Rabu, 16 September 2009

BAGAIMANA GEROMBOLAN JUAL NEGARA



TANAH DI SERAH KEPADA PEMAJU
- melayau

SELAYANG 14 Sept. - "Kami disuruh memohon tanah ini tetapi ternyata itu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati penduduk kerana akhirnya tanah itu diberikan kepada sebuah syarikat."

Itulah luahan penduduk sekitar Jalan 1, Bandar Baru Selayang, di sini, terhadap keputusan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak yang meluluskan tanah di Lot 10875 untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebuah syarikat.

Mereka membantah sekeras-kerasnya pemberian hak milik tanah itu atas alasan mereka terlebih dahulu memohon tanah tersebut iaitu sejak 12 tahun lalu.

"Harapan penduduk untuk mendapatkan tanah itu berkecai kerana 'dirampas' dengan mudah oleh syarikat itu sedangkan kami sudah lama memohonnya," kata penduduk di situ.

Seorang penduduk, Abdul Majid Md. Haniff, 47, berkata, selama 12 tahun dia berusaha dan memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut tetapi usahanya ternyata sia-sia.

Menurutnya, dia juga berasa teraniaya dengan keputusan yang diambil oleh PTD Gombak itu kerana sebelum ini, dia juga pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.

"Dulu, masa saya tinggal di Kampung Selayang Tin begini juga jadinya. Tanah yang dahulunya hak milik nenek moyang kami dirampas dan rumah kami diroboh begitu sahaja oleh MPS tanpa memberikan sebarang pampasan ketika itu.

"Tetapi pada masa itu, tahap kesabaran kami masih boleh dikawal. Tidak sampai lima bulan kemudian, rumah kedai yang dimiliki oleh mak saya pula dirobohkan oleh MPS tanpa sebarang notis pemberitahuan sedangkan kami ada dokumen yang sah mengenai bangunan tersebut," katanya.

nota:
perhatikan dimana ketuanan melayu menjual
tanah orang melayu kepada para cukong. lihat
satu demi satu tanah hilang tuan. semuanya dilakukan
kerana ada duit masuk bawa meja.

orang melayu di tipu dengan ketuanan melayu
pada hal yang membolot harta kekayaan negara
ini ialah cukong dan towkay yang ada hubungan
dengan pemimpin gerombolan.

caranya cukup senang. nama ketua gerombolan akan
dimasukan sebagai lembaga pengarah atau dijanjikan saham
atau dijanjikan kondo bersama amoi. lalu tanah ini diluluskan.
cara ini telah berjalan selama 52 tahun. hingga habis tanah
orang melayu dalam bandar kena rembat.

inilah nama nya ketuanan melayu. pakida ke pewaris ke
pesaka ke pekatak bobok ke tidak akan bersuara kerana
dapat keluping saham atau sekurang kurangnya dapat
jadi pak gard kah kah kah

p/s : adakah anda tahu di indonesia tanah tidak
dibenarkan dimiliki oleh orang asing?




7 ulasan:

jab sp berkata...

Hisham,kalau tanah yang diduduki ini berusia kurang dari 20 tahun,tiada sedikit pun simpati dari aku kerana aku amat tahu yang merembat tanah tanah ini kebanyakannya mereka yang telah sedia ada rumah dan tanah ditempat lain.juga selalunya ditempat beginilah tempat biaknya papan anda "Gerombolan Malaysia"dengan lambang keris bogel diatasnya kerana memang mereka ini baka asal germbolan.

Tanpa Nama berkata...

"Satu Lagi Projek Barisan Nasional Untuk Rakyat " Papan Kaler Biru, ada gambar mulut merah rambut putih tersenyum, papan besar besar depan projek. Itu semua standard mended, nak menipu rakyat..mulut merah nie pulak duk rumah, duk meraba telor kira duit berapa banyak lagi yang tak cukup nak sapu sambil selak lubang kedut suamninya 2-3 jam sebab tak jumpa lubang akibat overobesiti.

Cetusan berkata...

modahan Negeri Kelantan masih amalkan tak boleh tukar nama,rezab Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Senarainya sangat panjang... saya start dengan Kg Bumiputra Dato' Keramat... senarai tuan-tuan pula?

Tanpa Nama berkata...

Ketuanan Lembu.....melayu di lembukan dengan ketuanan melayu, hanya satu slogan bagi melalaikan orang melayu dengan menjanji gunung emas yang tidak pernah ada!
Banyak sudah pengorbanan atau satu penipuan orang melayu?

ahbodolahman berkata...

Menurut beberapa pegawai PTD Selayang:

Sebenarnya permohonan tanah En Abdul Majid cuma 12 tahun saja. Sepatutnya En Majid kenelah memohon tanah ini 50 juta tahun dahulu, barulah tanah ini menjadi milik Pak Majid.

Masalah Tanah Rumah di Selayang Tin dan Rumah Kedai yang dirobohkan itu, walaupun ada geran atau surat kebenaran ke haper ker, surat geran tersebut hanya berusia sekitar 20 tahun sahaja. Bukannya 50 juta tahun cahaya pun.

Jadi pemilikan tanah, rumah dan rumah kedai tersebut adalah salah. Sepatutnya PTD Selayang berhak menyaman Pak Majid. Itu dikira hariah AidilFitri saja tu PTD Selayang tidak menyaman sesen pun. Bukannya PTD patut membayar pampasan. Ada paham semua???

Unknown berkata...

ok lah kepada semua yang dah pernah kena tipu dengan gerombolan tu kita pakat jangan undi UMNO dalam PRU 13 nanti... Tapi aku tak percayala korang ni bukan boleh pakai besok kena jolok rm50 parti sial tu jugak yg ko pangkah. Lepas tu merengek kena tipu balik dengan gerombolan.. RM50 pun korang boleh cair he he ..pada aku patut la korang kena tipu..( jangan marah da.. sape makan lada dia rasa pedas )