Isnin, 5 Januari 2026

MENGALIH CERITA RASUAH KE ?


Mindef arah siasat dakwaan parti liar, pekerja seks di kem

Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan aktiviti tidak bermoral di dalam kem-kemnya di negara ini.

Ini susulan mesej dan video tular yang telah tersebar di media sosial, dengan pegawai tentera didakwa terlibat dengan pekerja seksual dan membawa individu yang tidak dibenarkan ke dewan makan pegawai untuk berpesta.

"Mindef memandang serius dakwaan berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di dalam kem tentera seperti yang tular di media sosial.

"Sehubungan itu, pihak ATM telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

"Mindef menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

"Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mindef juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau membuat kesimpulan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mencemarkan imej kementerian dan ATM.

Sejak beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan dakwaan bahawa pegawai tentera telah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di dewan makan mereka.

Ini berlaku selepas netizen berkongsi beberapa klip video di Threads dan TikTok yang menunjukkan pesta yang didakwa berlaku di dalam kemudahan tentera.

Terdapat juga tangkapan skrin mesej yang diedarkan yang mendakwa pegawai tentera junior perlu menyediakan wanita untuk pegawai senior mereka.

WOIT

INI NAK ALIH

CERITA RASUAH

 KE?

KAH KAH KAH

BUKA CERITA SEX

CERITA ENTOT

CERITA MORAL

TUJUAN 

NAK TUTUP

CERITA RASUAH

DALAM TENTERA

AMIN

TRIK INI DAH

TAK BIJAK KERANA

DAH ADA INTERNET

KAH KAH KAH

TERIMA KASIH

RONALD REAGAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketinggalan keretapi. Bersepah dah dalam intenet gambarnya