Isnin, 5 Januari 2026

PERTEMPURAN BERLAKU


Cuba dakwa 32 rakyatnya terbunuh semasa penahanan Maduro

HAVANA: Kerajaan Cuba semalam berkata, 32 rakyatnya terbunuh semasa serbuan Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela untuk mengeluarkan Presiden Nicolas Maduro bagi pendakwaan di AS.

Havana berkata, akan ada dua hari berkabung pada 5 dan 6 Januari bagi memperingati mereka yang terbunuh dan berkata, pengaturan pengebumian akan diumumkan.

Kenyataan kerajaan Cuba hanya memberikan sedikit butiran, tetapi berkata semua yang terkorban adalah anggota angkatan tentera dan agensi perisikan Cuba.

"Setia kepada tanggungjawab mereka mengenai keselamatan dan pertahanan, rakan senegara kita memenuhi tugas mereka dengan bermaruah dan kepahlawanan dan gugur, selepas tentangan sengit, dalam pertempuran langsung menentang penyerang atau akibat pengeboman di kemudahan terbabit," kata kenyataan itu.

Cuba menyediakan beberapa aspek keselamatan untuk Maduro sejak beliau berkuasa.

Tidak jelas berapa ramai rakyat Cuba mengawal Presiden Venezuela, serta yang meninggal dunia dan berapa ramai yang mungkin telah terkorban di tempat lain.

Maduro, 63, dan isterinya Cilia Flores telah diculik oleh tentera AS di ibu negara Venezuela, Caracas pada Sabtu dan diterbangkan ke AS.

Maduro sedang ditahan di pusat tahanan New York, untuk diadili di mahkamah hari ini atas tuduhan dadah.

Maduro telah didakwa pada tahun 2020 atas tuduhan AS, termasuk konspirasi narko-keganasan.

Beliau sentiasa menafikan sebarang pembabitan jenayah.


INI JELAS

PERTEMPURAN

BERLAKU

AMIN

PENGAWAL 

MADURO

BERTEMPUR

AMIN

MEDIA ARUS

PERDANA TAK

LAPOR HAL INI

AMIN

BERAPA SOLDADU

AMERIKA MATI?

KHALAS

Tiada ulasan: