Isnin, 14 Julai 2025

RAKYAT TOLAK PERDANA MENTERI SIAM




Perdana Menteri sementara, Paetongtarn Shinawatra, digesa letak jawatan


BANGKOK: Satu tinjauan pendapat oleh Institut Pembangunan Pentadbiran Negara (NIDA) awal bulan ini mendapati lebih 80 peratus responden menolak Perdana Menteri sementara Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Mereka mahu sama ada beliau meletak jawatan atau membubarkan Parlimen, menurut tinjauan ke atas 1,310 responden yang dipilih secara rawak dari seluruh negara antara 4 hingga 7 Julai lalu.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha, adalah Dilihan paling popular dalam kalangan rakyat sebagai calon perdana menteri seterusnya.

Tinjauan itu juga menunjukkan, 42.37 peratus menyatakan mereka mahu Paetongtarn meletakkan jawatan bagi membolehkan negara melantik perdana menteri baharu.

Sementara itu, 39.92 peratus responden menggesa beliau membubarkan Dewan Rakyat bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum (PRU) yang baharu dan 0.99 peratus mahu menyaksikan rampasan kuasa.

Sebaliknya, 15.04 peratus responden mahu Paetongtarn meneruskan pentadbiran negara dan selebihnya, 0.31 peratus responden, tidak memberikan jawapan.

Ditanya siapakah antara calon perdana menteri yang patut menggantikan Paetongtarn, tinjauan menunjukkan 32.82 peratus memilih Prayut, yang juga ahli Majlis Privy dan calon perdana menteri bagi United Thai Nation Party (UTN).

Kumpulan kedua terbesar iaitu sebanyak 27.94 peratus, menyatakan tiada calon yang mereka gemari dalam kalangan calon perdana menteri sedia ada.

Sebanyak 11.53 peratus memilih Anutin Charnvirakul, pemimpin Parti Bhumjaithai manakala 10.92 peratus menyokong Chaikasem Nitisiri, calon perdana menteri terakhir daripada Parti Pheu Thai yang kini memerintah.

Sementara itu, 9.77 peratus menyatakan mereka akan berpuas hati dengan mana-mana calon perdana menteri lain yang masih tinggal dengan 3.82 peratus menyarankan ketua UTN, Pirapan Salirathavibhaga.

Selain itu, 1.83 peratus menyokong calon Demokrat, Jurin Laksanawisit; 0.84 peratus memilih ketua Parti Palang Pracharath, Jeneral Prawit Wongsuwon dan 0.53 peratus tidak tahu atau tidak berminat.

Ketua pembangkang dan pemimpin Parti Rakyat, Natthaphong Ruengpanyawut, tidak termasuk dalam senarai calon kerana beliau berasal daripada Parti Move Forward (MFP) yang dibubarkan, dan parti itu hanya menamakan Pita Limjaroenrat sebagai calon perdana menterinya.

Dari segi taburan responden, 8.55 peratus tinggal di Bangkok, 18.70 peratus di Dataran Tengah, 17.79 peratus di Utara, 33.28 peratus di Timur Laut, 13.82 peratus di Selatan dan 7.86 peratus di Timur.

Terdahulu, Paetongtarn digantung tugas sebagai perdana menteri oleh Mahkamah Perlembagaan pada 1 Julai, selepas sekumpulan senator mengemukakan permohonan untuk menggugurkan beliau daripada jawatan itu.

Ia susulan satu panggilan telefon kontroversi bersama Presiden Senat Kemboja, Hun Sen, yang dibocorkan kepada umum. Perkembangan itu menyaksikan Paetongtarn dilantik sebagai Menteri Kebudayaan sehingga kesnya selesai. - AGENSI

KAH KAH KAH

AYAH 

 PENASIHAT

MADAFAKA

AMIN

SEKARANG

KENA DAKWA

KES RASUAH

KAH KAH KAH

ANAK SAMA

MACAM

MA DA FA KA 

NAK KENA

TERAJANG

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekarang kita punya eksekutif selain bekas banduan dia jugak bekas kena sepak keluar oleh gerombolan , jaja konspirasi jahat & laung reformasi nak hapus dan turun itu ini, sekarang apa yg dia hapus, turun?!!? hapus turun turun madafaka kah kah kah belot bocor alat sulit oops silap sulit sulit madafaka.