Isnin, 5 Januari 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SENIN 5 JANUARI 2026

MINGGU PERTAMA


TAHUN BARU 2026
Kita baru masuk minggu pertama TAHUN 2026. Dunia dah meledak. Trump serang Venezuela. Presiden Maduro dan isteri di culik dan di bawa ke Amerika. Berita akhir  melapor mereka  dah masuk ke penjara di New York.

TUDUHAN : Maduro kepala Penyeludup dadah.

KESALAHAN SEBENAR : Tak ikut cakap Amerika.

Kalau Venezuela eksport PETAI Amerika tidak akan serang tapi Venezuela pemilik minyak TERBANYAK  – Paling banyak minyak dalam bumi Venezuela.

MINYAK MINYAK dan MINYAK -  Ini rampasan harta minyak milik Venezuela.

AWAS ! Jangan gila sangat nak buat syarikat minyak sendiri macam Sarawak – nanti di libas oleh Amerika kerana hanya ada pistol air – kah kah kah.

Maduro kena culik – tapi kerajaan Venezuela  tidak runtuh – kita lihat apa langkah seterusnya dari Trump.

Apakah akan dibawa masuk soldadu bila berlaku perlawanan. Bila ada  warga  Amerika kena tembak maka soldadu akan masuk. Lagi ramai kena tembak lagi ramai soldadu Amerika masuk. 

Akhirnya jadi Vietnam – jadi Afghanistan – jadi Iraq – Amerika TERBARAI .

Maka ingat apa kata  CHE GEUVERA pada tahun 1967 : CREATE TWO THREE OR MORE VIETNAMS – WUJUDKAN DUA TIGA DAN BANYAK VIETNAM ... wujudkan perang gerila melawan IMPERIALISMA AMERIKA. Amin

HOKKIEN
Pagi ini kering segar cerah. Matahari belum keluar. Langit berombak awan putih. KL & KL sental cerah. Kemarin tak hujan.

Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi. Mata gua memandang ke arah Wakaf Pertama – kosong – tak saekor pun kelihatan.

Bunyi mesin potong rumput masih di dengar. Salakan tidak ada – agak sunyi. Saekor Tekukur melintas terbang rendah – pagi ini Tekukur senyap.

Berjalan pulang depan Pokok Ara – ha ha gua nampak ramai bergerak dari arah bukit – Jantan Baik memimpin – gua nampak Siti – mereka semua datang ke arah gua Puppy Itam pun ada  – Lalu gua beri nasi dan rangka ayam untuk semua. Wow  ramai yang datang makan.

 Kemudian  gua bergerak ke Wakaf Satu – Siti, Jantan Baik dan Keluarga mengekor – disini  gua tabur friskies. Sekali lagi mereka datang makan. Siti  panjat tembok kubur lihat keluarga makan. Siti dapat hati ayam. Siti dan Puppy dah dilihat besar sihat.

Gua rasa hari ini akan panas. Bila Tuhan Ra muncul  kita wajib rayakan. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN

BRO
Lu jangan kejar popular – jadi diri lu sendiri yang khusus dan unik.

BRO
Lu tak perlu labun  banyak – tapi lu wajib beri perhatian yang lebih pada satu-satu perkara.

BRO
Lu tak perlu minta di sayangi – hormat pada diri lu – tak perlu bodek puji. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA





Tiada ulasan: