Khamis, 18 September 2025

NEGARA KAPIR LAKNAT



EU cadang gantung perjanjian perdagangan dengan Israel

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah, badan eksekutif utama Kesatuan Eropah (EU) mengemukakan cadangan menggantung beberapa peruntukan perdagangan di bawah Perjanjian Persatuan antara EU dan Israel.

Cadangan yang disokong Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas itu dibuat sebagai tindak balas terhadap perang Israel di Gaza dan merangkumi beberapa siri sekatan yang disasarkan.

Sekatan yang dicadangkan itu termasuk meningkatkan tarif ke atas beberapa barangan Israel dan mengenakan sekatan ke atas 10 pemimpin Hamas, peneroka Israel, serta dua ahli Kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang ekstremis.

Dua ahli Kabinet membabitkan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich.

Suruhanjaya itu turut mengumumkan akan menangguhkan sokongan dua hala kepada Israel, kecuali bantuan kepada masyarakat sivil dan Yad Vashem, Pusat Peringatan Holocaust Dunia.

Menurut suruhanjaya itu, cadangan tersebut menyusul selepas kajian semula pematuhan Israel terhadap artikel perjanjian, yang mendapati tindakan Israel melanggar elemen penting berkaitan penghormatan hak asasi manusia dan prinsip demokrasi.

Suruhanjaya itu menegaskan bahawa pelanggaran tersebut merujuk kepada kemerosotan pesat situasi kemanusiaan di Gaza, sekatan bantuan kemanusiaan, operasi ketenteraan yang semakin meningkat, dan keputusan Israel untuk meneruskan rancangan penempatan di kawasan E1 di Tebing Barat.

Tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menggagalkan penyelesaian dua negara.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan.

"Peristiwa mengerikan yang berlaku di Gaza setiap hari mesti dihentikan. Perlu ada gencatan senjata segera, akses tanpa halangan untuk semua bantuan kemanusiaan dan pembebasan semua tebusan yang ditahan oleh Hamas," katanya.

Bagaimanapun, cadangan sekatan ini dilaporkan tidak mempunyai sokongan yang mencukupi daripada 27 negara anggota EU untuk diluluskan. - AGENSI

NEGARA KAPIR

LAKNAT

MAKAN BABI

MINUM ARAK

TAK  PERCAYA

TUHAN

TAKDA AGAMA

TAPI

BERANI LAWAN

ZIONIS ISRAEL

AMIN

NEGARA ISLAM

TUNGGANG TUNGGIT

SEMBAHYANG

AMIN

BERBUIH MULUT

BACA YASIN

TAPI MENIAGA

DENGAN ZIONIS 

ISRAEL BLACKROCK

KHALAS

Tiada ulasan: