Ahad, 28 Disember 2008

CERITA BERSAMBUNG LAGI

AKHIRNYA AKU TEWAS

Bagitu berjaga agar tidak memakan apa yang di jual tepi jalan.

Betapa berahinya melihat roti dibakar dengan dapur lumpur. Betapa berahi melihat samoza di goreng mengelegak dalam minyak panas. Betapa berahi melihat susu sedang berwap menunggu untuk di minum.

Akhirnya aku tewas. Malam tadi aku deman ceret beret yang paling serious. Berpuluh kali ke tandas. Badan mengeletar sejuk. Menelan beberapa pil untuk mereda keadaan.

Pagi ini tidak berkurangan. Wajib menghantar semua laporan ke Dhaka. Hari ini 28 December kempen di tamat. Malam tadi jam 12.00 berakhir kempen. Hari ini di panggil ‘HARi PENYEJUK ‘ - Esok pilihanraya.

Siapa agaknya yang akan menang ? Aku tidak akan menulis disini – kerana seharusnya aku dilihat neutral – tapi dari apa yang aku perhatikan – aku tahu parti mana yang akan mendirkan kerajaan nanti.

MAKAN

Kerana ceret beret - aku tidak ada nafsu untuk ke pasar pagi ini. Tidak ada selera untuk makan.

KITAR SEMULA

Disini botol plastik di kumpul kembali. Di sini selipar Jepun boleh di baiki. Di sini tidak banyak yang di buang. Orang Bangla bukan konsumer yang rakus. Mereka tidak memiliki keupayaan untuk membazir. Kereta-kereta lama, injin lama – yang kalau di KL – sudah pasti berkarat tidak ada sesiapa yang ambil peduli.

GENDER


Aku rasa negara ini lebih baik dari negara Arab dalam hal gender. Betul – para mullah suka membungkus kaum wanita tetapi ada juga mereka di jalan-jalan walau pun tidak ramai

HINDU


Petang kelmarin aku terdengar bunyi musik kuil – lalu aku mencarinya. Rupa-rupanya tiga pintu dari hotel aku ialah kuil Hindu. Ertinya bukan semua Bangla beragama Islam – masih ramai yang beragama Hindu.

Tidak jauh dari kedai internet ini ada lagi kuil Hindu. Aku datang masuk sebagai tanda hormat. Ada patong Kali yang ganas memegang satu kepala yang terputus dari badannya. Untuk sesiapa yang tidak tahu siapa Kali – sila tanya bapa saudara saya Lebai Mat Google. Pasti Lebai Google ini akan memberi jawapan. Tetapi Kali ini tidak sama dengan Betong Kali, Batang Kali atau Kali Mullah dari NST.

TERBARU : Esok semua talipon bimbit tidak akan berfungsi. Kerajaan akan menutup semua talian. Kami yang memantau akan putus hubungan dan hanya boleh berhubung melalui talipon hotel. Apa rasional pemotongan talian talipon bimbit ini tidak pula jelas.

BUAH DELIMA

Buah delima dari India banyak di pasaran. Tetapi belum membelinya lagi. Buah anggur rupa cantik tetapi masam. Limau – hairan – agak mahal dari Chow Kit. Yang paling murah ialah ciku dan pisang.




15 ulasan:

sEmut berkata...

Nasib baik Lebai Mat Google tolong tunjuk apa itu Kali.

Tanpa Nama berkata...

untuk elakkan letupan yg di'trigger' oleh telepon bimbit kot.

OrangGilak berkata...

semoga cepat sembuh!

Tanpa Nama berkata...

Lahabau ...Jang ..Pi Bangla Diam-diam

Pandan muka engkou Jang tercirit birit.
Tak sempat nak letak bontot, najis bukan najis tersembur keluar. Walaupun terlampau berwaspada, akhir terkena juga ..ha..ha..ha padan muka engkao jang.

Aku pernah rasa, seminggu lubang najis pedih...

Puan Ainon Mohd. berkata...

Itulah contoh kemajuan dan kekayaan yang berjaya dicapai oleh sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pendidikan, kononnya supaya rakyatnya dapat meng-akses semua ilmu yang ada dalam buku-buku Inggeris, dan dengan itu kononnya negara dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

hensemboncet berkata...

haha
brader isaham kono ceret beret
rondangkan bogheh la
haha
saba la yo

Aloy Paradoks berkata...

pisang itu lebih besar khasiatnya.

Cob Nobbler berkata...

Kan dah cakap Sheikh Hasina Liga Awami menang..

HeroHuruHara berkata...

Bro,

ceret beret rupanya kamu di Bangladesh. Risau mulanya ingatkan kamu tewas pada godaan awek Bangla seperti mana TEWASnya Mat Bangla pada awek Melayu. hakhakhakhak sahak

Takpa teruskan laporan di Dhaka semoga mendapat hot topic di sana. Salam Maal Hijrah

Admin berkata...

mr tukar tiub, nk dgr pnjelsan dari pasal calvary tu.

ada dgr x?
calvary convention center d slngor

dtails ada d blog saya

thnx

Cob Nobbler berkata...

uiks?mane pergi ni..baper hari senyap..

how's bangla?

Che Li berkata...

Apa hal dengan saudara TT? Dah 3 hari tak up date blog. Masalah internet ke masalah perut sakit makin teruk? Nak tahu citer pasal ceylon ni... harap sihat hendaaknya saudara TT..

wassaalam..

Nik Adzhar berkata...

untuk elakkan dr terkena radiasi telefon bimbit yg membahayakan kesihatan otak..

Tanpa Nama berkata...

Harap bang Isham cepat-cepat sembuh & updatekan blog. Dah lama tunggu ni..

hensemboncet berkata...

alamk mano poei nih
lamo bisu
adoi
update la bro isham kono mandrem awek bangla ko kah kah kah