Khamis, 24 Julai 2025

SIAM DAN KAMBOJA BERTEMBAK



Tentera Thailand dan Kemboja bertempur di sempadan


BANGKOK: Perbalahan bersenjata tercetus antara Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikai pada awal pagi Khamis.

Ini kali kedua pihak tentera kedua-dua negara bertempur, selepas saling menuduh satu sama lain melepaskan tembakan terlebih dahulu susulan ketegangan yang memuncak sejak beberapa minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, tentera Thailand mendakwa pasukan Kemboja melepaskan tembakan di kawasan berhampiran kuil Ta Moan Thom yang menjadi pertikaian.

Ia turut menyatakan bahawa Kemboja telah mengerahkan dron pengawasan sebelum menghantar tentera lengkap dengan senjata berat ke kawasan terbabit.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja pula menafikan dakwaan itu dan menyatakan pertikaian berpunca daripada pencerobohan tanpa provokasi oleh tentera Thai, sekali gus memaksa pasukan mereka bertindak mempertahankan diri.

Kes itu berlaku selepas Thailand memanggil pulang dutanya di Kemboja pada Rabu dan mengumumkan akan mengusir duta Kemboja di Bangkok.

Ini susulan pertembungan kedua dalam tempoh seminggu yang menyaksikan seorang lagi askar Thai kehilangan anggota badan akibat terpijak periuk api di kawasan yang menjadi pertikaian.

Thailand mendakwa periuk api itu baru dipasang di kawasan berkenaan, namun tuduhan itu disifatkan sebagai tidak berasas oleh Kemboja.

Kemboja masih mempunyai berjuta-juta periuk api yang tertinggal sejak zaman perang saudara beberapa dekad lalu, menurut kumpulan pemusnah periuk api. - REUTERS

INI BERITA

BAIK UNTUK

SYARIKAT

JUAL SENJATA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: