Jumaat, 28 Ogos 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
KESAH AJANG CERITA KITA
adalah dikesahkan
ajang pun dilahirkan
lalu ajang dibesarkan
lalu ajang disekolahkan
lalu ajang diuji dan dipereksa
lalu ajang lulus ujian
gembiralah satu keluarga
gembiralah ajang se ajang-ajnangnya
ajang pun belajar lagi
diuji dan diperiksa
ajang pun luluslah
ajang pun dilamar bekerja
maka bekerjalah ajang
berbaris dan beratur dijalan raya
bangun dari tidor untuk menjual tenaga
sebulan sekali menerimah upah
lalu ajang membeli tv
untuk rehat dan bersenang hati
setiap hari beratur berbaris dijalan raya
bangun untuk menjual tenaga
dihujung minggu ajang berehat buntang mata menonton tv
duit terkumpul lagi
lalu membeli kereta sebelum mencari bini
berbaris beratus dijalan raya
bagun dari tidor untuk menjual masa dan tenaga
agar dapat bayar hutang kereta dan rumah sewa
lalu ajang pun berbinilah
bangun pagi berasak asak menjual tenaga
untuk membayar kereta dan rumah sewa
lalu ajang dan isteri menjadi cerdik
tak perlu bayar sewa kalau rumah dimiliki
lalu mereka berhutang lagi
untuk membayar kereta dan hutang bank
lalu mereka bangun pagi
berasak asak di jalan raya untuk memburuh
dan mengumpul duit nak jadi kaya
adalah dikesahkan
anak pun lahir dan dibesarkan
lalu anak di anjangkan sekali lagi
lalu anak diajar agar dia pun bangun pagi
bangun berasak-asak dijalan raya bersedia cekap
bijak pandai untuk menjadi hamba kepada kerja
akhirnya anjang tua dan hendak mati
anjang terlantar dikatil
lalu anjang teringat
sebuah buku cinta yang dibelinya tetapi lupa tidak dibaca
lalu anjang teringat sekuntum bunga mawar
yang dia terlupa baunya
lalu anjang teringat sebuah pantai landai
sebuah tasik permai sebuah gunung berhutan
saekor burung belibis terbang menyambar
lalu dia teringat gesekan biola
dan tiupan seruling sawah dan gaung
hutan dan pacat
ajang memanggil anak datang
ingin menyampai pesan
lalu mereka pun berkumpul
ajang hanya sempat berkata – jangan jadi bodoh –
semua tercengang semua hairan
mereka menangis
ajang telah hilang ingatan.
ajang mengulangi lagi – jangan jadi bodoh – lalu anjang mati
esoknya anak dan isteri bagun pagi pagi
berasak asak di jalan raya entah apa hendak dicari
mengulangi hidup berpusing-pusing
tak pernah sedar diri
hilang ingatan jadi injin bangun pagi
untuk beli kereta rumah dan tv
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
22 ulasan:
Wow!!!
Satu kebenaran yang tidak pernah difahami.
Satu peringatan dan kisah benar yang berlaku dalam hidup.Manusia lupa tingkat kepentingan sesuatu perkara.Abdikan diri mengkayakan kerajaan yang menekan rakyat tanpa dapat lari dari hasil cukai yang tinggi.Hidup dan masa dihabiskan dengan menukar nikmat hidup yang diberi dengan proses mengkayakan negara.Betapa murah hasil titik peluh orang miskin dipergunakan.Mereka juga punyai tanggungjawab terhadap keluarga.Zakat dibuat simpanan.
Semua sudah jadi robot.. Ikut sahaja apa orang lain buat.. Xberbaris beratur pagi-pagi dijalan raya tandanya 'malas'.. Keluar lewat sket pun xboleh, nanti kad warna merah.. Xde pk punya orang..
Akum bro isam.
Hari ini puisi bro menyentuh tentang lingkaran hidup manusia yang tidak pernah berubah, baik fizikal mahupun mental. Ibarat lembu yang dicucuk hidung tidak mahu dan tidak ingin untuk mengubah kehidupan. Manusia berada di zon selesa dari dahulu hingga sekarang.
Jika adapun kesedaran untuk berubah, ternyata masa sudah terlalu lewat. Ini digambarkan melalui watak anjang yang tersedar tetapi hanya apabila hayatnya hampir sampai ke penghujung. Seterusnya, generasi terkemudian akan mengikut lagi lingkaran yang sama, mungkin sehingga hari kiamat. Tidak hairanlah jika ada manusia yang ingin berubah, golongan ini akan "tercengang, menangis dan menganggap manusia tersebut hilang akal".
Tahniah bro. Ini puisi yang ke-8 berjaya saya kutip. Mungkin boleh dijadikan antologi bertajuk "Mengenang Sisa Hidup Seorang Tukar Tiub". Salam.
Pengajaran yang suba diterapkan oleh bro isam tidak lain adalah supaya manusia berubah daripada lingkaran yang sentiasa mengikat.
salam pakcik isham,
sangat menarik. nasib baik ajang tidak lupa ke ranjang.
..gua nangis baca nukilan lu ni, bro.
Semua orang jadi hamba kepada sistem.
Semua orang berbunuh-bunuh untuk jadi hamba yang taat kepada sistem.
Sistem ini dah berlaku 10,000 tahun dulu,negara pertama di dunia diasaskan - Sumeria di Tamadun Babylon.Bila ada negara - dua kelompok wujud - tuan dan hamba.
Bermula dari saat itu,hingga hari ini - kita diajar dari bangku sekolah supaya mematuhi sistem.Banyak soal kena sebat.Yang melawan kena diri atas kerusi.
Akhirnya datang satu golongan yang bajet bijak beratur berdiri mendapat sekeping kertas yang dipanggil ijazah dengan harapan boleh dapat kerja yang gaji ribu-ribu.Belajar "tinggi-tinggi" akhirnya kena dengar cakap bos.Baik tuan.Yes bos.
Akhirnya wujud satu kelompok "lembu" yang digembala orang.Bezanya lembu yang betul diikat dengan tali,"lembu" yang berkeliaran di tengah kota - diikat dengan sistem.Sistem yang berpaksikan kepada ringgit,dolar,pound sterling,dinar emas - dan credit card.
oh ya,lembu itu juga sesetengah dipakai necktie untuk menunjukkan dia "bijak pandai".
Itulah puisi seorang sampah masyarakat yang tidak tahu hala tuju hidupnya.
Hidupnya penuh santai, bagaikan dunia ini hadiah yang sangat berharga.
Tiada usaha dan tenaga untuk bekerja sesuai dengan fahaman karl marksis yang tertanam di kepalanya sekian lama.
Tidak punya tanggung jawab , usahkan terhadap sosial dan negaranya, bahkan terhadap dirinya sendiri .. syukur kerana dia tidak berjaya meninggalkan zuriat meski pun dia sudah berjaya menternak ratusan anak muda untuk memikul otaknya sehingga habis usia.
Akhirnya matilah kau sebagai seekor tikus yang tidak meninggalkan sebarang bakti, kecuali bau hancing yang memenuhi alam barzakhnya yang gelap gulita ... waktu itu bersantailah kau sepuasnya dengan mereka yang kau kasihi... di neraka yang abadi!!! Di sana tidak ada lagi manusia yang bangun bagi berbaris untuk mencari rezeki ...
AnTi AljUbuRi = Ajang
morale of the story is:JANGAN JADI BODOH LAGI SEBAB "1 MALAYSIA" DAH DI BODOHKAN OLEH BN.
Bro..
Semua terang dan nyata,.kalau ada yang tak faham atau ada yg buat2 tak faham,.mereka adalah penganut2 kapitalis yang bertuhankan harta dan kebendaan.
Tahniah Bro,.. kita sama2 teruskan usaha menyedarkan rakyat marhaen..
Salam Reformasi......
menarik
itu hidup yang aku mahu tapi bukan semua - majoriti jadinya,
last2 terjebak masuk ikut berenang tunggu nak lemas,
indah itu bebas , bebas itu indah!
tapi indah lagi jika lihat insan lain tersenyum kerana apa yang kita lakukan untuknya
........
Anti Aljuburi ni bukan ajang tapi ANJING..
menyalak utk tetuannya walopun sapa tuannya, jahat atau buruk, sadar atau tidak, lurus atau bengkok jalannya, janji di beri 'makan' dia akan menyalak, mengejar, dan menggigit..
setia membuta tuli psal hati dh pekat dgn 'makanan anjing' yg xtau mana punca sumbernya..
jadi, teruskanlah menjadi anjing utk tetuanmu..
mungkin sudah di takdirkan nko layak mendapat kerjaan hina ini..
demi utk terus hidup mewah dan glamor (barangkali) utk generasi puppy yg seterusnya cucu cicitmu..
woff.. wofff.. gheheheh..
ajang kenapa bukan alang. haish.
cool. ;)
bagus punya idea ,,lembut dan berkesan..
Anti juburi adalah keturunan generasi "anjang". Yang tidak akan berubah dari lingkaran sistem hidupnya hinggalah apabila usianya hampir terpanggil ke alam kubur.
x nak fikir ke lepas mati kekal abadi disane sampai bila2 ..so sendiri mau ingat bawa bekalan byk2 ,sediakan kehidupan selesa disane.
Salam... Sebuah puisi yang amat2 mendalam maknanya, menyentuh langsung kepada 'orang kita' yang sangat2 berbangga jika mempunyai majikan (makan gaji la tu). Bagaimana nak ubah mentaliti masyarakat yang mahukan anak2 pandai belajar bila besar nanti boleh dapat 'kerja baik2', jadi pegawai. Jarang dengar nak nasihat anak "besar nanti jadi usahawan".. Sama2 lah kita fikirkan, bukankah sembilan per sepuluh sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan?
Puisi yang sangat relevan pada masa kini. Diharap semua yang baca ni faham apa erti hidup yang sebenar. Bukan mengejar wang dan tv pada hujung minggu.
Jangan lupa keindahan alam semulajadi yang kian lama dan terus dibakar, diteroka, dibunuh.
Jangan lupa kelembutan di hati bila melihat insan di sebelahmu tersenyum manis gembira di hati walau seketika.
Jangan lupa keindahan musik, bunyi seruling yang mengiring rentak hati dan membebaskan minda.
Bukankah itu aturan hidup.Hidup berperaturan dan bersistem. Jika dilanggar peraturan dan hidup tidak bersistem, apa akan jadi...???. Manusia boleh berfikir dan luangkanlah nikmat Tuhan sewajarnya. Kita hidup untuk kebaikan masyarakat. Andai semua ikut aturan dan mengisi hidup untuk kebaikan semua pasti Ajang tak menyesal meninggalkan dunia ini.
Anjang aki tak ada gigi
inilah hidup yang menggambarkan kapitalisma. hidup untuk kumpul harta.berebut jadi kaya untuk jadi kelas atasan kononnya.
nak buat macam mana majoriti kita ialah pengikut dan bukan pencipta. maka ikut sajalah sistem sedia ada.
belajar tingi,carik kerja,beli proton,kawin dan beli rumah.takde ni semua akan nampak seperti orang gagal.
Catat Ulasan