Isnin, 5 Januari 2026

KAKI TANGAN KERJAAN PENGAMAL RASUAH TEGAR




Disyaki beri keterangan bercanggah, seorang bekas pegawai daerah di Kedah direman SPRM

ALOR SETAR: Seorang bekas pegawai daerah di negeri ini direman dua hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki memberi keterangan bercanggah dalam satu kes perbicaraan.

Kes itu membabitkan ketua bahagian kejuruteraan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dituduh pada Disember 2021 kerana melantik syarikat milik saudaranya bagi menjalankan kerja penyelenggaraan jalan.

Perintah reman sehingga esok terhadap suspek berkenaan dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, di sini, hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60an itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

"Siasatan awal mendapati suspek memberi keterangan yang tidak selaras di mahkamah dengan keterangan bertulis yang diberikan ketika di Pejabat SPRM Kedah. Ketika keterangan diambil pada 2021, suspek adalah Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009.

WOIT

MASYARAKAT

SALAH ANGGAP

AMIN

PERASUAH HANYA

POLITIKUS

AMIN

SEBENARNYA

PERASUH TEGAR 

LAGI LICIK

IALAH KAKI

TANGAN KERAJAAN

AMIN

BERTAHUN TAHUN

DITEMPAT KERJA

YANG SAMA 

AMIN

SEMUA LUBANG

SEMUA JALAN

SEMUA KONTREKTOR

SEMUA CUKONG

MEREKA KENAL

AMIN

MEREKA URUS

SEMUA PROJEK

AMIN

MALAH MENTERI

BARU MASUK PUN

TAK TAHU HAL

KHALAS

2 ulasan:

Chris berkata...

Woi hang ni narcissistic

Tanpa Nama berkata...

Days ending with -y: Isham blames Chinese


Matahari terbit di Timur: Isham salahkan Cina