Khamis, 24 Julai 2025

SIAM DAN KAMBOJA BERPERANG



Thailand dakwa 9 orang awam di sempadan negara itu maut dalam serangan artileri Kemboja

BANGKOK: Tentera Diraja Thailand (RTA) mendakwa jumlah orang awam negara itu yang terbunuh dalam serangan Kemboja ke atas sasaran awam di sepanjang sempadan Thai-Kemboja hari ini meningkat kepada sembilan orang, manakala 14 lagi cedera.

Timbalan Jurucakap RTA, Kolonel Richa Suksuvanond seperti dipetik portal Nation Thailand, mengesahkan bahawa salah seorang mangsa adalah kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Menurutnya, beberapa kampung, rumah dan harta persendirian diserang selepas tentera Kemboja melepaskan tembakan ke arah tentera Thailand berhampiran Prasat Ta Muen Thom, pagi tadi.

Sementara itu, menurut kenyataan rasmi disiarkan di laman Facebook RTA, sekurang-kurangnya sembilan orang awam terbunuh dalam siri serangan artileri yang didakwa dilakukan pasukan tentera Kemboja di kawasan sempadan, susulan konflik yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu mendakwa, enam mangsa maut dalam satu serangan ke atas sebuah stesen minyak di Ban Phue, wilayah Sisaket, manakala 10 lagi cedera dalam letupan yang berlaku akibat tembakan roket BM-21 dari arah Kemboja.

Dua lagi mangsa, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, dilaporkan terbunuh selepas serangan artileri di kawasan Ban Chorok, Surin, manakala seorang lagi maut dalam insiden berasingan di Ban Kut Chiang Mun, wilayah Ubon Ratchathani.

Pihak berkuasa Thailand telah memindahkan lebih 40,000 penduduk dari 86 kampung di kawasan sempadan ke lokasi perlindungan sementara, susulan peningkatan serangan dan penggunaan senjata berat oleh kedua-dua pihak.

Kemboja menafikan dakwaan berkenaan, menegaskan pasukan mereka hanya bertindak balas selepas diserang terlebih dahulu oleh tentera Thailand. Kementerian Pertahanan Kemboja menyifatkan tindakan Thailand sebagai serangan tidak berasas dan melanggar kedaulatan negara.

Insiden berlaku selepas Thailand mengerahkan jet pejuang F-16 menyerang sasaran ketenteraan di wilayah Kemboja, menjadikan konflik sempadan yang berlarutan sejak Mei lalu kini memasuki fasa paling tegang sejak 2011.


SATU LAGI

PASARAN DIBUKA

UNTUK PENJUAL

SENJATA

AMIN

PERANG IALH

PERNIAGAAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: