Rabu, 24 Disember 2008

MAHFUZ MENANG – UTUSAN KALAH - MalaysiaKini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya memutuskan perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan" pada 4 Mac, 2001, adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz.


kah kah kah... padan muka ... kah kah kah... suka buat fitnah... kah kah kah

kah kah kah... ni belum tahu apa akan jadi dengan sama teresa kok .... kah kah kah

kah kah kah... ini belum tahu apa akan jadi dengan saman karpal singh... kah kah kah

kah kah kah...labu memelok luncai... kah kah kah... biar kan biar kan... kah kah kah



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tengok ni pada sudut lain pulak.aku tengok institusi kehakiman kita tidaklah sekorup seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.contoh macam dalam kes ini.pembangkang yang menang menentang Utusan Malaysia.

tapi macammana la pulak kalau Utusan Malaysia pulak yang menang?mesti wakil PAS tersebut mungkin tak puas hati.hehe.

Unknown berkata...

akhbar mana-mana pun kena ambik iktibar dalam kes ini.jangan sedap-sedap je nak keluar artikel tak tak tentu pasal.nasib baik rm120,000.kalau rm120 juta pulak macammana?mahunya gugur rambut nak bayar saman sebanyak tu.

cucuabuseman berkata...

memang sistem kehakiman kita korup..Anwar kena aniaya...banyak kes kerjaaan yang menang...kes mahfuz,,heh..depa saja bagi menang sebab nak tutup kes-kes lain tu...betul tak Isham??

Tanpa Nama berkata...

Betul tu #####... Ini menunjukkan bahawa institusi kehakiman kita bertindak adil dalam menyelesaikan sesuatu kes. Ternyata apa yang didakwa pembangkang sebelum ini adalah sebaliknya dan tidak benar sama sekali... Bila Utusan kalah, mereka terima keputusan mahkamah dengan redha tapi cuba bayangkan jika Utusan menang, pasti institusi kehakiman akan dikritik dan dihina lagi...pembangkang punya pernagai macam tu lah...

Tanpa Nama berkata...

Syabas institusi kehakiman negara kerana telah berjaya membuktikan bahawa mereka tidak seperti yang yang pembangkang dakwa. Terbukti mahkamah negara kita adil dan bukan berat sebelah...

Pelan Cap Ayam berkata...

YeeeeeEEHA! YAbadabaduuuuu! Padan muke! Padan Muke!

Unknown berkata...

Sudah sampai masa untuk Hakim-Hakim tanhair membuat keputusan adil kepada Rakyat jelata,sudahlah....He...He...He...

Tanpa Nama berkata...

Woit... Kes2 ikan bilis macam ni boleh la bagi lepas... kes2 jerung macam mana pulak? hal pembangkang tuduh Judiciary system kita totally corrupted tu aku pun tak bersetuju gak... yang corrupted CJ yang boleh buat adjustment pada mana2 kes yang depa dok ada Self-Interest...

'88 Judiciary Crisis la punca semua ni berlaku... mana2 hakim yang ada integriti ada maruah habis semua kena tendang dengan Che Det the Ultimate Spender & Spinner... yang boleh kena suap semua masuk... tapi apa pun.. kes YB Mahfuz Omar ni satu signal pada perubahan yang akan berlaku tak lama lagi dalam semua main administration body of our beloved nation...

To cucuabuseman.... Aku kagum tengok keterbukaan ko menilai mana2 isu yang ada dalam Tukar Tiub aku ucapkan tahniah buat ko.. then pada ##### dgn Mankanan... menilai dan berfikir dgn seadilnya macam mana adilnya keputusan mahkamah yang korang tengok...

Utusan paper Melayu... patut bagi informasi yang berguna pada orang2 Melayu... bukan buat kerja menipu Melayu... macam mana orang Melayu nak maju kalau asyik kena tipu hari2 bila baca paper sampah macam ni? bagilah laporan yang adil dan berkecuali macam paper Sinar Harian... barulah orang2 melayu dapat berfikir... ini dak asik2 nak menipu aje kerjanya... bodoh2 belaka media arus perdana ni...

Hidup Rakyat Malaysia Bersatu!!!

Say No To Racism !! Say Yes To United Malaysian !! (Bukan gerombolan United Malays National Organization) eh heh heh heh

Tanpa Nama berkata...

Ni semua pengajaran lah ni, lain kali kalau nak bersuara tu jangan sedap mulut je. Sama je semua, tak payah tunjuk2 dekat orang.