Memaparkan catatan dengan label Nasi Kandar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi Kandar. Papar semua catatan

Selasa, 20 Oktober 2009

INI BERITA HAIRAN LAGI PELIK - ADA MACAM MACAM JENIS GILA



KALAU TAK DAPAT SERENGAH JAMBAN TAN - YANG INI PUN OK





UMNO LANGKAWI CADANG JAMBATAN SEPARUH
- berita hairan

LANGKAWI: Umno Bahagian Langkawi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk projek pembinaan "jambatan separuh" bagi menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.

Ketuanya, Nawawi Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuah, berkata sekiranya cadangan pembinaan jambatan itu dipersetujui, projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.

"Pada masa ini, jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

woit…. GEROMBOLAN INI GILA PROJEK JAMBAN TAN… kah kah kah…

kah kah kah… DULU MADEEY GILA NAK BUAT JAMBAN TAN BENGKOK…. kah kah kah…

kah kah kah… MUNKEE INI GILA NAK JAMBAN TAN SETENGAH JALAN… kah kah kah…

woit… GILA INI ADA 999 MACAM… kah kah kah…

kah kah kah… YANG INI GILA PROJEK JAMBAN TAN…. kah kah kah…

kah kah kah… TAK DAPAT SATU JAMBAN TAN…. SETENGAH PUN TAK APA…. kah kah kah…

woit... JAMBAN TAN BULUH PUN OK... kah kah kah..

woit… YANG PENTING PROJEK MASYUUUK…. kah kah kah..

nota:
macam macam gila gerombolan nak menipu.
macam macam cara nak rembat duit.
ada tebang hutan balak kerana nak buat bio diversiti
ada nak buat tembok sempadan tak nak bagi bangla masuk
ada nak empang laut tak nak bagi indon masuk
ada nak bawa masuk kuasa leterik dari bakun
ada nak kurangkan gempa bumi
ada nak jual quran dalam komputer


macam macam
semua nak menipu.
semua nak tipu melayu.
semuan nak bodohkan melayu.

p/s – buatlah projek kuruskan badan
mesti dapat bujet kah kah kah




Rabu, 16 September 2009

BAGAIMANA GEROMBOLAN JUAL NEGARA



TANAH DI SERAH KEPADA PEMAJU
- melayau

SELAYANG 14 Sept. - "Kami disuruh memohon tanah ini tetapi ternyata itu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati penduduk kerana akhirnya tanah itu diberikan kepada sebuah syarikat."

Itulah luahan penduduk sekitar Jalan 1, Bandar Baru Selayang, di sini, terhadap keputusan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak yang meluluskan tanah di Lot 10875 untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebuah syarikat.

Mereka membantah sekeras-kerasnya pemberian hak milik tanah itu atas alasan mereka terlebih dahulu memohon tanah tersebut iaitu sejak 12 tahun lalu.

"Harapan penduduk untuk mendapatkan tanah itu berkecai kerana 'dirampas' dengan mudah oleh syarikat itu sedangkan kami sudah lama memohonnya," kata penduduk di situ.

Seorang penduduk, Abdul Majid Md. Haniff, 47, berkata, selama 12 tahun dia berusaha dan memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut tetapi usahanya ternyata sia-sia.

Menurutnya, dia juga berasa teraniaya dengan keputusan yang diambil oleh PTD Gombak itu kerana sebelum ini, dia juga pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.

"Dulu, masa saya tinggal di Kampung Selayang Tin begini juga jadinya. Tanah yang dahulunya hak milik nenek moyang kami dirampas dan rumah kami diroboh begitu sahaja oleh MPS tanpa memberikan sebarang pampasan ketika itu.

"Tetapi pada masa itu, tahap kesabaran kami masih boleh dikawal. Tidak sampai lima bulan kemudian, rumah kedai yang dimiliki oleh mak saya pula dirobohkan oleh MPS tanpa sebarang notis pemberitahuan sedangkan kami ada dokumen yang sah mengenai bangunan tersebut," katanya.

nota:
perhatikan dimana ketuanan melayu menjual
tanah orang melayu kepada para cukong. lihat
satu demi satu tanah hilang tuan. semuanya dilakukan
kerana ada duit masuk bawa meja.

orang melayu di tipu dengan ketuanan melayu
pada hal yang membolot harta kekayaan negara
ini ialah cukong dan towkay yang ada hubungan
dengan pemimpin gerombolan.

caranya cukup senang. nama ketua gerombolan akan
dimasukan sebagai lembaga pengarah atau dijanjikan saham
atau dijanjikan kondo bersama amoi. lalu tanah ini diluluskan.
cara ini telah berjalan selama 52 tahun. hingga habis tanah
orang melayu dalam bandar kena rembat.

inilah nama nya ketuanan melayu. pakida ke pewaris ke
pesaka ke pekatak bobok ke tidak akan bersuara kerana
dapat keluping saham atau sekurang kurangnya dapat
jadi pak gard kah kah kah

p/s : adakah anda tahu di indonesia tanah tidak
dibenarkan dimiliki oleh orang asing?




Sabtu, 16 Mei 2009

BERITA PELIK LAGI BANGANG



KRISIS PERAK : PILIHAN RAYA WUJUD POLARISASI KAUM – NAZRI
-Star

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..


kah kah kah… MUNKEE NI BUKAN SAJA BODOH… BANGANG JUGA…kah kah kah…

kah kah kah…. PARTI GEROMBOLAN TU BUKAN UNTUK SATU KAUM…kah kah kah..

kah kah kah… MCA… MIC… BUKAN UNTUK SATU KAUM… kah kah kah..

kah kah kah… KETUANAN MELAYU TU… BUKAN UNTUK MELAYU…kah kah kah…

kah kah kah… SLOGAN HIDUP MELAYU TU…. UNTUK ORANG LENGGONG KE?….kah kah kah…



Khamis, 15 Januari 2009

GEMPAR !!!! AZILAH MENGAKU PERNAH JUMPA RAZAK BAGINDA - melayau



KUALA LUMPUR 15 Jan. – Cif Inspektor Azilah Hadri memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia pernah menemui penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang berada dalam keadaan tertekan ekoran menerima ugutan daripada seorang lelaki dan perempuan Cina.

Menurutnya, Abdul Razak juga pernah membenarkan dia mendengar pesanan peti suara daripada telefon bimbitnya.

Katanya, dia mendengar suara seorang lelaki bercakap dalam loghat Cina yang berbunyi, ‘saya kasi pecah u punya muka’.

Selain pesanan itu, katanya, ada satu lagi pesanan suara dalam bahasa Inggeris yang dia tidak dengar sehingga habis.

Azilah berkata demikian ketika memberi keterangan secara bersumpah yang bermula pukul 9.50 pagi ini.



jeng jeng jeng….. jeng jeng jeng…. kah kah kah…. kah kah kah….

kah kah kah…. siapa lelaki cina?..... kah kah kah

woit…. bukan prrempuan cinalaaaa…. kah kah kah… itu minah cun dari mongolia… kah kah kah…

woit… nak tanya sikit… razak baginda ni sapa?.... kah kah kah…. dah lupa laaaa…kah kah kah…




Khamis, 9 Oktober 2008

HOT !!! UNIVERSITI MALAYSIA TIDAK MASUK SENARAI

Times Higher Eduacation – QS hari ini telah mengeluarkkan laporan 200 buah universiti terbaik dalam dunia.

Nama Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan tidak mucul lagi. Kali terakhir nama UKM muncul ialah pada tahun 2006 – bukan teratas tetapi diangka 185, hampir tercorot.

Nama Universiti Malaya pada tahun yang sama muncul di angka 192.Juga hampir tercorot.

Universiti Sintok? Universiti apa? Nama glamournya Universiti Utara langsung tidak dapat dieja namanya.


kah kah kah…. ketika saya belajar tahun 70an di UM dulu fakulti kejuteraan adalah no4 yang terbaik dalam dunia….fakulti perubatan UM adalah juga diantara 10 yang tebaik baik dalam dunia….. kah kah kah…. apa sudah jadi…..ini kerana naib cancelornya hanyalah ketua cawangan kg kerinchi dan bangi….kah kah kah

universiti sintok…. kah kah kah…. masuk dalam rekod dunia kerana universiti yang paling banyak kang kong ….kah kah kah… sintok juga memegang rekod dunia sebagai univedrsiti yang paling banyak tali leher……kah kah kah…

kalau mengikut munkee zainudin maidin ….. kita perlu buat senarai kita sendiri….kah kah kah kah… bila rating rtm jatuh…. munkee ni buat rating antara rtm dengan stesen Tv Cik Met Seberang Takir…. kah kah kah



Sabtu, 27 September 2008

BOLEH RUMITKAN KEADAAN – U.Malayau

KEMAMAN 26 Sept. - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang hari ini menunda tarikh perhimpunan agung parti itu ke bulan Mac tahun depan boleh 'merumitkan kempen' calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO berkata tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.


kah kah kah….. baru dapek dengar suara….kah kah kah….mano pogi kao jang…. pak mentua kao nak nak kono gulai….abis cm libra kao….kalau pak mentua kao boronti…. tak ado can kao jang…. abis kao digulai dek madey….. hanyut harta abang ipar kao….kawan niago abang ipar kau A.B. Tahir cam mano….dio nak lari ke mano?.....kah kah kah…. skomi jadi belacan nanti….kah kah kah



Jumaat, 26 September 2008

MyBRAIAN 15 TINGKAT JUMLAH PEMEGANG Ph.D DILANCAR –U.Melayau

PUTRAJAYA 25 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi hari ini melancarkan program MyBrain15 sebagai satu usaha menambah bilangan pemegang ijazah Ph.D yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu perlu kerana sehingga kini jumlah pemegang ijazah doktor falsafah di Malaysia hanya sekitar 8,000 orang.

Kata beliau, jumlah itu menghalang negara untuk mewujudkan ciptaan atau inovasi yang mampu menjana pembangunan ekonomi.


kah kah kah…. nak ramai ada phd? … kah kah kah….pergi test naib cancelor sintok dulu….tanyan dia dapat phd dari laman web mana? kah kah kah…. pergi uitm…. tengok berapa phd dari university buffalo amerika….kah kah kah… dan cuba tengok berapa ramai ketua cawangan yang jadi dekan dan pensyarah…. kang kong laaaaa…

nak tanyo sikit menteri pelajaran sendiri ada pelajaran ke?..... kah kah kah … datuk seri ke… datuk paduka ke…. belajar kat mana?.....berapa banyak buku dah keluar…. berapa banyak tulisan ilmiah….. kalau takat tulis surat khabar mama juwie…. tak payah heeboh-heeboh laaaa….. kah kah kah....



Rabu, 24 September 2008

MALAYSIA IKLANKAN DISTINASI PELANCONGAN DI YAHOO! DAN MSN – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Malaysia menjadi negara pertama yang mengiklankan destinasi pelancongannya dalam enjin carian Internet Yahoo! dan MSN hari ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, iklan dalam Internet adalah langkah pertama sebelum Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia melancarkan iklan televisyen melalui Internet (web TV) tidak lama lagi.

kah kah kah…. minah ni nak kelentong sapa? Malaysia menjadi negara pertama??? kah kah kah…. dulu web tv pertama dalam dunia...kah kah kah... ni iklan pertama dalam dunia….kah kah kah…. minah ni ke yang membuat internet….kah kah kah…

cik shabery 46 ….sila talipon minah ni….. berita macam nilah yang rakyat nak baca supaya mereka percaya…. kah kah kah

minah oooi…. bila laporan bujet Sukom 98 nak di bentang kat parlimen …. dah 10 tahun….kah kah kah…. malaysia negara pertama dalam dunia yang menterinya suka klentong….kah kah kah


Selasa, 23 September 2008

PARTI POLITIK BARU SABAH

CADANGAN bekas Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan Shu Kiah serta beberapa bekas pemimpin kanan parti itu untuk menubuhkan sebuah parti politik baru perlu dipertimbangkan secara rasional.

kah kah kah….kesian orang kadazan – mereka majoriti – tapi ada 6 buah parti politik … tu pasal mereka tak pernah dapat berkuasa…. baaaak nak tubuh satu parti lagi…. kah kah kah…. mereka msih tak sedar inilah dia pecaha perintah dari gerombolan united malays natipnal organisation……..kah kah kah….. tak serik serik kah kah




Isnin, 22 September 2008

AWAS CAMPUR TANGAN ZIONIS


KUALA LIPIS 21 Sept. - UMNO percaya pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) yang mempergunakan pemimpin pembangkang di negara ini untuk memperkotak-katik dan menghuru-harakan Malaysia merupakan pemimpin yang disokong oleh zionis.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menegaskan, pemimpin zionis terbabit telah lama menyimpan perasaan dengki dengan kemajuan dan kemakmuran Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik di dunia.


kah kah kah…. nak tanyo sikit yang bawak tim kriket dari isreal dulu sapo ha?.... mat sabu ke atau sami velu? ….. kah kah kah… nak tanya sikit lagi…. cuba cek berapa banyak tesco, carrefour, AIA, macdonald, burger king, esso, mobil, shell bagi duit pada isreal….. kah kah kah…. tesco ni sapo punya…. cuba tanyo lebaai google …… cohen tu ada bagi duit untuk isreal tak ….tesco ni syarikat di uk banyak lari cukai…..di malaysia ni lagi dia klentong…. kah kah kah….

lagi satu nak tanyo….. dulu sapo yang buat perjanjian rahsia dengan Caspar Weinberger…. pasal tu askar amerika leh masuk sini….kah kah kah…

nak tanyo lagi….. sapo suruh tutup gerai iran di pwtc dulu….iran ni kan anti zionis pasal apa gerai dia kena tutup…. lupalaaa sapo suruh tutup…bik mama ke yang suruh tutup ….kah kah kah…

dengki…..kah kah kah…. ni line madey….orang dengi pada malaysia….kah kah kah…dengki…..kah kah kah….. betulbetul mamat ni mental…..



Rabu, 17 September 2008

TERIMA KEPUTUSAN DENGAN TERBUKA


KANGAR 16 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menerima dengan hati terbuka dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini yang mengisytiharkan Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, di sini.

Bagaimanapun katanya, beliau akan mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada peguam sekiranya rayuan atau tindakan lain boleh dilakukan untuk membatalkan keputusan tersebut
.

kah kah kah... ngooook betul mamat ni...

woit ini keputusan mahkamah persekutuan laaaaa....mahkamah yang paling tinggi dalam negara ni....cam mana mamat ni boleh jadi mb.....ngok macam ikan kaloi...kah kah kah

kalau den orang pereleh esok den lari ke siam.....malu godang den...munkee ni ngooook sangat kah kah kah

MT BINCANG PERMOHONAN DR M ESOK – Utusan Melayau


SHAH ALAM 16 Sept. - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Khamis ini mungkin akan turut menyentuh permohonan kemasukan semula bekas Presiden parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib tidak menolak kemungkinan soal Dr. Mahathir akan disentuh walaupun sehingga kini UMNO belum membincangkan perkara itu.


jeng jeng jeng….. suspen...

kah kah kah……cek borang yang ditulis betul atau tidak...….lepas tu suruuh dia mohon lagi sekali….kah kah kah ….baru best...baru lawak...kah kah kah

Khamis, 11 September 2008

TERKINI! TERKINI ! HOT

Empat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat akan berlepas ke Taiwan pada jam 2.00 petang esok hari Jumaat. Mereka akan mengambil pesawat udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Delegasi PKR ini akan menginap di Hotel Sheraton Taipei  12, Chung Hsiao East Road, Section 1, Taipei 100, Taiwan.

Ketua Penerangan PKR, Sdr Tian Chua telah memberi tahu Tukar Tiub bahawa 49 ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan juga menginap di hotel yang sama.

Menurut Tian Chua , beliau telah mula berhubung dengan beberapa ahli parlimen tersebut. Bila Tukar Tiub meminta siapakah YB yang dihubungi, Ketua Penerangan PKR ini telah enggan memberitahu nama-nama mereka.

Sdr Tian Chua juag memberitahu bahawa 'pertemuan' antara delegasi PKR dengan  49 YB Barisan Nasional itu pasti akan berlaku.(TT)

TERKINI ! HOT!

Empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat akan terbang ke Taiwan esok untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Mereka ingin menemui para YB yang terdahulu telah bersetuju untuk meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka yang dijangkan pergi ke Taiwan esok ialah Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye, YB Saifuddin Nasution, YB Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.

HOT! TERKINI! GEMPAR - KERAJAAN TARIK BALIK SEKATAN KE ATAS BLOG -

PUTRAJAYA 11 Sept. - Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam.

Arahan sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog sebelum ini, termasuk portal berita 'Malaysia Today' ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,� katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


kah kah kah.... tak nak tarik cam na.... buat kerja bodoh.... tutup pun malaysia today masih on... kah kah kah...

ni macam nak hapuskan orang menyanyi ..... mana boleh stop stop.... kah kah kah.....ziana zain akan terus menyanyi di port dickson ..... kah kah kah

TERKINI ! PAS UNTUNG DR MAHATHIR MASUK SEMULA UMNO KATA NIK AZIZ

KOTA BAHARU, 11 Sept (Bernama) - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak".

"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini
.

kah kah kah….. ini berita baik untuk seluruh umat malaysia…. kah kah kah.

kalau tok guru seronok….. kita seribu kali lagi seronok…..kah kah kah

woit….tukang kacau sudah sampai…..kah kah kah

Rabu, 10 September 2008

HOT ! ‘MAD COW DISEASE’ DI PULAU PINANG

Kenyataan akhbar Kesatuan Nasi Kandar dan Nasi Bungkus Pulau Pinang telah meminta masyarakat Pulau Pinang agar jangan ‘memboikot’ warong dan restaurant nasi kandar.

Kenyataan ini juga telah menafikan yang ahli-ahli mereka terlibat dalam penjualan kari daging yang diberitakan telah membawa ‘ mad cow disease’.

Khabar-khabar angin tentang nasi kandar adalah punca ‘mad-cow disease’ ini bermula apabila orang ramai terutama penduduk Pulau Pinang melihat kelakuan seorang yang lelaki yang dikatakan menyerupai seorang mamak telah melocat-loncat dan mengoyak-ngoyakkan gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sir Richard Gelimard pakar perubatan dari Holborn Hospital London telah menerangkan bahawa Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE), lebih di kenali sebagai Mad-Cow Disease (MCD), amat bahaya dan boleh membawa maut.

Menurut Sir Gelimard yang telah menyelidiki penyakit ini semenjak tahun 1986 berkata bahawa tanda-tanda awal penyakit ini ialah meloncat-loncat dan menyiat-nyiatkan kertas-kertas. Kadang kala orang yang di hinggapi oleh penyakit ini akan menjerit beramai-ramai.

Berita yang masih belum di sahkan ini masih lagi sedang mencari siapakah dia lelaki yang terjerit-jerit dan terloncat-loncat itu. Adakah ianya Melayu atau Mamak.