Jumaat, 13 Februari 2026

TEATER AZAM BIN BAKI


KAH KAH KAH

INI TEATER

AZAM BIN BAKI

KAH KAH KAH

BUAT KSN KETUA

PENYIASAT

KAH KAH KAH

KENAPA TIDAK

SPRM ATU PDRM

KAH KAH KAH

AZAM BIN BAKI

MASIH BERKUASA

PASTI TIM KSN

TAKUT BUAT KERJA

KAH KAH  KAH

INI CARA MADAFAKA

NAK SELAMATKAN

BARUA LALU

BUAT TEATER

TIPU ORANG RAMAI

KHALAS



KSN ketuai jawatankuasa khas siasat dakwaan babitkan Azam Baki


PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Katanya, jawatankuasa khas itu akan diketuai Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

"Jemaah Menteri pada hari ini membincangkan isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Azam Baki dan Jemaah Menteri memutuskan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan.
 
"(Jawatankuasa khas) itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang akan menyiasat dakwaan, perkara yang dibangkitkan berkait Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Bloomberg dalam laporannya sebelum ini mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam pada sidang medianya baru-baru ini menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu tidak disembunyikan dan sudah diisytiharkan sepenuhnya, malah saham berkenaan yang dibeli tahun lalu sudah dilupuskan dalam tahun yang sama.

Susulan itu, Azam Baki, menegaskan beliau bersedia untuk disiasat oleh kerajaan berhubung isu pegangan saham yang didakwa dimilikinya.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, sebaik siasatan yang diketuai Ketua Setiausaha Negara itu selesai, laporannya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk sebarang tindakan susulan.

Beliau berkata, ia adalah untuk memastikan aspek ketelusan serta integriti dalam proses siasatan.

Ditanya mengenai gesaan beberapa Ahli Parlimen PKR termasuk Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya Azam digantung tugas serta-merta, Fahmi berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

"Apa yang Jemaah Menteri putuskan ialah supaya satu jawatankuasa khas dipengerusikan KSN melakukan siasatan, maka kita akan rujuk dan serahkan kepada KSN serta jawatankuasa untuk meneliti," katanya.

Tiada ulasan: