Jumaat, 13 Februari 2026

ANWAR BIN IBRAHIM AKAN GUNAKAN SPRM UNTUK TUTUP MULUT RAFIZI


ANWAR 

BIN IBRAHIM

JADIKAN SPRM

SEBAGAI SENJATA

AMIN

MUSUH POLITIK

SEMUA DI SERANG

OLEH SPRM

AMIN

OLEH ITU

AZAM BIN BAKI

DIPILIHARA

WALAU PUN DULU

AZAM BIN BAKI

MAHU DI REHATKAN

AMIN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AKAN GUNAKAN

SPRM UTUK

TUTUP MULUT

RAFIZI

KHALAS



Rafizi sedia berdepan serbuan SPRM, minta isteri kemas rumah

Rafizi Ramli mendakwa "sumber dalamannya" dalam SPRM memberi maklumat bahawa suruhanjaya itu mungkin melakukan serbuan terhadap dirinya hari ini, susulan laporan yang mendakwa berlaku penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion sewaktu tempoh perkhidmatannya sebagai menteri.

Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, ahli Parlimen Pandan itu menegaskan bahawa dia tidak asing dengan taktik intimidasi dan menghantar pesanan tajam kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Saya mahu beritahu Anwar – saya seorang veteran dalam bab kena tangkap, kena serbu, geledah atau masuk lokap. Saya sedia melaluinya sekali lagi jika dia berani mencuba," katanya dalam satu sidang media, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sambil berseloroh, Rafizi berkata dia juga telah meminta isterinya mengemas rumah sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serbuan SPRM.

“Saya pun dah pastikan bahawa pakaian dalam saya semua yang cantik-cantik lepas ini. Korang tak pernah masuk lokap, korang tak tahu,” katanya.

Ditanya sama ada SPRM ada menghubunginya, bekas menteri ekonomi itu berkata tiada sebarang komunikasi berlaku, namun sekali lagi dia berseloroh:"then again you have to take my answer with pinch of salt sebab saya tak angkat phone. Saya rasa, saya takada WhatsApp saya tak angkat phone jadi saya antara manusia yang paling susah untuk dihubungi di Malaysia.”

Mengulas lanjut mengenai kemungkinan serbuan itu, Rafizi dia tidak tahu bila atau bagaimana, tetapi dia telah dimaklumkan.

“Kita semua ada kawan... Kita ada kawan di mana-mana. Malah dalam SPRM dan polis pun, ada orang yang bersimpati. Jadi saya dimaklumkan supaya bersedia."

Baju lokap

Mendakwa dia tidak mempunyai masalah untuk menyarung semula pakaian lokap, Rafizi berharap pihak berkuasa akan mempertimbangkan semula tindakan mengaitkan dirinya dengan perjanjian Malaysia bersama firma reka bentuk semikonduktor yang berpangkalan di UK, Arm Holdings, sambil memberi amaran bahawa ia pasti akan memakan diri.

"Kerana ia pasti akan menjadi berita di seluruh dunia. Kali terakhir mereka buat begitu adalah ketika era 1MDB. Ia menjadi berita antarabangsa. Jadi sekarang ini lagi lah kerana dakwaan itu ialah berhubung dengan perjanjian kerajaan Malaysia dengan syarikat antarabangsa," katanya.

Menjelaskan bahawa perkara berkaitan Arm Holdings itu telah melalui kabinet dan dana tersebut berada di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri — bukannya Kementerian Ekonomi yang diterajuinya — Rafizi menyifatkan sebarang cubaan untuk mengaitkan dirinya sebagai "tindakan yang tidak masuk akal."

"Mungkin ia sekadar untuk menakut-nakutkan saya, atau mungkin perang persepsi bagi memberi 'peluru' kepada pengkritik untuk mengatakan, 'tengok, Rafizi korup'," katanya.

Rasuah melalui invois?

Rafizi turut menceritakan cubaan intimidasi terhadapnya sebelum ini.

"Saya ingin tegaskan bahawa saya pernah diancam dengan intimidasi sebelum ini – ada yang kata, 'Kami ada kes terhadap kamu. Jika ini tersebar, ia tidak akan nampak baik untuk kamu di mata umum.'

“Jadi saya tanya dia, kes apa pula? Dia kata ada orang rasuah awak. Saya kata macam mana, aku tak dapat duit pun? Macam mana aku dapat rasuah? Jadi dia kata, dia pun tunjukkan buktilah. Bukti tu ialah satu invois membayar rasuah.

“Dikeluarkan kepada saya. So saya tanya dia, mana ada dalam dunia ni orang bagi rasuah orang bagi invois?

“Tak pernah berlaku lagi orang bagi rasuah, dia bagi invois. Mampuslah yang bagi rasuah tu,” katanya.

Sambil mencabar SPRM untuk melakukan "apa sahaja yang mereka mahu," Rafizi berkata dia bersedia untuk ditangkap kerana tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

“Carilah. Saya pasti sebenarnya akaun bank saya, memang dipantau sepanjang masa dan mereka akan tengok sebahagian besar daripada transaksi dalam akaun bank saya ialah Grabfood anak saya order dan itu yang banyak.

“Jadi kalau contohnya memang ada kes dan saya terlibat lah rasuah semuanya, dan saya mahu sembunyi sesuatu, kenapa pula saya letak jawatan.

“Lebih baik saya kekal dalam kerajaan dan cium tangan Anwar sampai kiamat,” katanya.

Berbaloi kena lokap

Rafizi berkata Malaysia sudah lama menyaksikan taktik intimidasi dan rekayasa kes terhadap seteru politik, yang sering kali menemui kegagalan.

"Akhirnya, kebenaran akan sentiasa terbukti, dan rakyat akan menghakiminya.

"Jadi jika ia bermakna kami perlu melaluinya lagi, berdasarkan pengalaman saya dengan 1MDB, Felda, dan Tabung Haji, saya boleh katakan – kena lokap dua atau tiga hari, digari dan sebagainya, ia berbaloi.

"Ia berbaloi untuk perkara-perkara sepenting ini demi rakyat, kerana kami adalah Ahli Parlimen... Ya, ia menyusahkan – akaun dibekukan, itu dan ini. Tetapi sekurang-kurangnya kami ada jalan keluar. Kami boleh pertahankan diri.

"Tetapi jika ia berlaku kepada orang biasa yang tidak memudaratkan sesiapa, dan tiba-tiba ada orang mahu merampas harta mereka, tiada siapa yang akan mendengar. Kamu hanya akan dihancurkan dan dilupakan. Sebab itu, jika kami perlu melaluinya lagi, saya rasa ia berbaloi. Jadi jika kamu berani, teruskan dan cubalah," tambahnya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan gabungan NGO telah membuat laporan SPRM terhadap Rafizi, mendakwa kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pelaburan RM1.1 bilion semasa tempoh perkhidmatannya sebagai menteri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya berkata suruhanjaya itu akan meneliti keseluruhan laporan tersebut bagi menentukan sama ada wujud elemen rasuah, penyelewengan, atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

Dia menambah tindakan susulan, termasuk meneliti dokumen dan bukti, akan dijalankan sebelum siasatan lanjut diteruskan, selaras dengan komitmen suruhanjaya terhadap integriti dan ketelusan.

Laporan Bernama semalam turut memetik sumber yang menyatakan bahawa pengadu mengesyaki bekas menteri kanan tersebut dan pegawai kementerian terlibat dalam perkara itu.

"Selain itu, didakwa wujud keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan, yang dilaporkan tidak melibatkan sepenuhnya kementerian dan agensi berkaitan, seperti Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan dan Perdagangan," kata sumber tersebut.

Tambahan pula, pengadu melaporkan beberapa isu yang berpotensi mewujudkan persepsi konflik kepentingan.



Tiada ulasan: