Isnin, 13 Ogos 2012

UCAPAN SELAMAT BEBUKA PUASA DAN JANGAN LUPA BELI MERCUN







SEMUA KLIM ONLINE DENGAN TUHAN















PUASA DAN INGATAN BERPUASA

Sehari sebelum puasa saya telah bersembang dengan beberapa kawan. Kami bernostalgia tentang berpuasa. Kami berkisah tentang curi-curi makan ketika berpuasa dizaman kanak-kanak. Cerita berpuasa zaman kanak-kanak memang menarik. Puasa setengah hari. Tipu puasa. Puasa untuk dapat duit raya. Sekarang sudah besar panjang - nak puasa atau tak puasa terpulang kepada kepercayaan masing-masing. Sesudah dewasa - tidak ada sesiapa yang akan merotan jika tidak berpuasa.

Kalau saya kisahkan disini mungkin tidak ramai yang percaya bahawa cara kita berpuasa juga telah banyak berubah. Apa yang saya maksudkan berubah itu bukan dari segi konsepnya. Puasa masih lagi pada bulan Ramadan. Orang masih lagi berpuasa dari matahari terbit hingga matahari tenggelam. Ini tidak berubah.

Tetapi, dalam masa 30 tahun ini telah jelas kelihatan perubahan. Biar saya kisahkan tentang arloji atau jam. Sebenarnya arloji yang menghitung masa ini adalah objek yang baru masuk ke dalam budaya Melayu. Konsep masa dan waktu orang Melayu amat jauh berbeza dari detik tanda arloji. Manusia Melayu menghitung masa melalui perbandingan dengan alam. Masa dan waktu untuk manusia Melayu tidak dikira dengan saat dan minit.


Manusia Melayu mengira waktu dengan senang sekali - pagi, tengah hari, petang, senja dan malam. Misalnya, apabila ditanya bila kenduri akan bermula, maka jawapan akan diberi hanya - tengah hari sebelum matahari naik. Atau apabila menetapkan tarikh bila perkahwinan akan berlangsung - manusia Melayu akan menjawab, "...selepas musim menuai atau selepas musim buah..." Konsep masa dan waktu untuk manusia Melayu cukup menarik dan tidak menekan.

Untuk ini saya masih teringat lagi ketika berpuasa di zaman kanak-kanak. Keluarga kami duduk di pendalaman. Keluarga kami tidak memiliki arloji untuk menentukan bila waktu yang tepat untuk berbuka. Perkara ini diselesaikan dengan senang oleh arwah Nenek. Pada firasat Nenek saya, waktu yang tepat untuk berbuka ialah apabila tidak lagi dapat melihat bulu roma dilengan. Ini cukup menyeronokan untuk kanak-kanak. Sering kami ke bawah pokok kayu yang redup untuk melihat bulu roma agar kami dapat berbuka. Ini dizaman yang begitu lama dahulu.

Mungkin ada yang akan bertanya tentang radio dan peranannya. Objek radio ini juga sampai agak lewat. Biasanya Ketua Kampung akan memiliki radio. Maklumat dari radio ini akan disampaikan dari mulut ke mulut. Pada zaman Jepun, radio ini dianggap sebagai musuh. Sesiapa yang memiliki radio akan memiliki maklumat - maklumat tentang tentera Jepun yang semakin terdesak. Beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu, amat jarang rumah yang beradio. Hakikatnya dizaman dahulu radio tidak memiliki apa-apa peranan agama.


Tanpa arloji, tanpa radio menjadikan waktu berbuka dan bila tamatnya waktu sahur agak longgar. Ketika itu Islam tidak dilihat sebagai agama yang menekan. Islam tidak dilihat sebagai agama yang suka menghukum. Tuhan Yang Maha Esa pada ketika saya membesar adalah Tuhan yang penuh dengan Al-Rahman dan Al-Rahim. Tidak ramai yang bangun mendabik dada untuk mengakui bahawa mereka memilki wasiat untuk mewakili Tuhan atau bercakap bagi pihak Tuhan. Islam ketika saya membesar adalah sebahagian dari budaya Melayu. Berpuasa dan berhari raya adalah sebahagian dari ciri-ciri budaya Melayu - yang indah murni dan bersopan.

Sekarang, saya melihat puasa telah banyak berubah. Sebenarnya bukan hanya puasa yang berubah - malah seluruh tamadun Melayu itu sendiri telah dan sedang berubah. Adalah begitu molek sekali jika kita memahami kenapa berlaku perubahan. Untuk saya, dari pemahaman saya, perubahan yang berlaku ini hasil dari pencapaian ekonomi kita. Ekonomilah yang membawa perubahan ini. Apabila ekonomi berubah, maka ciri-ciri budaya kita pun berubah.

Pertumbuhahn kelas menengah Melayu semakin membesar. Mereka ini memiliki keupayaan untuk membeli belah. Dari segi bancian, kumpulan ekonomi kelas menengah ini paling besar jumlahnya dalam negara kita. Jika ekonomi terus berkembang kelas ini akan lagi membesar. Dalam sistem ekonomi kapitalis, kekuatan kelas menengah ini amat penting. Keupayaan mereka untuk membeli belah dan berbelanja menjadikan kelas ini tulang belakang dalam sistem ekonomi kapitalis ini.

Kehadiaran kelas menengah Melayu ini dibuktikan dengan keupayaan mereka bebelanja di Pasar Ramadan. Sebenarnya budaya Pasar Ramadan ini adalah manifestasi dari kemunculan kelas menengah Melayu. Pada satu ketika dahulu di musim berpuasa tidak ada orang berjual beli seperti yang dilihat hari ini. Kalau ada pun, yang dijual dikampung-kampung hanyalah air batu. Kuih-muih untuk berbuka akan dibuat di rumah masing-masing.


Pasar Ramadan ini juga memperlihatkan satu ciri peralihan yang amat ketara dalam pembudayaan Melayu. Pasar Ramadan boleh kita tafsirkan sebagai batu tanda dimana manusia Melayu beralih dari komuniti agraria kampungan ke masyarakat industri pembuatan.

Kalau dahulu, manusia Melayu kebanyakannya duduk di kampung dan tidak memiliki pekerjaan yang khusus. Ketika itu masa tidak dinilai dengan dolar dan ringgit. Ketika itu juga tenaga yang dimiliki belum boleh dijual beli. Hari ini semuanya telah berubah. Hari ini masa boleh dikira melalui arloji. Jika masa dikahwinkan dengan tenaga ianya boleh dijual dan dinilai dengan wang ringgit.

Perubahan bentuk ekonomi ini telah membolehkan manusia Melayu menjual tenaga mereka. Memburuh di kota atau menjadi buruh tani di kawasan ladang. Ini bermakna manusia Melayu telah diikat untuk bersama mengambil bahagian dalam sistem ekonomi kapitalis. Masa dan tenaga kini boleh dijual beli. Justeru, Sang Isteri tidak lagi membuat kuih muih untuk berbuka. Sang Suami juga tidak lagi ke hutan mencari buluh untuk membuat lemang. Komuniti agraria telah kehilangan masa dan tenaga, tetapi untuk gantinya mereka kini memiliki duit dan ringgit - sebagai daya untuk berbelanja.

Pada awalnya, pembudayaan yang dibawa oleh ekonomi industri pembuatan ini agak lunak. Semakin rancak pertukaran masa dan tenaga untuk dijadikan dolar dan ringgit, maka semakin rancak berlaku perubahan bentuk-bentuk budaya. Ekonomi wang ringgit ini secara perlahan-lahan mula menghakiskan kemahiran manusia Melayu itu sendiri.

Dalam budaya baru ini, kreativiti kemahiran individu itu semakin luntur. Contohnya, pada satu ketika dahulu lelaki dan perempuan Melayu tahu memasak untuk menyediakan makanan sendiri. Apabila Sang Lelaki dan Sang Isteri mula menjualkan masa dan tenaga di pasaran terbuka, maka tugas memasak telah berubah. Dengan tersendri, kreativiti memasak hilang. Segala jenis masakan, segala jenis kuih muih untuk merayakan amalan berpuasa kini boleh didapati di Pasar Ramadan.


Kuih untuk pagi Syawal Hari Raya - hari yang dianggap kemuncak amalan berpuasa - kini tidak lagi hasil buah tangan sendiri. Kreativiti individu menyediakan makanan untuk merayakan hari besar ini juga telah diambil alih oleh mesin yang diarahkan oleh ekonomi.

Jelas terbukti, bahawa ekonomilah yang membawa bentuk-bentuk pembudayan. Ekonomilah yang melahirkan budaya dan kepercayaan. Pasar Ramadan yang kita saksikan saban petang ialah manifestasi komuniti Melayu sedang merayakan budaya agama mereka. Apa yang kita lihat itu ialah intrepretasi Islam dari kaca mata manusia Melayu.

Awas! Harus disedari, intrepretasi Islam ini juga bersangkutan dengan duit dan ringgit. Lihat sahaja bagaimana hotel-hotel yang berbintang sedang menyediakan pesta berbuka puasa. Bufet Ramadan ini jelas muncul dari budaya kelas menengah Melayu. Ianya tidak ada sangkut paut dengan tuntutan agama. Membayar puluhan atau ratusan ringgit untuk berbuka puasa seharusnya dianggap lucah apabila tidak jauh dari hotel lima bintang ini ada sekumpulan gelandangan yang berlapar tidak makan.



Lihat juga bagaimana hotel-hotel berbintang-bintang ini memberi intrepretasi mereka tentang Islam. Para pelayan akan dipakaikan baju Melayu dan bersongkok. Para pelayan sentiasa siap siaga untuk memberi khidmat selunak mungkin kepada para Ummah yang sedang berlapar dahaga. Masuknya waktu berbuka akan dimulai dengan pukulan kompang. Ketika menjamu selera para Ummah akan dihiburkan dengan lagu-lagu atau dengan gesekan gambus dan biola. Kompang, nasyid dan gambus akan dianggap Islamik.

Pasar Ramadan dan Bufet Ramadan ini meminta saya bernostalgia kembali untuk melihat budaya berpuasa ketika saya membesar dahulu. Untuk saya berpuasa di zaman ini, hanyalah budaya yang diselarikan dengan tuntuan agama. Atau saya tersilap. Sebenarnya puasa ini adalah tuntutan agama yang diselarikan dengan intrepretasi budaya Melayu yang suka pesta-pestaan? (TT)


NOTA:
untuk jangan tertidur lupa sahur
layari stesen punk rock terunggul
di asia tenggra




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terkenang air batu ketul disimpan dalam habuk papan...

Pro_Pembaharuan berkata...

saya rasa ini adalah agenda yahudi kristian untuk menyesatkan kita semua. TT adalah agen Yahudi. Dia atheist. Kemudian dalam masa yang sama, dia juga agen komunis. Persamaan pada dua idealogi yang nyata bercanggah antara satu sama lain ialah permusuhan kepada Melayu Islam. Tanda-tanda kubra anda tidak percaya pada agenda murtad yang terdapat pada tulisan ini, adalah apabila anda tidak percaya Kitab Injil ada di dalam bentuk kuasa solar. Setakat ini kita hanya ada Quran berkuasa bateri AA. Lebih elok pakai Duracell dari EverReady kerana warna Duracell hitam emas mencerminkan perjuangan ikhlas Islam dan warna hitam merah EverReady mencerminkan ketua paderi kristian (pope) yang dilantik untuk menghancurkan akidah umat islam sahaja dalam cita-citanya.

Apa yang TT tulis adalah juga agen kepada Cina dan India untuk menguasai ekonomi bumi melayu. Orang Melayu berniaga di Pasar Ramadhan pun dia cuba tanamkan anasir-anasir subversif Cina dan India. Cuba kita lihat satu contoh, Cina sudah kaya raya dengan usaha mereka kerana kita melayu perlu juga kaya raya seperti mereka tetapi kita perlu cepat! Sebab itu kita perlu rasuah, seleweng dan juga tipu melayu lain asalkan kita dapat bersaing dengan kaum lain. Biar 1 juta melayu hidup melarat asalkan ada 1 orang melayu yang dapat bersaing dengan kaum Cina.

Tanpa Nama berkata...

salute.ko pun pergi jugak bazar kan

Watikah Sinar berkata...

Budaya Melayu buat kueh mueh, dan masak2 sendiri seperti yg TT kata tuh dah jadi D.I.Y dan jadi "Underground" pada masa nih, namun Pasar Ramadhan bagi sy okey ajer... zaman sekarang orang2 sibuk keje takde masa nak buat kueh & masak2 utk berbuka etc - nak buat macamana budaya dah berubah, follow jer la... lagipun apa kueh mueh yg kita tak pernah jumpa atau jarang2 ada pada bulan biasa boleh kita jumpa di Bazar Ramadhan... orang Melayu boleh jadi kreatif apabila nak buat kueh-mueh, lauk pauk etc bila nak meniaga di Pasar Ramadhan...

But kalu bufet2 di hotel siap dengan lagu-lagu atau dengan gesekan gambus dan biola. Kompang, nasyid etc ... dan baru2 ini terdapat pula pompuan menari tarian gelek/striptease Arab semasa berbuka puasa itu pun mungkin akan dianggap Islamik tak lama lagi, kah,kah,kah,kah....

Tanpa Nama berkata...

TT.. kalau gua melawan arus tak pergi bazar ramadhan,adakah itu cool??

Norr Utara berkata...

Isham, sangat setuju dengan penafsiran puasa dari kaca mata orang Melayu. Budaya berbuka terutamanya di hotel 5 bintang ini semuanya bermula dengan golongan yang mampu dari segi ekonomi & bodoh keranag sanggup bayar sebanyak /semahal tu untuk kelas, nafsu & malas!

Hukum Tuhan adalah tetap hukum. Bagaimana hukum berpuasa ni dilaksanakan terpulang. Ada yang lucah.......seronok makan FREE lagi2 staff gomen¬yang selalunya paksa/secara lembut untuk vendors belanja mereka. Di mana saja, Putrajaya atau tempat lain.

Private companies akan menjemput pekerja berbuka di hotel hotel mewah di mana semua akan berbuka dengan grand nya.

Harga kueh2 di pasar Ramadan tak murah. Semua KAKI KETUK. Ingat lagi pasar Ramadan di Taman Tun & Bangsar.

Tanpa Nama berkata...

cuma satu x berubah tt..anak muda pulang ke kampung halaman bila beraya..mmg cool dr zaman Melaka lagi..

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku jual ais batu 20sen satu blok naik basikal pusing kampung

Tanpa Nama berkata...

anon 3:17ptg
kalau engkau tak pergi bazar ramadhan, maka seluruh persatuan penyamun, eh persatuan peniaga2 melayu dan mamak bazar romadhan (PaPaMaMaBRoman) akan memulaukan engkau!

bro tt adakah engkau akan memulaukan internet 24jam mulai tghmlm ni kerana menyokong cij melawan pindaan 114a akta keterangan?

jom pulaukan utusampah, berita hairan, tv3suku dan kuncu2 mereka!

LatheefaKoya Utusan reports not balanced, editor admits themalaysianinsider.com/malaysia/artic…
about 1 hour ago · reply · retweet · favorite

LatheefaKoya hello utusan claims to be national paper lah- not party newsletterRT @ManPin:Nothing strange, abnormal. Wld Harakah or Keadilan editors do..
54 minutes ago · reply · retweet · favorite


-average joe-
klakka-la.blogspot

Tanpa Nama berkata...

Terasa cool nye zaman knk2..tuggu nk bbuka lama giler sbb xbyk activity..hanya bau harum kueh ke bubur ke yg emak msak..

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang kelas menengah melayu ni lupa yang dia ni melayu

Tanpa Nama berkata...

LK1M...lembu kondo 1 malaysia..bila nak umum weiii?

utang lk1m bila nak langsai woii?