Khamis, 10 Julai 2014

SELAMAT BERBUKA







JAM ENAM

hari ini mendung
selesa dengan cuaca
tak banyak gangguan berpuasa
jerebu sampai dan pergi

mendung menanti hujan
rumput dah mula menguning
debu dah mula berterbangan
dalam bumi tropikal
kalau satu minggu tak hujan
ertinya kemarau akan sampai

agaknya dunia ini telah letih
agaknya dunia ini telah bosan
segala keruntuhan
segala malapetaka
segala kerosakan
puncanya dari kau dan aku

salju salju di khutub utara cair
gunung gunung air batu runtuh
tetiba di utara muncul kelihatan
pulau pulau batu yang selama ini
dikambusi  salju

anjing laut meraung panas
beruang salju menangis tak  makan
ikan paus mati beragan
alam semakin panas

setiap kereta yang siap
setiap kapal terbang yang siap
setiap injin yang siap
semuanya membakar petrol
semuanya menaikkan suhu bumi

PETANG INI
tadi aku dikawasan kubur
lalu aku melihat kuala lumpur
jauh dihadapan mata  sebuah kota
di tapak kaki tertanam rangka manusia

lalu aku tesedak
akan keangkuhan manusia
segala kekayaan segala kuasa
segala harta yang dikumpul
segala derajat yang dipakai
akhirnya ditanamkan juga

lalu aku bertanya
apakah semua ini ada makna
lalu aku bertanya
kuala lumpur hendak kemana
kita ini
hendak kemana?
WARGA MISKIN KOTA
heboh dan heboh
lalu aku bertanya
dunia ini milik siapa?
lalu aku bertanya
kuala lumpur ini milik siapa?

apakah jika aku menumpang
tidur di kaki lima
apakah jika aku berteduh
di gigi bangunan
maka aku ini penjenayah

lalu aku ingin bertanya
kenapa tak ramai bertanya
dari mana si miskin ini datang
MALAM TADI
aku bersahur nasi lemak
sebelum makan
aku beli petai 
jering manggis dan durian
aku tidak beriftar 
aku buka puasa
tidak dengan tamar
aku bukan arab
aku berbuka 
dengan manggis dan durian
aku berbuka
 dengan petai dan jering

aku bangga darah biduanda
seribu tahun lagi
mustahil aku jadi arab
mustahil
 aku tergila akan  bidadari itu


SELAMAT 

BERBUKA






--------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arab dulu 1000 tahun dah puasa.....Melayu dulu 1000 tahun tak puasa...hi..hi..ko puasa gak??????

Tanpa Nama berkata...

TT..kurang2 dpt berangan dan chakwow dgn bidadari pun jadila.. kendian berangan makan zaitun tamar teen sambil kunyah jering kenuak dan petai utk dapatkan satu inspirasi kehidupan syurgaloka.

Jadilah TT mcm aruah Sharifah Aini. Sudah kaya raya, tak tau nak buat apa2 lagi.. boleh saja duduk rumah diam bersolat dan baca quran. Rakyat marhaen hidup ditindas, boleh pergi mampos la.

Tanpa Nama berkata...

puisi begini mengingatkan aku kepada pak rustam a sani

jika pak rustam masih hidup dia akan bersetiakawan dengan tt di jalan raya

alfatihah untuk arwah.