG HARAM - Eropah dan Amerika dan Canada dan Australia semua diserbu oleh PENDATANG HARAM. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk berkabus. KL & KL Sentral juga berkabus nipis. Kemarin hujan petang yang lebat dan lama. Langit biru muda. Matahari awalnya tak kelihatan kemudian muncul. Cahaya lembut.
Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi – Krik Krik Krik – Chit Chit Chit - bumi basah bawa gumbira.
Di Lorong masuk Jantan Solo muncul. Lama tak jumpa. Lau gua beri Friskies.
Di jalan besar kosong tak kelihatan sesiapa. Melintas Wakaf Pertama Ibu dan yang lain datang. Pagi ini makan spesial : Nasi dan tulang. Tulang dan kaki ayam ini adalah lebihan dari sup gua. Gua sentiasa ada sup.
Lepas makan Siti berjalan bersama Tak Tak ikut gua ke Wakaf Ketiga. Bila pulang ke Wakaf Pertama semua dah menunggu Friskies. Pagi ini Tiong bersendirian.
Berjalan pulang ke arah Pintu Masuk di kawasan rumput panjang ratusan Pipit Uban berterbangan. Suasana ini di gembirakan lagi oleh kicauan Murai. Gua rasa lebih dari saekor kerana kicauan macam lawan berlawan.
Hari ini pasti panas. Jika petang hujan – malam sejuk santai – Bazar Ramadan terganggu. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SENIN
DENGAN SENYUMAN
BRO
Lu belajar tanpa lu berfikir secara kritis – ini kerja sia sia. Lu berfikir tanpa lu belajar ini bahaya.
BRO
Lu kalau lu dapat kawal diri lu maka lu adalah perwira hebat.
BRO
Lu adalah bijaksana jika lu ketahui sejauh mana kebodohan diri lu sendiri. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA HARI KE 5