Rabu, 24 Disember 2008

DHAKA BERSAMBUNG LAGI



Dari lapangan terbang van yang dinaiki melalui jalan-jalan yang miskin dan lucah. Manusia dimana-mana. Ternampak beberapa soldadu beriring berjalan. Ternampak juga soldadu bercelorong celoreng menaiki basikal. Akhirnya melintasi dihadapan kem tentera. Sebatu dari kem ini tersergam dua torpedo – tanda pintu masuk ke kem tentera laut.

Semuanya anggkuh dengan kuasa – kuasa senjata.

Negara ini sebelum pilihanraya dijalankan di perintah undang-undang darurat. Negara ini adalah siri sejarah tentera merampas kuasa. Negara yang subur dan kaya ini adalah negara yang dipenuhi oleh sejarah pembantaian warga miskin.

Apabila tentera berkuasa – dimana-mana sahaja – hasilnya hanya porak peranda.

Van berhenti dilampu hijau. Tiba-tiba cermin tingkap diketuk oleh seorang wanita bersari yang mukanya telah lama dimakan matahari. Dia meminta-minta. Kemudian dia mengetuk lagi dan kali ini dia merapatkan mukanya ke cermin tingkap. Muka nya yang miskin sedang di hodohi oleh kemiskinan.

Saya mengalihkan muka. Memandang ke tingkap yang lain. Ternampak pula anak-anak sedang menjual entah apa. Kemudian mereka juga mengetuk dinding van untuk menjual dan menarik perhatian. Suasana selamat apabila lampu hijau datang.

Sesiapa yang gentar dengan hiruk piruk hon kereta dan pemandu yang gila mundar mandir saya cadangankan jangan datang ke Bangladesh. Sesiapa yang memiliki jiwa kemanusiaan inilah negara yang wajib dilawati - bukan London atau Paris.

Semuanya kelihatan daif dan miskin. Pokok pokok yang ditanam dipinggir jalan juga kelihatan miskin tidak subur. Daun –daunnya dibaluti oleh habuk yang menghalang photosintesis berjalan lancar. Tiang-ting lampu juga miskin. Kereta , bas, van dan beca juga kelihatan miskin. Semuanya dalam kemiskianan.

Van kami bergerak entah membawa ke wilayah yang mana. Semuanya baru. Semuanya asing. Semuanya ingin dirakam mata. Mata dalam keberahian untuk yang amat sangat. Akhirnya sampai ke hotel yang bukan lux.

Dari bilik tinggkat empat melihat ke luar kelihatan tasik yang permai. Ke bawah lagi nampak dua ekor mongoose yang sedang menggali-gali – mungkin istana baru atau mungkin bermain cahaya matahari.

Lalu memesan makanan – bawal puteh goreng, kari ikan, sayur, roti nan dan nasi. Antara lapar, letih dan mata yang berahi – semua sedang bertelagah. Jawabnya badan gagal berehat.

Turun ke bawah berjalan menuju ke tasik. Sebuah warong yang terkecil dalam dunia yang pernah saya lihat. Seorang perempuan tua sedang menjual biskut kering dan sireh. Sebuah cerek hitam sedang dibakar api. Warong ini hanya dapat memuatkan badan perempuan yang duduk mencankung. Tidak berani melanggan teh kerana telah dinasihatkan - waspada - perut dari Malaysia akan tewas apabila bertemu air di Bangla.

Menyisir di tepi tasik. Di seberang kelihatan flet flet mewah yang kebanyakan baru dibuat - dari warna cat yang masih belum pudar. Tasik ini hanya indah dari jauh apabila di rapati ianya hanya longkang bersar yang dipenuhi oleh seribu satu macam entah apa-apa. Terus menyisir lagi lalu bertemu lagi seorang perempuan bersari sedang duduk menjual teh dan lima keping kueh kering – satu perniagaan yang paling kecil yang pernah dilihat. Air tasik di wilyah ini baunya semakin melongkang ke hidung.

Terserempak dengan 4 budak Bangla – dua lelaki dua perempuan. Si kakak telah berjaya memungut secekak pucuk labu. Mereka ketawa girang. Di mana rumah mereka dan anak siapa mereka ini – sampai kiamat pun tidak akan di temui jawapan.

Kawasan ini rupa-rupanya adalah kawasan lux tempat mereka yang kaya. Banglo bertembok tinggi – setinggi tembok di Gaza – memisah mata dari melihat mereka yang miskin.

Berpuluh-puluh beca yang berjalan tentah ke mana arah tujuan. Pengayuh kurus slim tanpa ubat melangsing badan.

Sebuah beca di naiki tiga lelaki segak dfan seorang lelaki gendut – si pengayuh lelaki kurus. Berapa tika agak upahnya?





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu realiti kehidupan sang penguasa yang kaki rasuah di negara-negara umat Islam...

kalau abang Isham pegi pakistan, lebih kurang juga...

La Hau la wala quwwata Illa billah....

pening kepala melihat kerakusan pemerintah yang dakwa sahaja Islam, tapi amalan dorang betul-betul macam tak ada dosa pahala....

di Malaysia, keadaan itu tidak ada, tapi "adik bongsu" keadaan itu memang ada... pun begitu, menuju kearah itu memang wujud.

maklumlah, sang penguasa yang rakus, pemikiran kapitalis menjadi asas ekonomi dorang, yang akhirnya, yang miskin semakin miskin, dan kaya semakin kaya...

walau bagaimana pun, UMNO wajib dipersalahkan... sebab, ia adalah jijik dan kotor...

sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

itu realiti kehidupan sang penguasa yang kaki rasuah di negara-negara umat Islam...

kalau abang Isham pegi pakistan, lebih kurang juga...

La Hau la wala quwwata Illa billah....

pening kepala melihat kerakusan pemerintah yang dakwa sahaja Islam, tapi amalan dorang betul-betul macam tak ada dosa pahala....

di Malaysia, keadaan itu tidak ada, tapi "adik bongsu" keadaan itu memang ada... pun begitu, menuju kearah itu memang wujud.

maklumlah, sang penguasa yang rakus, pemikiran kapitalis menjadi asas ekonomi dorang, yang akhirnya, yang miskin semakin miskin, dan kaya semakin kaya...

walau bagaimana pun, UMNO wajib dipersalahkan... sebab, ia adalah jijik dan kotor...

sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

Jengka berkata...

Gambar tak ada ke bro hisham?

hafiz berkata...

entah sampai bila manusia2 disana akan terus miskin. yang kaya menabur duit. janji dapat kuasa. lebih kurang mcm filem hindustan, bila ada kuasa. jadi samseng.

Tanpa Nama berkata...

bro...alangkah indahnya jika bro dapat sertakan gambar...sekurang-kurangnya dapat memberi keinsafan buat semua pengunjung tukar tiub dab hadiah istimewa buat mat monggol dan bik mama agar dapatlah mengubah cara hidup...

fatah85 berkata...

ohh manusia ohh manusia

Tanpa Nama berkata...

Bang Isham, mereka miskin tetapi bebas.Kita kat KL pun nak minta sedekah kena tangkap.

Jangan terlalu apologetic akan kemiskinan.Ia sesuatu yang baik sebab ia buat kita bersyukur akan apa kita ada.Ia juga buat kita berfikir.Kalau tak kenal miskin, kita tak kenal kaya.Gitu.

Tanpa Nama berkata...

Taka... Bukan Tika

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah transit di Dhaka untuk satu malam.

Keadaan di Dhaka amat menyedihkan, apabila sampai ke Airport, masyaAllah dia punya toilet daif bangat. First time aku tengok toilet guna gayung/cebok je. Paip pon cam segan je aku nak tengok.

Wayar elektrik/telefon di tepi jalan pun bersimpul-simpul. Pernah aku tengok 'Telekom Bangladesh buat kerja di depan hotel, pakai tangga buluh je.

Banyak lagi sebenarnya, melihatkan keadaan Airport dan hotel tempat penginapan, aku dah malas nak round Dhaka, sebab dah pasti keadaan di kotaraya nya mesti lebih 'meriah'lagi ..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum bro isham

kia monasen?balo?

Memang sedih betul kalau tgk Bangladesh dan rakyat dia yang daif,tapi bila tgk gelagat2 mat2 bangla yg berlagak kat KL ni hati pun meluap jugak.

Dulu saya backpackers dari myanmar,chittagong melalu faridgonj dan terus ke dhaka.pemandangan memang flat,muka bumi Bangladesh memang flat beserta degan tasik2 yang besar (org,lembu semua mandi satu tasik).Tak salah saya kawasan lapang banyak tanam jud dan bijan.Ayam,lembu semua kurus2.
Tapi kena try jugak 'chai' dia.mmg la takut sakit perut mula2,tapi mmg chai dia sedap pasal pakai susu lembu fresh dan daun teh yang agak baru.

Tapi nampak memang ada perbezaan sifat2 org miskin berbanding borjuis,yang ini mungkin bro isham nak cakap lebih sikit masa akan datang.

selamat memantau

waghih.

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yang memiliki jiwa kemanusiaan inilah negara yang wajib dilawati - bukan London atau Paris.

Lahabau.... Jang tulis sepatutnya begini:

Sesiapa yang TIDAK memiliki jiwa kemanusiaan inilah negara yang wajib dilawati - bukan London atau Paris.

Aku tahu Jang, aku juga pernah kesana.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Isham... tak bawak kamera ke? Yang digambarkan di fikiran mungkin berbeza dengan gambaran sdr.